ADAKAH MUDAH BISNIS ON LINE - BLOG SHOPPERMANIAC

ADAKAH MUDAH BISNIS ON LINE

Seronok rasanya mendengar ilusi sedemikian

 

ADAKAH MUDAH BISNIS ON LINE

Ramai yang mengatakan bisnis on line mudah dimana anda hanya perlu membuat video viral dan jika meletup maka anda bukan sahaja mampu menjual produk anda malah anda mampu menjadi seorang influencer.

Seronok rasanya mendengar ilusi sedemikian. padahal realitinya jauh sekali. Jika anda berusaha mencari wang segera janganlah memulakan perniagaan bisnis samada online atau fizikal kerana ia memakan masa dan tenaga anda. Apatah lagi jika anda menjalankan perniagaan "one man show".

Apa Itu Bisnes Dalam Talian?

Bisnes dalam talian merujuk kepada aktiviti perdagangan yang dilakukan melalui internet. Ini boleh melibatkan menjual produk fizikal, menawarkan perkhidmatan, atau bahkan menghasilkan kandungan. Dengan kemajuan teknologi dan aksesibiliti internet yang semakin meluas, peluang untuk memulakan bisnes dalam talian kini terbuka luas bagi sesiapa sahaja.

ADAKAH MUDAH BISNIS ON LINE

MITOS MUDAH BISNIS ON LINE

Sayangnya, terdapat beberapa mitos yang beredar mengenai bisnes dalam talian yang mungkin menghalang niat anda untuk terjun ke dunia ini:

Bisnes Dalam Talian Mudah dan Cepat Berjaya: 

Ini adalah salah satu mitos terbesar. Seperti bisnes lain, kejayaan memerlukan kerja keras, dedikasi, dan strategi yang baik. Pertamanya apabila anda memulakan bisnis on line, adalah harus mempunyai sosial media sebagai verikasi keujudan anda seperti Facebook Pages, Tik Tok, Instagram dan Laman Web.

Harus mencipta konten secara berterusan untuk dapatkan trafik organik atau "enggament" dahulu. Ini semua penting kerana anda tidak mempunyai kedai Fizikal dan cara untuk membuktikan anda ujud atau tidak scam ialah aktif di sosial media.

Eksperimen Membuat 200 Konten Sebulan 

Dan konten yang anda buat tidak semestinya berjaya dan aku sudah 3 tahun berkecimpung di bisnis online. Sampai sekarang belum viral !!!! Jangan simpan impian kononnya dengan buat konten anda akan viral dan kemudian boleh buat sales gila-gila!!

Tidak Perlu Pengetahuan Teknologi: 

Dalam bisnis online anda harus memahami semua teknologi terkini jika mahu bersaing samada dalam teknologi platform sosial media terkini, sistem teknologi pemasaran terkini.

Sebagai contoh 2 tahun lalu, TIK TOK bukannya platform menjual tetapi sebuah paltform buat konten tetapi kini ia menjadi kewajipan setiap bisnis online mesti mempunyai TIK TOK,

Pada tahun 2022, AI atau Kepintaran Buatan semua bisnis online tidak pernah dengar. Kini AI merupakan kemestian yang harus dipelajari untuk bisnis online.

Cukup Menjual Produk: 

Hanya menjual produk tidak cukup,  pemasaran yang efektif juga diperlukan untuk menarik perhatian pelanggan.

Anda berfikir sebagai bisnis online yang tidak mempunyai komitmen membayar sewa kedai maka kos menjual produk amat murah.

Anda silap kerana sebagai pemain Bisnis On Line, anda harus membuat iklan berbayar seperti Facebook Ads atau Tik Tok Ads untuk menonjolkan produk anda di hadapan pelanggan. Dan ia melibatkan kos.

Malahan tidak semua iklan yang anda buat akan berjaya. Banyak yang "boncos" buat permulaan kerana anda masih lagi belajar.

Kononnya dengan platform sosial media, anda akan mendapat jualan laris. Itu mitos. Kalau ada pun, hanya 3 jualan dalam sebulan.  Kalau sebulan gaji kau RM300 boleh hidup, Proceed!!



Kesimpulan

Ini tidak bermakna, bisnis online tidak akan berjaya. Bisnis online adalah satu perjalanan yang panjang. Jika nak cepat kaya dan tiada pengetahuan, bisnis online bukan pilihan yang tepat.

Ingatlah bahawa setiap perjalanan dimulakan dengan langkah pertama! Dengan optimisme dan kerja keras, anda boleh menjadi sebahagian daripada jutaan usahawan berjaya lainnya di era digital ini. Selamat berbisnis!

Catat Ulasan