Pada tahun 2025 anda boleh anggap SEO telah mati. Kerana untuk mendapatkan pageview dengan SEO kini umpama seperti tiada perubahan.
Saya setiap tahun mengatakan SEO tidak akan mati tetapi kali ini saya dengan jelas mengatakan SEO akan mati.
Kenapa Ini berlaku:
- 1. Kemaskini Google Algoritma yang terlalu kerap ( Semenjak 2022)
- 2. Kemunculan AI (November 2023)
- 3. Trend carian berubah Gen Z dan Gen A
Perubahan ini adalah perubahan yang memberi impak kepada blogger atau website yang berada diluar sana. Kemaskini Google Algoritma semenjak 2022 hingga kini menyebabkan banyak website tidak berjaya pulih sepenuhnya.
Dan kemunculan Chat GPT menghancurkan dunia blogging apabila berlaku lambakan konten di dunia internet dan kini muncul SearrchGPT yang akan menguburkan website.
Generasi terkini lebih gemar mencari maklumat melalui TIK TOK dan Instagram berbanding Google. Anda boleh baca artikel kami disini.
Melalui kajian yang dijalankan:
- 64% Gen Z dan 49% Gen Y menggunakan Tik Tok untuk mencari maklumat.
- 67% Gen Z menggunakan Instagram mencari maklumat.
- 62% pernah menggunakan Chat GPT/Gemini untuk mencari maklumat
- 36.8% mengguna Printerest mencari maklumat
- 56% pengguna mengguna Amazon mencari maklumat produk
- Facebook menduduki tempat ketiga pencarian maklumat selain Google dan You Tube.
Jika SEO mati apa yang patut anda lakukan.
Untuk pengetahuan anda hanya perlu tumpukan beberapa SEO yang penting dan mudah seperti heading tag, alt image, internal link, external link. Atau kita panggil On Page SEO. Jangan melebih-lebih sangat dengan SEO ini. Back to basic. At least anda penuhi asas SEO yang dimahukan oleh Google.
Cara terbaik ialah dan terkini ialah perluaskan website anda ke laman sosial seperti Facebook Pages, Tik Tok atau Instagram. Kembangkan URL website anda kesemua laman sosial media yang ada.
Maksimum pergunakan AI membuat konten atau segalanya. Tetapi anda harus kemaskini dengan sentuhan manusia. Jangan publish konten AI begitu sahaja.
Pastikan artikel laman web anda mempunyai video. Pada masa kini video adalah penting dan selain artikel anda masukkan video dan saya cadangkan anda membuat You Tube Channel.
Buat iklan berbayar jika anda merasakan website anda mempunyai value added untuk mencipta pendapatan. Penggunaan iklan berbayar adalah cari tercepat. Sila lihat bagaimana kami membuat iklan mengguna Facebook Ads.
Masukkan aplikasi percuma di dalam laman web anda untuk menarik lebih ramai ke laman web anda menggunakan aplikasi percuma ini. Sebagai contoh laman web kami ini mempunyai aplikasi percuma iaitu SHOPEE KALKULATOR
Yang terakhir ialah email marketing dimana setiap pembaca laman web anda kumpulkan alamat email dan setiap kali ada artikel baru anda akan publish ke alamat email mereka.
CARA MENCARI TRAFIK TERBARU KE LAMAN WEB
Dengan cara ini anda mampu menarik trafik ke laman web anda bukan dengan SEO. Ini sahaja cara yang terbaik pada tahun 2025 jika anda mahu mengembangkan laman web anda.
Saya rasa semua pihak kena akui bahawa SEO telah mati pada tahun 2025 dan kita nantikan keajaiban yang akan dibuat oleh Google.