KAJIAN NAIKKAN PAGEVIEW BLOG 2025

kami akan membuat eksperimen bermula pada 09.01.2025 untuk meningkatkan pageview blog kami.

KAJIAN NAIKKAN PAGEVIEW BLOG 2025

Pada tahun 2025 ini kami akan membuat sebuah projek blogging iaitu meningkatkan pageview blog sebulan 15,000 pageview. sudah 2 tahun blog kami ini sukar mencapai angka 10,000 ke atas dan kami ketahui dengan perubahan algoritma Google yang tidak menentu, kami tidak mampu menunggu lagi.

Saya juga telah sertai beberapa kelas tambahan dan kami tahu trend pada 2025 ini pencariaan maklumat tidak boleh diharapkan pada "Goggeling" tetapi pencarian secara umum pada semua platform.

SEO telah mati dan konten makin penting

Oleh itu kami akan membuat eksperimen bermula pada 10.01.2025 untuk meningkatkan pageview blog kami. Kami akan kongsikan pada anda apa yang akan kami lakukan:

1. Ubahsuai Templates Blog Kami.

Kami telah mengubahsuai blog templates kami agar lebih produktif dan memudahkan pencarian. Kami menggunakan tempaltes dari Masterclass Blogging kami iaitu templates yang mengabungkan Sales Pages dan Artikel.

KAJIAN NAIKKAN PAGEVIEW BLOG 2025

Kami telah membuat ubahsuai pada templates kami menggunakan templates CONVERT Masterclass kami pada 08/01/2024.

Kami amat berpuas hati dengan templates ini dan kami pasti trafik akan meningkat dan juga kemungkinan Sales akan meningkat.

2. Membuat konten ke sosial media 

Pada tahun 2025 ini kami akan mengongsikan URL blog kami ke semua sosial media secara aktif setiap kali kami membuat artikel terbaru. Kami akan fokus di Facebook Pages, Linkedin dan X Platform buat masa ini.

Sebab platform ini membenarkan URL di letakkan di platform mereka.

KAJIAN NAIKKAN PAGEVIEW BLOG 2025

3. Buat Konten Promosi Blog 

Ini bukan perkongsian URL tetapi kami promosi blog kami secara mendalam dan memahamkan audien kenapa mereka harus pergi blog kami ini.

KAJIAN NAIKKAN PAGEVIEW BLOG 2025

Perkongsian URL blog kami ke semua sosial media.

Berapa Konten Sebulan Ke Sosial Media ( kajian) 

4. Berikan Download Percuma

Pengguna suka benda percuma dan saya mempunyai banyak ebook percuma dan saya akan berikan kepada pembaca saya Ebook percuma kepada mereka tanpa perlu isi alamat email dan sebagainya.

KAJIAN NAIKKAN PAGEVIEW BLOG 2025
Kami ada membuat Give away percuma beberapa EBook berkaitan dengan Bisnis Online dan kami menjangkakan strategi ini adalah strategi yang baik dan kita akan lihat pageview pada artikel ini.

5. Buat Konten Seminggu Tiga Kali

Konsistensi adalah kunci. Dengan membuat konten secara teratur, pengunjung akan lebih cenderung kembali untuk membaca postingan terbaru. Pastikan kontennya bervariasi dan relevan dengan minat audiens anda.

Dan kami akan gunakan teknik topikal autoriti agar konten kami mencakupi semua aspek pencarian pengguna.

KAJIAN NAIKKAN PAGEVIEW BLOG 2025
Konsisten membuat blogpost agar algoritma Google mengindex dengan cekap dan potensi mendapatkan trafik organik.

6. Gunakan SEO 

Kami menggunakan SEO On Page kebanyakannya dalam memastikan blog kami berada dalam kedudukan yang baik.  Sebagai contoh dalam blog ini kami memasukkan Heading Tag, internal link dan external link.

SEO berada dimana-mana ( SEO EVERYWHERE) 

KAJIAN NAIKKAN PAGEVIEW BLOG 2025

Contoh artikel dengan internal link, external link serta heading yang baik. Ini adalah sebahagian dari teknik yang kami gunakan.

7. Perbaharui Konten Lama

Kami akan memperbarui konten lama di blog agar tetap relevan dengan tren terkini. Ini tidak hanya memberi nilai tambah kepada pembaca tetapi juga membantu dalam peringkat SEO.

KAJIAN NAIKKAN PAGEVIEW BLOG 2025

Perbaharui semua konten lama dengan maklumat terkini serta releven untuk tahun 2025 ini.

8. Berinvestasi dalam Iklan Berbayar

Kami akan membuat iklan berbayar mengguna Facebook Ads untuk mempercepatkan jangkauan kepada audien kami.

Kami membuat iklan berbayar dengan kos RM10 sehari bermula pada 10.01.2025 dan kami akan melihat perkembangan trafik.

KAJIAN NAIKKAN PAGEVIEW BLOG 2025

9. Promosi Di Sales Pages

Kami mempunyai beberapa MasterClass Sales Pages dan setiap Sales Pages kami ada membuat iklan dan kami masukkan blog URL ini di setiap Sales Pages.

Melalui perbincangan dengan team, teknik ini bagus untuk mempelihatkan keujudan dan kepakaran kami sekaligus boleh menjana kepercayaan dan konversi.

KAJIAN NAIKKAN PAGEVIEW BLOG 2025


Kesimpulan

Dengan menerapkan berbagai strategi di atas, bukan hanya trafik ke blog anda akan meningkat, tetapi juga kemungkinan konversi menjadi pembaca setia akan semakin tinggi! 

Kami ketahu, bahawa kejayaan tidak berlaku dalam semalam—tetaplah optimis, terus belajar, dan sentiasa adaptif terhadap perubahan tren! 🌟

Inilah masanya  untuk kami terus ke hadapan dan mencabar diri kami pada tahun 2025 ini. Mari kita lihat apakah keputusannya.


DATA ANALISA 

Kami akan kongsikan dengan anda data analisa melalui eksperimen kami ini dan apakah yang kami perolehi dan impak positif dan negatif. Kami akan mengambil data selama 2 bulan berterusan. Stay tuned!!


Data TRAFIK terkini di Google Search Console pada 09.01.2025









Catat Ulasan