Ramai yang akan setuju apabila saya mengatakan SEO akan mati pada tahun 2025 ini secara khusus SEO Google Algoritma terutama untuk mereka yang mempunyai website.
Semenjak tahun 2024 ini kita melihat kajatuhan pageview banyak website di dunia ini dan ramai antara websie ini gagal dipulihkan walaupun pelbagai teknik di gunakan.
Baca: Kenapa SEO akan mati pada tahun 2025 ini.
Namun apabila kita berbicara tentang kematian SEO, ramai yang tersalah anggap, konten tidak lagi penting. Malah saya mengatakan konten menjadi semakin penting samada berbentuk artikel, video atau gambar.
Pada tahun 2025 ini anda harus memaksimumkan terbit konten lebih banyak agar produk atau website anda akan mudah dilihat oleh ramai pihak.
Konten yang saya maksudkan ialah bukan blog post sahaja tetapi konten melalui sosial media. Dimana pada tahun 2025 ini, SEO bukan sahaja tertumpu pada Google Algoritma tetapi pada semua SEO Sosial Media atau menurut Neil Patel ialah SEO EVERYWHERE. Inilah trend SEO pada tahun 2025.
KENAPA KONTEN PENTING PADA 2025
Jika anda lihat pada gambar diatas sebelah kanan. Anda akan melihat had nyawa sebuah konten di sosial media amat pendek sekali dimana Facebook dan Instafram kadar visibiliti ialah 5 jam sahaja manakala yang memeranjatkan ialah Blog Post kadar visibiliti ialah 2 tahun.
Ini jelas menunjukkan blog post merupakan startegi jualan yang masih penting di tahun 2025 dan anda harus tumpukan pada membuat artikel di blog post secara konsisten.
Namun seperti yang saya katakan, sosial media yang lain mempunyai had visibiliti yang rendah dan untuk mengatasi pemasalahan ini ialah anda harus kerap membuat konten di sosial media.
Anda boleh masukkan URL blog anda ke sosial media yang lain atau masukkan gambar dari artikel anda dan link ke URL anda. Yang penting anda harus sentiasa kerap membuat konten ke sosial media ini.
Katakan had visibiliti Facebook 5 jam maka anda memerlukan 5 post setiap hari dihantar ke Facebook. Inilah realiti yang anda harus telan bahawa konten menjadi semakin penting pada tahun 2025.
Mengharapkan Google Algoiritma tidak lagi sesuai dan artikel anda di blog harus di sasarkan ke semua sosial media dan masalahnya bukan sosial media terpilih sahaja tetapi semua sosial media mengikut kepopularan media sosial negara tertentu.
KENAPA SEMUA CHANNEL SOSIAL MEDIA
Anda dapat melihat pada semua generasi mengunakan pelbagai sosial media dan pada tahun 2025 ini sudah tentu generasi Y atau millenail akan menjadi tumpuan kita sebagai bisnis owner dan mereka adalah pengguna berat sosial media.
Jelas menunjukkan bahawa setiap blog post anda harus dimaksimumkan ke semau media sosial ini jika mahu terus bersaing dalam dunia bisnis online yang kompetatif ini.
SEO TELAH MATI MALAH KONTEN MAKIN PENTING 2025
Kesimpulannya CONTENT IS KING dengan kematian SEO pada tahun 2025 ini dan berita buruk ini adalah kerja tambahan untuk bisnis owner dan saya ingin menambahkan sedikit berita buruk ialah VIDEO adalah wajib untuk setiap konten.
Maka anda harus belajar cepat bagaimana membuat konten mengguna video samada video pendek atau panjang.