Tahun ini saya membuat kerja tak berfaedah disebabkan terpaksa membuat satu akaun kedai Shopee yang baru. Ini semua disebabkan oleh Save Value yang menjual produk senjata mainan yang dianggap oleh Shopee pelanggaran serius dan automatik anda kena banned.
Atas dasar inilah saya terpaksa membuka sebuah kedai Shopee yang baru dan saya tahu ia akan memakan masa dan tenaga otak ini untuk melaksanakan strategi 5 funnel kami ini.
Namun terpaksa dan lagi pun dah lama saya tak membuka kedai Shopee baru dan merasai tekanannya..hahahahhaa. Kasi minda ini berfikir semula bagaimana menjual produk dropship baru ini .
Sekaligus membuktikan Masterclass Shopee kami ini efisien dan proven!!!!
Saya memilih Easygo Dropship iaitu sebuah dropship autosync alatan sekolah/pejabat sebagai ganti Save Value. Bukannya saya tidak suka Save Value tetapi mahukan kelainan dalam Kedai Shopee ini dan menguji kekuatan dropship ini .
Namun Easygo Dropship ini mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan dimana anda boleh membaca artikel yang saya bincangkan DISINI.
Jika anda lihat umur kedai Shopee ini hampir 4 tahun. Kedai Shopee ini pula ialah kedai Shopee lama yang saya tidak pakai lagi tetapi masih lagi ujud dan saya tidak gunakan selepas saya menggunakannya membuat ujikaji untuk dropship Malaysia dan Dropship Murah yang saya dapati mempunyai kelemahan yang amat ketara dan tidak sesuai diguna menjual di Shopee.
Kedai Shopee ini untuk beroperasi akan mengambil masa untuk memastikan produk listing kami cukup kuat untuk membuat jualan secara organik.
Mencari produk winning yang baik untuk memastikan jualan yang konsisten.
Memastikan jenis marketing yang sesuai untuk digunakan di kedai Shopee ini.
KEMASKINI PADA 10/10/2024
Jualan pertama kami setelah 2 bulan kami membuat produk listing. Kami tidak menggunakan langsung Shopee Ads untuk marketing dan semuanya hanya menggunakan trafik organik sahaja
KEMASKINI PADA 18/10/2024
Jualan kedua pada 18/10/2024 tanpa membuat Shopee Ads dan semata-mata Trafik Organik sahaja. Dalam masa 2 bulan ia memberi keputusan yang baik.