CARA AKTIFKAN KATALOG FACEBOOK CPAS SHOPEE 2024 - BLOG SHOPPERMANIAC

CARA AKTIFKAN KATALOG FACEBOOK CPAS SHOPEE 2024

hari ini saya akan memberi tunjuk ajar bagaimana mengaktifkan katalog business Shopee Homemaniac ke Business Manager Meta.

 

CARA AKTIFKAN KATALOG FACEBOOK CPAS SHOPEE

Homemaniac telah mendapat kelulusan dari Shopee untuk mendapatkan katalog dari Shopee ke Business Manager Meta/Facebook dipanggil Facebook CPAS.

Agak lama juga hendak mendapatkan approval ini, mengambil masa hampir 2 minggu. Bagaimana Memohon Facebook CPAS. Baca DISINI

Jom, hari ini saya akan memberi tunjuk ajar bagaimana mengaktifkan katalog business Shopee Homemaniac ke Business Manager Meta.

CARA AKTIFKAN KATALOG FACEBOOK CPAS SHOPEE

Sebaik sahaja anda mendapat kelulusan daripada Shopee. Anda akan melihat di bahagian katalog Business Manager Meta akan ada Katalog kedai Shopee anda.

Pertama anda kena "accept" kongsi Business Account Shopee yang telah diberikan oleh Shopee ini,


CARA AKTIFKAN KATALOG FACEBOOK CPAS SHOPEE

Anda akan dibawa ke bahagian "Collaboration Centre" untuk pengesahan bahawa anda telah kolabrasi dengan Shopee membuat Facebook Ads.

Anda klik pada CPAS_MY- Homemaniac iaitu katalog yang telah di kalobrasikan untuk anda.


CARA AKTIFKAN KATALOG FACEBOOK CPAS SHOPEE

Anda akan dibawa ke bahagian Partner dan kemudian anda klik "more" dan pergi ke Commerce Manager untuk melihat semua produk anda yang telah dikalobrasikan.

CARA AKTIFKAN KATALOG FACEBOOK CPAS SHOPEE

Anda akan dibawa ke bahagian katalog dan di Homemaniac, setakat ini kami hanya mempunyai 88 produk sahaja dan SUDAH TIBA MASANYA ANDA MEMBUAT IKLAN MENGGUNAKAN FACEBOOK ADS DI KEDAI SHOPEE ANDA.

Anda boleh membuat iklan keseluruhan produk anda atau membuat set ikut kategori produk. Ini akan saya berikan tunjukkan ajar nanti.


CARA AKTIFKAN KATALOG FACEBOOK CPAS SHOPEE

Anda Klik pada ADS dan Ads Manager Meta akan setting akaun iklan anda. 
Kami akan memberikan contoh bagaimana membuat iklan mengunakan katalog Shopee ini set produk yang kami akan buat terutama jika mempunyai produk yang beri keuntungan tinggi atau produk winning.

Kami akan memberikan contoh produk minyak wangi rakan saya iaitu HG Perfume
yang dijual di Shopee sahaja buat masa sekarang.


Catat Ulasan