Pernahkah apabila anda berbual dengan seseorang, kebanyakan mereka akan kata suka membeli belah di Tik Tok. Alasan yang diberikan ialah Tik Tok lebih murah dari mana-mana marketplace yang lain terutama Shopee.
Dahulu kita sering mendengar, orang lebih suka dengan Shopee dan kini telah berubah trend ini kepada Tik Tok.
Video Tik Tok Punca Jualan Tinggi
Masalahnya perubahan ini berlaku bukan kerana Tik Tok ini murah tetapi cara marketing mereka yang lebih advance iaitu panjang video mempromosikan produk ialah sehingga 10 minit maksimum.
Baca: Perbandingan Caj Lazada, Tik Tok dan Shopee Kepada Seller
Dan rata-ratanya apabila saya melihat Tik Tok Seller menjual produk mereka menggunakan video ialah dalam 1- 3 minit maksimum. Ini memberikan kepuasan kepada pelanggan mendapatkan maklumat yang lengkap tentang produk tersebut.
Generasi terkini lebih berminat dengan video dan dijangka video akan menguasai maklumat pasaran di masa hadapan. Dan atas sebab ini saya ingin mencadangkan pada SHOPEE agar mengikuti trend ini agar anda tidak terlepas dengan perkembangan ini.
SHOPEE VIDEO PRODUK TIDAK MENCUKUPI
Saya maksudkan ialah Produk Shopee video. Saya ketahui bahawa Shopee ada memberikan 30MB dengan saiz video 10saat - 1minit. Tetapi adakah anda sedar 30MB saiz yang anda berikan itu kadangkala tidak mencukupi untuk 1 minit video.
Dan atas sebab inilah ramai peniaga Shopee memasukkan video dalam 15-20 saat sahaja untuk setiap produk dan ianya tidak mencukupi jika anda mahu menjual produk anda.
Memang ada kajian yang dilakukan iaitu video pendek yang berkesan ialah 10- 30 saat sahaja dan video sedemikian mendapat pageview yang tinggi. TETAPI kita bukan buat konten pageview tetapi konten menjual dan dengan 30 MB ianya tidak releven dengan teknologi yang ada sekarang ini untuk video 1 miniit.
SHOPEE HARUS MEMBUAT PERUBAHAN
Shopee harus memadamkan jumlah saiz dan berikan terus 10 saat - 2minit video untuk Shopee Produk Video.!!!!
Shopee harus mendengar nasihat kami ini kerana video pada masa ini dan akan datang merupakan satu mekanisma yang sedang digunakan secara meluas oleh Gen Z dan Gen A pula akan menjelma.
Generasi Y masih lagi menggunakan gambar dan video untuk melihat maklumat produk tetapi sebahagian besar sudah mula pergi sepenuhnya kepada video untuk melihat maklumat produk.
Buat masa sekarang Generasi Y dan X merupakan pembeli terbesar tetapi secara perlahan akan diganti oleh Gen Z yang mempunyai kedudukan kewangan yang lebih stabil pada masa akan datang.
Strategi Pemasaran Berdasarkan Gen 2025
Untuk saya benruk video vertikal atau horizental untuk Shopee Video Produk tidak penting tetapi tetapi maklumat yang diberikan itu amat penting.
Saya akui dari segi kos penyimpanan data akan bertambah tetapi dalam masa jangka pendek ia akan memberi pulangan yang baik kepada Shopee.
Strategi Naikkan Jualan Di Shopee
Kesimpulan
Shopee boleh mengatakan mereka mempunyai Shopee Live tetapi ia tidak mencukupi. Saya tekankan ianya produk Shopee Video dimana ada pencarian dilakukan, pelanggan / buyer akan pergi laman produk dan mereka boleh melihat dan menonton video dalam anggaran 10 saat - 2 minit berserta gambar yang diberikan.
Saya akui Tik Tok mempunyai kelebihan dimana video dan Kedai digabungkan dengan klik beg kuning. Ini kelebihan mereka tetapi Shopee sudah mempunyai asas yang kuat dimana setiap produk Shopee boleh memasukkan video tetapi panjang video tidak mencukupi.
Saya beri jaminan dengan penambahbaik ini, jualan Shopee akan lebih melonjak dan dari segi Bounce Rate akan menurun dengan ketara.
MAHU MENJANA JUALAN DI SHOPEE. KAMI BONGKARKAN RAHSIA JUALAN DI SHOPEE MELALUI TEKNIK 5 FUNNEL SHOPEE KAMI. DAPATKAN SEKARANG MASTERCLASS SHOPEE SEKARANG