STRESS BERMAIN IKLAN BERBAYAR - BLOG SHOPPERMANIAC

STRESS BERMAIN IKLAN BERBAYAR

Terima kasih dengar Stress saya.
STRESS BERMAIN IKLAN BERBAYAR

Ramai yang mengatakanjika nak pantas dalam membuat jualan, anda harus membuat iklan berbayar.

Saya setuju dengan pendapat ni terutama jika anda membuat bisnis online. Mengharapkan trafik organik pada tahun 2025, adalah tidak releven.

Konsisten membuat konten ke sosial media akan meningkatkan visibiliti produk anda tetapi jualan terlalu sedikit atau tiada.

Mahu tak mahu terpaksa membuat iklan berbayar. Tapi masalah lain pula yang ujud.


Pertama kos untuk buat iklan berbayar ni bukan sedikit. Dahulu dengan RM5-RM10 anda mampu membuat jualan tetapi kini minimum RM20 sehari.

Dan kalau nak best ialah RM60 sehari adalah kos harian yang mampu pantaskan jualan dan data.

Stress akan ujud pada hari pertama apabila anda dah labur RM60 tapi tiada jualan. Tengok data macam OK.

Dan kalau ikut prosedur buat iklan ni. Kita harus jalankan sekurang-kurang 5 hari baru dapat lihat data yang tepat. RM60 X 5 bersamaan RM300.

Dan paling taik. Ialah dalam 5 hari tu ada jualan dan anda setiap hari rugi dalam RM10 sebab ROAS hanya 0.91 sebagai contoh.

Ini pun pening juga. Nak tutup ker atau nak jalankan sehingga beberapa hari lihat data lengkap. Biasanya kita akan jalankan 3 hari lagi. Dan jika nasib tak baik anda dah kerugian RM10 X 8 hari iaitu RM80.


Selain itu juga, anda akan alami tidak konsisten atau tak sabar. 2 hari jalan iklan dan kemudian ikut perasaan tutup iklan dan tukar kreatif.

Padahal baru jalan iklan 2 hari. Dan akhirnya anda bermula dari ZERO semula nak test iklan baru tersebut dan ia beterusan hingga anda habis duit dan hasil kosong..hehehehe.

Inilah masalah yang kami sering alami apabila jalankan iklan. Dengan modal pusingan yang harus diambil kira agar kos iklan dapat ditampung menyebabkan anda ambil keputusan yang salah. Dan biasanya memang amik keputusan salah ler..terutama pemain baru.

Bila kau dah lama main iklan berbayar. Kos harian akan meningkat. Tak main lagi RM60 tapi shot terus RM200 sehari. Tu lagi pasrah.. Kalau tak menjadi menangis dan menambah pasrah ialah anda akan test sekurang-kurangnya 3 iklan dengan kos yang sana tapi kreatif berlainan sebab nak study mana kreatif yang baik.

Seminggu kau hilang RM1000 macam tu jer....

Inilah Stress yang akan anda alami apabila main iklan berbayar. Tapi ada manisnya jika ROAS anda 4 kali ganda. Kenyang perut tapi jarang berlaku.

Saya kerap nasihatkan pada semua pemain iklan berbayar. Main modal kecil dulu dalam RM20 dan jalankan lama sikit sebab modal anda tu kecik sangat. Algoritma iklan berbayar ambil masa nak belajar produk anda dan audien anda.

Hati kena cekal. Jangan kejap2 ubah iklan. Kena sabar dan tunggu data. Kalau 3 hari langsung tiada jualan tutup jer iklan.

Tapi kena tahu apa sebabnya. Kreatif kau problem ker, sales pages kau problem ker atau copywriting kau problem..

Terima kasih dengar Stress saya..hahahaha. Aku tgh Stress ni...
Risau lihat iklan aku ni...





Catat Ulasan