Dalam Facebook Ads saLah satu item yang sering kita abaikan ialah Placement iklan untuk produk kita.
Di Facebook Ads Manager terdapat 4 lokasi platform yang diberikan iaitu Facebook, Instagram, Audience Network dan Messenger.
Dan biasanya anda akan memilih kesemua placement platform ini dan ianya adalah salah satu tindakan yang betul terutama Akaun Ads Manager anda baru lagi.
Gambar diatas adalah lokasi terletak Placement untuk platform pilihan anda. Jika anda memilih kesemuanya maka anda tidak perlu buat apa-apa. Bulatan dibahagian "Advantage +Placement ( Recommended) akan di tick secara auto.
Tetapi jika anda memilih manual dan anda klik "Edit" akan keluar seperti gambar yang kedua dan anda boleh "untick" mana-mana platform yang anda tidak kehendaki.
PILIH HANYA SATU PLATFORM SAHAJA DAN KESANNYA
Terdapat satu teori yang kuat bermain dikalangan pemain Facebook Ads iaitu jika anda mahukan Algoritma Facebook mudah untuk membuat kerjanya ialah anda hanya memilih satu platform sahaja kerana adakalanya Algoritma Facebook ini tidak membahagikan "budget" iklan secara sekata pada keempat-empat platform ini.
Ini kami buktikan melalui iklan terbaik kami dan anda dapat melihat Algoritma Facebook langsung tidak peduli untuk bahagikan budget iklan ke Platform Instagram.
Ini bermakna anda akan kehilangan banyak potensi pelanggan di Instagram. Betul tak? Terang-terang menunjukkan bahawa Facebook Algoritma mempunyai masalah.
TINDAKAN yang kami lakukan ialah kami membuat satu iklan dengan budget yang sama serta ads set dan ads yang sama kami hanya memilih platform Instagram sahaja termasuk gambar dan copywriting.
Shopee Insta Campaign ialah iklan yang kami gunakan platform Instagram sahaja.
Manakala 2 iklan yang lain kami gunakan 3 platform kecuali "Audience Network"
Data yang ditunjukkan pada gambar diatas ialah kos CPM (Cost Per-mile) untuk kempen Shopee Insta Campaign mencanak naik RM31.72. CPM bermaksud kos yang anda harus bayar setiap 1000 kali "impression" ditunjukkan pada audien.
Kami menggunakan budget RM20 sehari dan jika CPM RM31.72 maka jumlah audien yang akan ditunjukkan amat berkurangan dan iklan ini merugikan kerana kos produk kami hanya RM30 sahaja belum ditolak kos-kos lain.
Manakala untuk kempen-kempen yang lain, kos CPM bawah RM10 dan salah satu data yang kami akan ambil untuk memilih kempen terbaik ialah data CPM.
KENAPA INI BERLAKU
Sepatutnya secara teori, akan berlaku peningkatan trafik yang baik jika kami gunakan satu platform sahaja.
PERKARA ini berlaku ialah kerana Facebook Algoritma semakin bijak. Mereka mempunyai data yang cukup besar dan ketahui segala-galanya tentang minat, carian dan sebagainya tentang setiap pemilik akaun Facebook atau Instagram.
Ada sebabnya Facebook Algoritma tidak bahagikan budget iklan ke Instagram kerana kebanyakan audien di Instagram tidak berminat dengan produk yang kami berikan. Ianya tidak sesuai dijual di Instagram.
Dan data dari Facebook Algoritma menunjukkan audien yang secocok dengan produk kami ialah di Facebook dan Messenger. Untuk Audience Network saya untick.
KESIMPULAN
Benarlah apa yang dikatakan oleh Meta bahawa Facebook Algoritma mereka semakin bijak dan taktik terdahulu yang digunakan oleh pemain iklan berjaya kini tidak sesuai digunakan lagi.
Kebaikannya ialah membuat Facebook Ads menjadi semakin mudah pada teorinya. Anda hanya perlu memastikan mengarah Facebook Algoritma memahami apa kehendak anda. Itu yang susah.,.hahahaha
KENAPA SAYA TIDAK PILIH AUDIENCE NETWORK
Mesti ada tertanya-tanya kenapa saya tidak memilih Audience Network ( FAN). Biar saya terangkan dan saya masukkan video rakan saya ini yang saya setuju dengan pandangan beliau.
Namun saya ingin tekankan iaitu setiap pengiklan mempunyai strategi yang berbeza dan mungkin cara saya dan pendapat saya tidak sama dengan mereka. Namun "END RESULT" kami semua mahukan kempen yang berjaya dan menjana ROI yang tinggi walau cara kami berbeza.
Apa itu Audience Network:
The Facebook Audience Network (FAN) is a collection of websites and mobile apps that display ads, allowing advertisers to expand their campaigns beyond Facebook
Saya tidak memilih FAN disebabkan platform ini adalah platform termurah dan kerap kali Facebook Algoritma menghantar budget mereka ke platform ini terutama jika anda mengguna objektif Trafik.
Dan saya kerap kali mengalami masalah ini dan saya ambil keputusan untuk abaikan dalam semua iklan saya.
Kedua ialah audien dari Facebook /Instagram cukup besar dan jika anda tidak gunakan FAN ia tidak akan impak pada iklan anda malah iklan anda akan lebih berjaya tanpa FAN.
Sebagai contoh kenapa sukar nak dapat jualan melalui FAN. Katakan iklan anda ditunjukkan di website dan mengikut pengalaman anda berapa ramai akan klik iklan pada website. A
Alasan kedua, selalunya di dalam satu artikel website terdapat lebih sepuluh iklan dan adakah iklan anda akan di "perasan" oleh audien anda.
Kualiti audien melalui FAN juga boleh dipertikaikan kerana adakala pembaca di sesebuah website tertekan iklan dan biasanya itu yang berlaku kan. Dan data yang anda terima ke Facbook Pixel anda adalah palsu.
Atas alasan ini saya tidak langsung mengguna FAN ( Facebook Audience Network). Sekali lagi saya katakan ia pendapat saya,