Pada tahun 2024 ini anda tidak boleh mengharapkan lagi Google sebagai penyumbang trafik melalui SEO (Search Engine Optimatization) pada blog atau website anda
Ini kerana semua sedia maklum Google kini kerap membuat perubahan dalam Algoritma mereka, penumpuan pada AI (Kecerdasan Buatan) dan tumpuan pada website forum seperti Reddit telah membunuh ramai blogger yang mengharapkan SEO jus dari Google.
Tapi kita harus akui bahawa pada masa kini Google dan You Tube merupakan penyumbang 25% dari Global carian yang digunakan oleh penduduk dunia. Ini merupakan peratusan yang cukup besar sekali.
Namun kita tidak abaikan juga 65% carian lagi yang digunakan oleh manusia mencari maklumat. Dan sebagai langkah pada masa hadapan adalah lebih bijak jika anda menggunakan enjin carian SEO lain selain Google untuk mendapatkan trafik ke blog anda.
Melalui kajian yang dijalankan:
- 64% Gen Z dan 49% Gen Y menggunakan Tik Tok untuk mencari maklumat.
- 67% Gen Z menggunakan Instagram mencari maklumat.
- 62% pernah menggunakan Chat GPT/Gemini untuk mencari maklumat
- 36.8% mengguna Printerest mencari maklumat
- 56% pengguna mengguna Amazon mencari maklumat produk
- Facebook menduduki tempat ketiga pencarian maklumat selain Google dan You Tube.
Ini menandakan pecahan 65% ini terdiri dari pelbagai sosial media yang digunakan untuk mencari maklumat.
Kita juga dapat melihat dengan jelas peningkatan perniagaan menggunakan sosial media ini dalam mempromosikan produk mereka selain mengguna Google Ads.
Jelas peningkatan sosial media dan lain-lain dalam pencarian maklumat dan dijangka peningkatan ini akan berterusan dan amatlah rugi jika anda sebagai blogger tidak memaksimakan trend ini .
Dalam artikel SEO berada di mana-mana saya akan menghuraikan beberapa teknik SEO yang harus anda digunakan. Maklumat ini saya perolehi dari webinar oleh Neil Patel dan ianya merupakan satu ilmu yang berguna untuk kita.
Ianya terdiri dari 4 bahagian :
- OPTIMASIKAN ENJIN CARIAN DALAM SEO
- OPTIMASIKAN SOSIAL MEDIA DALAM SEO
- OPTIMASIKAN AI DALAM SEO
- OPTIMASIKAN APLIKASI DALAM SEO
OPTIMASIKAN ENJIN CARIAN DALAM SEO
GOOGLE MASIH MERUPAKAN SEO TERBAIK
Namun untuk anda mendapatkan trafik atau SEO dari Google anda haruslah:
- Setiap artikel mempunyaii gambar dan melalui kajian 15.8% peratusan pencarian disumbang melalui gambar.
- 62% peratusan pencarian Google banyak disumbangkan melalui video dan juag korasel
- Pastikan anda memenuhi kehendak EEAT
- Pastikan konten anda adalah Helpful Content
- Pastikan setiap artikel anda masukkan video kerana ia dapat kurangkan bounce rate blog anda
- Kate kunci yang trend di Sosial Media harus diambil dalam konten anda
OPTIMA YOU TUBE SEBAGAI SEO
You tube merupakan enjin carian kedua terbesar selepas Google harus anda memaksimakan untuk jenama atau blogger anda.
Dikatakan video 50 kali lebih baik mendapat ranking berbanding dengan artikel penulisan. Dan bagaimana untuk anda memastikan You Tube anda mesra SEO ialah:
- Analisa pesaing anda semasa membuat konten bukan sahaja di You Tube tetapi di website, Google dan sebagainya
- You Tube juga anda harus mengguna "Keyword Research" sama seprti blog dan jika sukar anda boleh gunakan aplikasi seperti Vidiq membantu anda terutama untuk tajuk dan deskripsi.
- Cipta "Thumbnail" yang memukau
- Kalau ada "Subtitle" lagi bagus kerana memudahkan untuk penonton dan untuk pengetahuan You Tube pun mempunyai "auto-caption"
- Namakan nama fail video anda sama untuk tajuk You Tube anda
- Posting yang terbaik ialah 1 short dan 1 konten panjang setiap hari
GUNAKAN ENJIN CARIAN LAIN SEPERTI BING
Menurut kajian yang dilakukan, pada tahun 2023 berlaku peningkatan yang signifikan pada pengguna enjin carian BIng.OPTIMASIKAN SOSIAL MEDIA DALAM SEO
Dibawah ini saya ada memberikan kunci penting bagaimana untuk anda optimasikan setiap sosial media yang penting.
OPTIMASI UNTUK LINKEDIN
OPTIMASI UNTUK INSTAGRAM
OPTIMASI UNTUK FACEBOOK
OPTIMASI UNTUK TIK TOK
OPTIMASI UNTUK REDDIT / QUORA
Di atas bagaimana anda hendak optimasikan teknik SEO untuk beberapa sosial media pilihan. Dalam kesemua sosial media ini, ada beberapa perkara yang mempunyai persaman untuk menonjolkan visibiliti anda di dunia sosial media ialah:
- Pastikan Profil nama diisi dengan betul dan kesemuanya mengikut branding anda
- Pastikan semua maklumat profil di isi penuh
- Optimasikan kata kunci atau hashtag
- Ikuti trending samada dari segi kata kunci atau audio
- Interaksi dengan pengguna adalah kunci utama
OPTIMASIKAN AI DALAM SEO
Ramai kini telah menggunakan AI dalam memudahkan kerja mereka serta memanipulasi SEO samada di Enjin Carian atau Sodial Media.
Kemunculan Chat GPT pada akhir 2022 telah mengubah landskap carian di dunia ini dan kini AI merupakan salah satu alat yang amat penting dalam dunia maya ini dimana:
- Google telah memperkenalkan enjin carian AI bernama SGE ( Search Generative Experience)
- Bing lebih awal telah mengunakan Ai melalui CoPilot dan Bing Ai mereka.
- Chat GPT dikatakan pada tahun ini akan membuat enjin carian iaitu Search GPT
Bagaimana anda menang dalam SEO AI ini Atau dipanggil Perplexity AI ini.
Perplexity AI is an AI-powered search tool that uses natural language queries to provide answers to questions. It's designed to offer relevant and accurate search results by using sophisticated algorithms to understand and respond to complex questions.
- Pastikan konten yang dikemaskini ini benar dan jika boleh link ke website yang dipercayai
- Setekah kemaskini pastikan tulis tarikh terkini post anda telah dikemas kini
- Guna long tail keyword
- Ambil kesempatan membuat topikal autoriti
Penggunaan AI banyak membantu blogger atau bisnis online tetapi jika anda menggunakan 100% AI akan merosakkan reputasi anda. Setiap konten Ai boleh digunakan tetapi ia harus mempunayi campurtangan manusia untuk kemaskini konten dan membuat analisa maklumat yang diberikan itu benar atau salah.
OPTIMASIKAN APLIKASI DALAM SEO
Pada masa kini untuk meningkat trafik di blog anda, anda harus memberi perkhidmatan percuma pada pembaca anda dan secara tak langsung akan meningkatkan pageview blog anda.