Realiti Kos Sebenar Facebook Ads Tanpa Website?

realiti sebenar bagaimana anda hendak mendapat jualan dengan menggunakan Facebook Ads tanpa website

 

Realiti Kos Sebenar Facebook Ads Tanpa Website?

Facebook Ads merupakan sebuah platform iklan berbayar yang paling tinggi digunakan oleh semua pemilik bisnis selain daripada Google Ads.

Dan cara pengiklanan di Facebook Ads terdapat 2 perkara iaitu tanpa website dan dengan website. Setiap teknik membuat iklan berbayar ini adalah berbeza jika anda mempunyai website atau tidak.

Pendek kata dalam terma Facebook Ads adakah anda menggunakan Facebook Pixel yang di synckan dengan website anda atau tidak,

Pada hari ini saya hendak menerangkan kos permulaan untuk sebuah bisnis owner yang membuat iklan Facebook Ads mengguna Ads Manager tanpa website.

Jika anda membaca atau menonton video, ramai pihak di luar sana mengatakan anda mampu menjana keuntungan dengan hanya RM5 sehari!!! Dan ROAS anda akan meningkat hingga 5 kali ganda dari budget iklan.

Real Data Analisa Facebook Ads 

Pada pengalaman saya samada membuat iklan tanpa website atau dengan website, ianya adalah mustahil. Jika ianya begitu mudah maka ramai yang akan jadi kaya hanya bermodalkan RM5 sahaja...

Disini saya akan terangkan realiti sebenar bagaimana anda hendak mendapat jualan dengan menggunakan Facebook Ads tanpa website jika anda baru nak buat iklan dengan produk baru.

Sebelum anda mula membuat Facebook Ads, pastikan anda sediakan perkara di bawah ini :

  • 1. Mahir mengguna dan membaca data Ads Manager Facebook 
  • 2. Sediakan 3 video untuk kreatif iklan anda ( 6-30 saat)
  • 3. Sediakan kos permulaan membuat iklan sebanyak RM1000.
  • 4. Sediakan beberapa copywriting yang baik 
  • 5. Tanpa website anda saya andaikan penjualan melalui what apps. Pastikan ada pihak yang boleh menjawab what apps pelanggan bawah 20 minit. 
  • 6. Jika anda affiliate, maka anda akan gunakan link affiliate anda.


Step 1 (Mengumpul data) 

Anda akan membuat 3 kempen yang berbeza menggunakan 3 video yang telah anda sediakan.
Objektif : Trafik
Audience : Broad ( hanya ubah gender atau umur sahaja) tetapi jika anda yakin dengan audien atau persona anda boleh masukkan interest audien yang sesuai.
Daily Budget : RM20  setiap kempen
Placement : All
Link : Samada website affiliate atau what apps
Publish kempen anda selama 5 hari dengan kos sehari RM20 X 3 kempen = RM60

Step 2 ( Analisa data) 

Selepas 5 hari anda akan melihat data setiap kempen berdasarkan CPM, CTR, CPC dan Link Click.
Anda akan melihat dahulu kos yang paling murah untuk setiap impression/reach. Lagi murah kos maka lebih banyak Facebook Algoritma akan tunjukkan pada audien diluar sana. Ini adalah asas membaca Facebook Ads data, sebenarnya ada beberapa faktor yang akan anda lihat juga.

Step 3 ( Pilih kempen terbaik) 

Setelah melihat data yang diberikan anda perolehi kreatif mana yang terbaik dan anda akan jalankan satu kempen sahaja dan tutup kempen yang lain.

Anda akan naikkan jumlah budget anda sebanyak 20% setiap hari dan pada masa yang sama anda akan melihat data.

Kelemahan mengguna Objektif Trafik ini ialah pada ketika ini anda mungkin tidak akan melihat apa-apa jualan tetapi fokus anda ialah mengumpul data yang terbaik dari kempen yang terbaik.

Langkah seterusnya ini akan membina jualan untuk anda.


Step 4 (Retargeting) 
Ini adalah unsur terpenting jika anda melakukan iklan Facebook Ads tanpa Website.
Seperti yang saya katakan tadi, kreatif anda harus mengguna video disebabkan anda akan membuat CUSTOM AUDIENCE menggunakan video ini  dimana anda akan memilih 75% mereka yang pernah melihat video anda ini dari kempen diatas tadi.

Tujuan re-targetting ialah anda "filter" audien yang telah menonton video anda selama 75% dan mereka ini adalah "warm audien" dimana mereka telah ketahui produk anda tetapi belum membelinya.

Paling penting disini ialah anda kena membuat beberapa video lain yang melibatkan promosi, testimoni atau penerangan lebih lanjut. Panjang video ini ialah ( 20 saat - 60 saat).

