Pada tahun 2024 saya telah mencuba mengguna Dropship Easygo iaitu sebuah dropship autosync yang menjual produk stationery setelah Kedai Shopee saya yang mengguna Save Value telah kena banned disebabkan saya menjual produk pistol mainan.
Maka saya terpaksa menggunakan akaun Shopee saya yang lama iaitu Homemaniac dan saya ingin mencuba produk dari dropship Easygo bermula akhir September 2024.
Hari ini saya akan membuat review Easygo setelah 4 bulan kami menggunakannya,
TIADA KOMITMENT BULANAN
Kelebihan Dropship ini ialah ialah tiada komitmen bulanan seperti mana yang dikenakan oleh Save Value atau Kumoten. Namun dari jumlah produk yang diberikan tidak banyak.
MEMASUKKAN PRODUK EASYGO MUDAH
Memasukkan produk Easygo ke Shopee adalah sama seperti Save Value atau Kumoten. Jika anda pernah mengguna Save Value maka ia tidak menjadi masalah.
JUALAN MELALUI DROPSHIP AUTOSYNC EASYGO
Data diatas adalah pembelian yang terbaru pada bulan December dan sedang diuruskan oleh Easygo Dropship
Untuk pengetahuan kesemua jualan yang kami lakukan di Shopee Homemaniac tidak menggunakan apa-apa iklan pembayaran tetapi dengan Trafik Organik sahaja.
KEGAGALAN MENGHANTAR SHIPMENT OLEH EASYGO
Terdapat satu kes dimana pihak Easygo Dropship tidak menghantar oderan dan menyebabkan saya kena penalti. Saya telah menghantar maklumat ini kepada Easygo Dropship dan sehingga kini penghantaran adalah lancar
PROFIT DROPSHIP EASYGO BAWAH 20%
Margin untung rata-rata ialah 10% dan ianya agak rendah kerana kenaikan komisen fee serta transcation fee akan sedut semua keuntungan anda.
Anda kena lihat komisen fee untuk produk alat pejabat dan penulisan baru anda seperti dibawah.
Dan jangan lupa gunakan aplikasi Shopee Kalkulator percuma untuk memastikan anda tidak menjual dengan rugi!!!
TIADA VIDEO DI DROPSHIP AUTO SYNC
KESIMPULAN DROPSHIP EASYGO
Dengan jumlah produk sebanyak 93 sahaja kami masukkan setakat ini di Kedai Shopee Homemaniac, kami mampu membuat jualan. Dan peningkatan meningkat dari bulan ke bulan.
TAMBAHAN
Saya masih yakin jika anda mahu meningkatkan jualan di kedai Shopee anda sebagai dropship, masukkan seberapa banyak produk ke kedai Shopee anda.
Jelas dengan 93 produk kami mampu membuat jualan dan apatah lagi jika saya masukkan produk tambahan dari Save Value atau Kumoten tetapi niche yang berlainan untuk mengelakkan berlaku split order nanti rugi pula .
Lagi banyak produk maka lagi berpotensi berlaku jualan. Ini pendapat saya.
Dan dalam jangkamasa panjang, jangan bergantung semata-mata pada dropship. Jual produk yang lebih menguntungkan..
Jika anda mahukan meningkatkan jualan di Shopee. Dapat segera: