YOU TUBE CHANNEL 1 JUTA VIEW DALAM MASA 9 BULAN ( kemaskini Oct 2024) - BLOG SHOPPERMANIAC

YOU TUBE CHANNEL 1 JUTA VIEW DALAM MASA 9 BULAN ( kemaskini Oct 2024)

Untuk pengetahuan You Tube Channel ini kami mula pada 22 November 2023 dan pada awal bulan August kami telah mempunyai 1 juta view!!!

YOU TUBE CHANNEL 1 JUTA VIEW DALAM  MASA 9 BULAN

Kami ada membuat eksperimen untuk You Tube Channel eksperimen kami iaitu
Haniflife sebuah You Tube tanpa niche dan hanya bercerita tentang isu semasa sahaja.

Dan saya katakan You Tube ini mencapai target yang kami mahukan dan hari ini kami mahu berkongsi dengan anda bagaimana kami lakukan.

Untuk pengetahuan You Tube Channel ini kami mula pada 22 November 2023 dan pada awal bulan  August kami telah mempunyai 1 juta view!!! Ianya mengambil masa hanya 9 bulan untuk kami mendapatkan 1 juta view sahaja.

YOU TUBE CHANNEL 1 JUTA VIEW DALAM  MASA 9 BULAN

Pada data yang kami ini menunjukkan bahawa You Tube Channel Hanif Life telah mencapai target yang kami mahukan.

Kami target hanya  300K view dalam masa satu tahun dan 1K subcriber dalam masa satu tahun  juga. Namun kami mencapai target yang lebih tinggi dan hari ini kami mahu memberikan tips bagaimana menjana 1juta view You Tube kepada anda secara percuma.

YOU TUBE CHANNEL 1 JUTA VIEW DALAM  MASA 9 BULAN

Penumpuan penuh kami lakukan pada YOU TUBE Short sahaja. Saya sebenarnya bukan peminat You Tube Short tetapi data menunjukkan You Tube Short memainkan peranan yang cukup tinggi dalam meningkatkan view serta branding anda.

Dan ianya terbukti dengan kadar view beberapa video kami mencapai hampir suku juta tetapi belum jutaan lagi. Namun ia memberi satu pentunjuk bahawa You Tube Short amat penting dalam 2024 jika anda mahu berkecimpung dalam bidang You Tube ini,

YOU TUBE CHANNEL 1 JUTA VIEW DALAM  MASA 9 BULAN

Namun jika anda mahu mencapai standard You Tube Short yang baik anda harus memastikan peratusan view anda haruslah 70% keatas dan kadar "swipe away" bawah 30% barulah dikatakan You Tube Channel anda ini konsisten dan di gemari oleh Algoritma You Tube.


Dan kadar "return view" dalam 40% dan pada masa yang sama menarik pelanggan baru. Dimana pada graf di atas analisa 90 hari kami berjaya mendapatkan 694 subcriber baru ke You Tube Channel ini.

Untuk saya kadar return view ini tak penting tetapi yang penting keseluruhan view bulanan tetapi jika anda merancang menggunakan You Tube Channel anda sebagai salah satu kembangkan bisnis anda maka return view amat penting.


YOU TUBE CHANNEL 1 JUTA VIEW DALAM  MASA 9 BULAN

Dalam keenakan mendapat view yang tinggi dalam You Tube Short kami tidak mendapat view yang baik untuk konten panjang melebihi 1 minit.

Sebenarnya saya tidak menumpukan membuat konten panjang kerana saya mempunyai sebuah lagi You Tube Channel kami iaitu Shoppermaniac yang kami tumpukan membuat konten panjang dan masa mencemburui kami untuk membuat konten panjang di You Tube Channel ini.


BAGAIMANA KAMI MEMPEROLEHI 1 JUTA VIEW


KONSISTEN POST YOU TUBE SHORT 

YOU TUBE CHANNEL 1 JUTA VIEW DALAM  MASA 9 BULAN

Dalam mana-mana sosial media termasuk You Tube, posting konten secara konsisten amat penting. Menurut kajian terbaru yang dilakukan untuk You Tube Short konsistensi ialah posting 2 konten setiap hari. Mankala untuk long konten ialah 2 kali posting setiap minggu. 

Buat masa sekarang saya hanya membuat posting 1 konten sehari untuk You Tube Short manakala untuk konten panjang ialah bergantung pada masa saya. Namun jika anda mahu cepat di terima oleh Algoritma you Tube, posting 2 You Tube Short sehari dan 2 kali posting Konten Panjang.

Jika anda mempunyai 2 konten panjang maka anda boleh pecahkan kepada 14 Ypu Tube Short  dan jika mampu memenuhi jangkaan tersebut tetapi pastikan posting yang diambil dari konten panjang ini adalah berkualiti sahaja. 

Sebenarnya You Tube Short ini dicipta adalah sebagai jambatan kepada  Konten Panjang . Supaya mereka yang melihat You Tube Short akan pergi ke konten panjang anda. Di You Tube Shirt terdapat sebuah fungsi iaitu “Related Video” dimana jika anda ambil sebahagian dari konten panjang dan membuat short maka anda boleh linkkan ke konten panjang.

YOU TUBE ADALAH SATU PERJALANAN BUKAN PECUTAN

YOU TUBE CHANNEL 1 JUTA VIEW DALAM  MASA 9 BULAN

You Tube merupakan satu perjalanan yang panjang. Kesabaran adalah kunci kepada kejayaan anda dalam You Tube. Sebagai contoh You Tube Channel Shoppermaniac kami telah tiga tahun tetapi jumlah subscriber kami hanyalah 2700 subcriber dengan total view ialah 400K sahaja. Kami tidak kisah kerana kami  ketahui membuat sebuah You Tube Channel Pendidikan memakan masa dan kami baru sahaja menceburi bidang ini tiga tahun yang lalu.

Namun kami tidak berputus asa dan masa yang sama kami ingin mencuba pelbagai cara tetapi tidak mahu menganggu You Tube Shoppermaniac maka kami ujudkan You Tube Haniflife. Dari situ kami merancang untuk adaptasikan metod yang berjaya di Hanif Life ke You Tube Shoppermaniac.

You Tube Hanif Life memakan masa hampir 9 bulan untuk mendapat 1 juta view dan saya secara peribadi ia agak mengejutkan.  Jika anda mahu berjaya dalam sosial media maka anda kena menerima realiti ianya adalah satu perjalanan yang panjang.. Jika anda seorang blogger ia megambil masa 1 tahun baru anda nampak perubahannya rating anda.


POST KONTEN YANG VIRAL ( SHORT ATAU LONG CONTENT)

YOU TUBE CHANNEL 1 JUTA VIEW DALAM  MASA 9 BULAN

Saya akui salah satu kejayaan kami mencapai 1 juta view ialah niche You Tube Channel kami ialah isu semasa dan kontennya luas tidak seperti jika anda membuat niche Pendidikan seperti mana You Tube Channel Shoppermaniac kami. Saya mengambil konten-konten yang viral dan bermusim tidak kira apa jua niche samada selebriti, sukan atau apa jua. Dan atas sebab itu kebanyakan You Tube Short kami ada mencapai 250K. 

Saya berpendapat sebelum anda membuat sebuah You Tube Channel pilihlah niche yang agak luas agar anda mudah untuk membuat konten.

AMBIL KONTEN DARI SOSIAL MEDIA LAIN

YOU TUBE CHANNEL 1 JUTA VIEW DALAM  MASA 9 BULAN

Saya pernah katakan masa mencemburui saya untuk membuat 2 You Tube Channel. Salah satu teknik yang saya gunakan ialah mengambil konten dari sosial media terutama di Tik Tok dan masukkan ke aplikasi yang saya ambil dari Google Play ( SnapTok) untuk membuang watermark Tik Tok agar video saya ini tidak di “Shadow” oleh Algoritma You Tube. Walau pun saya mengambil video dari Tik Tok tetapi saya tetap memasukkan username sumber yang saya ambil. Ini adalah cara yang salah tetapi inilah kemampuan saya buat masa sekarang.
YOU TUBE CHANNEL 1 JUTA VIEW DALAM  MASA 9 BULAN
Copywriting serta violation yang diterima oleh Hanif Life

Namun keburukan mengambil konten pihak lain ialah potensi You Tube anda kena “copywriting” memang cukup tinggi. Setakat ini You Tube Channel Hanif Life telah kena 1 major copywriting dan 4 minor copy writing dari owner konten. Maka untuk mengatasi masalah ini anda ambil konten dari owner personal bukannya branding besar seperti dari Berita Harian, TV3 atau Astro Awani dan sebagainya, Memang kena copywriting ler jawabnya,

YOU TUBE CHANNEL 1 JUTA VIEW DALAM  MASA 9 BULAN
ADAKAH YOU TUBE CHANNEL KAMI DIMONETISE

Inilah masalah apabila anda menumpukan perhatian pada You Tube Short. Kebaikan yang anda akan perolehi ialah kenaikan view dan subscriber dengan cepat jika anda menumpukan pada You Tube Short. 
Tetapi anda menghadapi masalah watch time minimum 3000 jam /365 hari. 

Adakah watch time termasuk You Tube Short?
No, watch time from YouTube Shorts does not count towards a creator's overall channel watch time. This is especially frustrating for smaller creators on the platform. However, creators can still earn money from YouTube Shorts through monetization

Kedua ialah jika anda ketahui melalui You Tube Short adalah sukar mencapai 3000 jam kerana ia hanya melibatkan konten panjang sahaja maka anda diberikan pilihan ialah jumlah view anda haruslah 3 juta dalam masa 90 hari. Ini bermakna dalam sebulan saya harus dapatkan 1 juta tontonan  You Tube Short saya secara konsisten.

Ini bermakna 1 juta tontonan dari You Tube Channel Hanif Life dan kebanyakkan dari You Tube Short selama 9 bulan adalah rendah !!!! Saya tidak boleh banggakan dengan data yang saya perolehi ini…hahahahaha.
Kerana rata-rata view saya dari You Tube Short.

YOU TUBE CHANNEL 1 JUTA VIEW DALAM  MASA 9 BULAN

TINDAKAN UNTUK YOU TUBE CHANNEL HANIF LIFE

Saya membuat 2 pilihan yang saya lakukan iaitu kekerapan membuat You Tube Short dan pada masa yang sama membuat Konten Panjang jika saya mahu memaksimumkan view You Tube Hanif Life ini.

Saya tidak mungkin mencapai view 200K setiap You Tube Short ( berdasarkan data setiap You Tube Short saya akan memperolehi 4K sahaja. Walau pun saya buat konten You Tube Short 2 konten setiap hari ianya tidak akan membantu. Maka saya harus menambahkan konten panjang dan melalui konten panjang akan digunakan ke short You Tube.

Inilah masalah utama saya iaitu saya tidak mampu membuat konten yang konsisten kerana masa. Oleh yang demikian saya akan mengejar 1 juta view sebulan!!!

Dengan 1 juta view sebulan, maka secara tak langsung kadar subcriber saya akan lebih baik dan potensi branding Hanif Life akan dikenali.

YOU TUBE CHANNEL 1 JUTA VIEW DALAM  MASA 9 BULAN

KESIMPULAN 

Kesimpulan yang dapat saya huraikan ialah untuk tinggikan view You Tube Channel anda ialah:

  • 1. Fokus pada You Tube Short
  • 2. Sehari 2 atau 3 You Tube Short yang berkualiti.
  • 3. Konten Panjang seminggu sekali
  • 4, Gunakan konten panjang dan jadikan You Tube Short
  • 5. Sabar, Disiplin dan Konsisten
  • 6. Niche yang luas
Jika di amalkan dalam masa beberapa bulan algoritma You Tube mula mengenali anda dan akan boostkan posting anda yang konsisten. 


KEMAS KINI 15/10/2024
Hanif life You Tube kini telah mencapai 3000 subcriber semenjak artikel ini dibuat pada 12/8/2024 dengan hanya 1.7K subcriber sahaja.

Manakala jumlah view pula telah meningkat keseluruhan kepada 1.9 juta view!!


Saya tidak kesempatan membuat konten panjang dan ini memberi impak kepada monetization kami dan kami hanya tumpukan pada You Tube Short buat masa sekarang,


Catat Ulasan