Apa patut anda lakukan:
Anda akan membuat 3 kempen retargeting yang berbeza seperti yang saya katakan tadi selama 5 hari.

Objektif : Trafik
Audience : Video Custom Audience ( 75%)
Daily Budget : 20% dari kempen asal ( jika iklan anda sehari RM20 maka daily budget RM4) 
Placement : All
Link : Samada website affiliate atau what apps

Publish kempen anda selama 5 hari dengan kos sehari RM4 X 3 kempen = RM12

Step 5 ( Analisa Data Retargetting) 

Sama seperti Step 2 dan anda akan menutup kempen yang rendah dan kekalkan satu kempen sahaja.
Pada ketika ini anda dijangka akan menjana jualan jika anda ikuti step yang diberikan.


SCALING UP IKLAN ANDA

Seperti yang saya katakan tadi, jumlah impression yang lebih tinggi maka potensi jualan akan lebih baik.

Berbalik pada winning kempen 1 tadi, anda naikkan 20% setiap hari. prosesnya agak lambat. Anda kekalkan juga kempen winning tersebut dan anda buat duplicate kempen dan naikkan budget ke RM40 sehari. 

Maka anda telah mempunyai 2 kempen utama dengan daily budget RM60 sehari.
Manakala untuk Kempen Retargetting, anda kena naikkan juga 20% dari kos kempen utama tadi.

Peringatan: Anda boleh sahaja duplicate awal kempen utama sebelum membuat targetting agar Algoritma Facebook lebih cepat analisa data awak. 

STUDY ROI ANDA

ANDAIKAN ANDA BERJAYA MEMBUAT JUALAN MELALUI FUNNEL INI. Kos permulaan untuk membina sebuah Facebook Ads awal ialah RM360. 
Kemudian anda akan membuat scaling up RM60 sehari ( utama)  + RM12 sehari (targetting) = RM72 sehari. Ini kena keluar modal dulu sebelum mendapat jualan.

Budget RM1000 adalah sesuai untuk permulaan membuat iklan berbayar dan kini untuk memastikan anda tidak over budget maka step terakhir ialah lihat ROI anda.

Lihat kos iklan sehari anda RM72 sehari dan jumlah jualan ( margin untung anda). Jika margin untung anda sehari RM90 maka ia dalam trek yang betul dan ia PASTI akan meningkat dari masa ke semasa.


SAMPAI BILA KEMPEN INI

Buat excel table untuk tracking kos dan jualan anda sebab kadangkala ada hari-hari tertentu ia akan rendah dan hari lain ia akan cover loss hari sebelumnya.

Pada masa ini anda akan telah mempunyai data yang lengkap dan kempen ini tidak boleh diguna selama-lamanya, Ia pasti akan "fatigue" satu hari nanti dan jika anda lihat ia semakin menurun maka anda dah boleh tutup kempen ini.


KEKALKAN JUALAN 
Bagaimana nak kekalkan jualan yang konsisten ialah sebaik sahaja kempen analisa yang di atas sudah stabil dan menjana keuntungan maka anda harus membuat lagi test lain menggunakan kraetif yang berlainan dan ikuti Step seperti diatas.

Cuma kelebihannya ialah setiap kempen video baru ini yang anda buat ialah anda boleh terus masukkkan atau top up ke Custom Audience anda. Maka custom audience anda akan membesar dan next step anda boleh mengguna custom audience tersebut ke step "Lookalike" pula.

Untuk kempen seterusnya anda tidak perlu mengguna broad audience tetapi mengguna "lookalike" audience  dengan kreatif yang berlainan dan ianya cukup power kerana Facebook Algoritma sudah mula memahami audien anda melalui proses awal ini.

KESIMPULAN

Ini adalah salah satu teknik yang saya gunakan untuk menjual produk fresh dengan ads manager yang baru. Anda bernasib baik jika ianya menjadi tetapi adakala ia tidak menjadi, Bukan tiada jualan tetapi ROI terlalu rendah dan anda kena ubahsuai semula. Tapi jarang berlaku,

Pendekata sebelum anda membuat Facebook Ads ialah anda harus mengumpul data dan lama kelamaan data Facebook Ads anda semakin bekembang dan ia akan menjadi lebih mudah.

Ramai yang kecundang pada proses pertama kerana terpaksa membakar duit dahulu dan ini adalah perkara biasa. Mana ada bisnis ZERO KOS. Mana ada bisnis yang tidak turun naik. Kena cuba dan cuba pasti berjaya. 

Cakap mudah kan tetapi at the end ialah berapa modal yang sanggup anda korbankan dahulu sebelum berjaya?
 
NEXT ARTIKEL SAYA AKAN SHARE KOS BUAT FACEBOOK ADA DENGAN WEBSITE DAN KELEBIHANNYA.

Catat Ulasan