FACEBOOK ADS TRAFIK BUAT PEMULA 2025

Modul ini akan menerangkan bagaimana membina sebuah Facebook Ads Tanpa Website (tiada Facebook Pixel)

FACEBOOK ADS TRAFIK BUAT PEMULA 2025

Ini adalah Artikel Utama untuk anda mempelajari Facebook Ads secara detailed. Saya dan team akan berikan Modul Facebook Ads ini dengan lengkap kepada anda.

Sekilas Kata Dari Pasukan Facebook Ads Kami 


Terdapat 7 bahagian video modul Facebook ads ini dengan jumlah 1.8 jam video dan juga artikel tambahan yang diberikan agar anda menjadi pakar dalam Facebook Ads.

Saya akan menulis beberapa artikel yang telah dan sedang dibuat untuk memastikan semua modul Facebook Ads 2025 kami ini lengkap.

Pastikan anda Daftar atau bina Ads Manager menggguna Meta Business Manager. Ini perkara pertama yang harus dilakukan

Modul ini akan menerangkan bagaimana membina sebuah Facebook Ads Tanpa Website (tiada Facebook Pixel) mengguna 2 teknik iaiatu Kempen Utama dan Retargetting ( MOFU Funnel) 

Sesuai untuk semua bisnis dan mudah serta kos yang tidak tinggi. Pemula FB Ads digalakkan menggunakan teknik ini dan ianya proven method yang telah banyak kali kami buat.

Membina Faceboook Ads (Objektif Trafik)




Ini adalah kempen pertama yang anda harus lakukan dahulu apabila membuat iklan produk atau perkhidmatan. 
Dalam iklan ini saya menggunakan :
  • Objektif: Trafik
  • Link ke Website. Jika anda menjual produk Shopee anda boleh buat link produk Shopee anda atau ke Whatsapp atau affiliate
  • Budget: RM10 
  • Creative : Pengenalan produk /Masalah
  • Copywriting:EBook Copywriting - DOWNLOAD

Membina Faceboook Ads Targetting dan Custom Audience


  • Objektif: Trafik
  • Link ke Website. Jika anda menjual produk Shopee anda link ke kedaI Shopee
  • Budget: RM5
  • Creative : Testimoni atau Offer

Kenapa Mengguna Objektif Trafik Dan Kesimpulan


Bagaimana Membaca Data Facebook Ads


Jika Unique Outbound Click anda tinggi tetapi sales anda rendah. Ini bukan salah Facebook Ads tetapi pada wesbite anda mungkin tidak menarik perhatian atau produk anda mahal sangat atau produk listing anda tidak menarik. 

Facebook Ads telah menjalankan tugasnya dengan baik. 
Anda kena ubah semula website /sales pages dan produk listing 

ANDA TELAH SELESAI MEMBINA SEBUAH IKLAN YANG LENGKAP DENGAN TEKNIK 2 FUNNEL INI.


Bagaimana Bina Lookalike


Jangan bina lookalike sebelum anda mempunyai 1000 view mana-mana custom audience atau gabungan  custom audience yang anda lakukan.

Lookalike anda akan gunakan membuat kempen utama pada masa akan datang produk anda yang  sama atau niche.

ADVANCED FACEBOOK ADS 

Menambahkan Funnel (3 Step Funnel atau lebih) 


Anda boleh sahaja membuat banyak funnel untuk sebuah iklan anda samada 2 funnel seperti yang kami berikan tunjuk ajar atau anda menambahkan sendiri.
Dengan syarat semua kreatif anda adalah video.
Download EBook Jenis Funnel Facebook Ads: DOWNLOAD

SPLIT TEST UNTUK KEMPEN UTAMA



Dalam Facebook Ads kita wajib membuat beberapa cubaan kempen dan melihat kempen mana yang terbaik. Pada dasarnya facebook Ads telah tersedia sistem iklan berkala dipanggil A/B test.

Anda kena pastikan kempen utama anda ini benar-benar terbaik dari segi kreatif. Dengan kreatif yang baik secara tak langsung akan mengurangkan kos iklan Facebook Ads.

Terdapat split test secara auto boleh dilakukan di Facebook Ads - Baca Sini

KOS UNTUK FACEBOOK ADS YANG SEBENAR 


Ini adalah penutup Facebook Ads dan saya berikan contoh kos sebenar  jika anda menjalankan split test dengan kos RM20 dengan 5 kempen utama. Ini merangkumi kesemua video diatas dalam satu ulasan supaya anda benar-benar faham realiti membuat kos sebenar.

Soalan Lazim FACEBOOK ADS (FAQs)

Berapa kos untuk membuat FB Ads?
Kos bergantung pada bajet yang ditetapkan dan jenis iklan yang dipilih. Perniagaan boleh memilih bajet harian atau bajet sepanjang kempen dan menyesuaikan bajet tersebut mengikut objektif pemasaran mereka. Anda boleh melihat video yang kami sediakan.

Bagaimana saya boleh memastikan audiens sasaran saya tepat?
Anda boleh menetapkan audiens sasaran anda berdasarkan lokasi, umur, jantina dan minat. Anda juga boleh menetapkan audiens yang terdiri daripada orang yang sudah menunjukkan minat terhadap produk atau perkhidmatan anda sebelum ini. 

Berapa lama saya perlu menjalankan iklan saya?
Tempoh bergantung pada bajet yang ditetapkan dan objektif pemasaran. Anda boleh memilih untuk menjalankan iklan anda dalam tempoh yang singkat atau dalam jangka masa yang lebih panjang. Biasanya untuk melihat prestasi iklanjalankan antara 5 - 7 hari.
Jika iklan itu winning, anda jalankan hingga iklan tersebut tidak menjana jualan ( lihat pada data).

Apa yang perlu saya lakukan jika iklan saya tidak berjaya?
Anda boleh mengawasi prestasi iklan anda di dalam Ads Manager dan membuat penyesuaian pada audiens sasaran, format iklan, teks iklan atau bajet yang ditetapkan untuk meningkatkan prestasi iklan anda.

Apakah objektif pemasaran yang sesuai untuk perniagaan kecil?
Objektif pemasaran yang sesuai untuk perniagaan kecil adalah meningkatkan jangkauan, meningkatkan kesedaran jenama dan mendapatkan keterangan. Objektif ini membantu perniagaan kecil meningkatkan kehadiran dalam pasaran dan menarik perhatian pelanggan potensi.

Adakah saya perlu membuat banyak iklan?
Tidak perlu. Anda boleh membuat beberapa iklan dengan format yang berbeza dan menyasarkan audiens yang berbeza, tetapi pastikan iklan anda relevan dengan objektif pemasaran anda dan tepat untuk audiens sasaran anda.

Kesimpulan

Jika anda ikuti setiap tutorial yang diberikan maka anda sudah dianggap pakar dalam menjalankan iklan Facebook Ads.

Namun terdapat 3 jenis Facebook Ads dan Modul Penuh Facebook ini adalah Facebook Ads Tanpa Website. Terdapat 2 lagi jenis lagi Facebook Ads iaitu Facebook Ads mengguna Facebook Pixel dan Facebook Ads Setempat.

Anda digalakkan share artikel ini pada rakan-rakan yang ingin memahami asas membuat Facebook Ads Tanpa Website ( call, what apps, Marketplace, website tanpa facebook pixel) dimana ia sesuai digunakan pada semua bisnis.

Dapatkan juga EBook FREE DOWNLOAD untuk Bisnis On Line Anda





Catat Ulasan