SALES FUNNEL FACEBOOK ADS 2024 ( EMail) - BLOG SHOPPERMANIAC

SALES FUNNEL FACEBOOK ADS 2024 ( EMail)

Hari ini saya akan bincangkan bagaimana membuat sales funnel Facebook Ads menggunakan Email Marketing
SALES FUNNEL FACEBOOK ADS 2024

SALES FUNNEL FACEBOOK ADS 2024 ( EMail)

Hari ini saya akan bincangkan bagaimana membuat sales funnel Facebook Ads menggunakan Email Marketing dengan memberi offer percuma kepada pelanggan potensi atau “Hot Audience”. Ini adalah teknik yang biasa digunakan oleh semua pemain Facebook Ads. Tujuan teknik ini biasanya mencari lead magnet atau mengumpulkan alamat email seberapa yang banyak untuk tujuan email marketing nanti.

Tujuan membuat lead magnet ialah anda memberi offer atau gift percuma kepada pelanggan berpotensi dan mereka akan kongsikan alamat email mereka. Maka anda boleh gunakan alamat email tersebut membuat follow up dan juga anda boleh gunakan data ini eksport ke Facebook Ads Manager untuk membuat lookalikes audience

Biasanya Sales Funnel ini dalam TOFU ( Top Funnel) atas sekali mencari cold audience kepada warm audience. Iklan ini biasanya tidak membuat jualan tetapi sebagai sessi pengenalan untuk anda memperkenalkan branding serta produk anda.

TOFU mempunyai bentuk iklan atau metod dan kali ini saya akan menggunakan EMail Marketing dalam artikel ini Sales Funnel Facebook 2024,

Namun hari ini saya akan memberi tunjuk ajar bagaimana menggunakan funnel ini dan membuat targeting secara terus kepada mereka yang telah klik dan dapatkan offer tersebut.

FUNNEL PERTAMA ( TOFU) 

Tahap ToFu adalah tahap pertama dalam proses pemasaran di mana Anda mencoba untuk menarik perhatian prospek yang baru mengetahui produk atau layanan Anda. Di tahap ini, tujuannya adalah untuk membangkitkan minat calon pelanggan dan memperkenalkan merek Anda kepada mereka. 


MEMBINA LANDING PAGES E-MAIL MARKETING 
SALES FUNNEL FACEBOOK ADS 2024 ( EMail)


Pertama anda harus mempunyai platform Email Marketing yang sesuai dengan anda. Saya menggunakan 2 platform percuma iaitu MailChimp dan ConvertKit (KIT). Kedua-dua ini saya menggunakan free trial untuk anda dan saya memilih Convert Kit dimana ia membenarkan 10,000 free subscriber dan ianya cukup mewah bagi sahaja berbanding MailChimp dengan kapasiti hanhya 2000 sahaja.

Saya akan membuat landing pages dengan offer borang Soal Selidik Pemasaran Shopee dimana d borang tersebut anda hanya perlu tik YA an TDAK sahaja. Sebaik sahaja mereka masukkan alamat email dan nama mereka secara  aautomatik mereka akan di bawa ke Laman Web platform email  atau Thank You pages Kami di Shoppermaniac.com,.

Anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut Landing Pages EMail Marketing DISINI

SYARAT FACEBOOK ADS 2024 TOFU

Pastikan offer percuma diberi untuk dapatkan alamat email,
Objektif mengguna trafik 
Mengguna broad audience 
Harus membuat Thank You Pages
Harus Menggunakan Video 
Budget yang Besar ( 80% budget)

Teknik ini anda mendapat 2 atau 3 kebaikan dimana anda memberi offer atau survet form kepada pengguna anda. Dimana pengguna anda akan download borang tersebut dengan memberikan kan alamat email. Anda sudah mendapat data alamat email 

Kedua ialah jika anda mempunyai blog/website. Sebaik sahaja mereka memberi alamat email mereka maka mereka akan dibawa ke thank you blog anda dan ini boleh dilakukan oleh platform email mmebuat thank you mengguna external URL.  Maka anda sudah mendapat data untuk "warm audience" yang download survey anda. Dan jika anda mempunyai Facebook Pixel maka anda boleh membuat iklan Re-Targetting atau membuat iklan objektif sales.

Ketiga jika anda tidak mempunyai website anda boleh mendapatkan data berapa ramai yang telah menontn video anda sebanyak 50% atau 75% dan membuat "custom audience" dengannya.  Saya menggalakkan anda mengambil 90% yang telah melihat video anda untuk data yang lebih tepat.

Selain daripada itu juga, dalam borang soal selidik tersebut , anda boleh masukkan link kedai Shopee beri baucer atau Sales Pages anda di sana. Anda menggunakan budget yang besar dan  dalam iklan TOFU ini anda tidak mengharapkan jualan kerana anda mahu mendapatkan data. Sebab itu anda harus memaksima informasi yang boleh anda selitkan disana. 

TEKNIK TOFU adalah mendapatkan seberapa banyak data dan konversi anda akan berlaku di Funnel seterusnya iaitu MOFU


FUNNEL KEDUA ( MOFU) 

Tahap MoFu adalah tahap di mana prospek mulai mempertimbangkan produk atau layanan Anda secara lebih serius.
SALES FUNNEL FACEBOOK ADS 2024 ( EMail)

Sebenarnya dalam Funnel Facebook Ads mempunyai 3 Funnel iaitu TOFU, MOFU dan BOFU tetapi saya hendak memendekkan funnel ini disebabkan kos maka saya hanya memilih dua funnel sahaja dan ianya funnel yang amat efektif dan berjaya terutama menjual produk yang murah.

Dalam funnel MOFU ini kami membuat Custom Audience daripada data yang diperolehi dari iklan pertama.

SYARAT FACEBOOK ADS 2024 MOFU

Objektif  : Trafik
Custom Audience ( Retargetting) 
Harus Mengguna Video 
Link ke Sales Pages anda
Budget 20% sahaja kerana jumlah audience tidak besar.
Tidak mempunyai website ( Jika ada website harus guna objektif sales tetapi saya tidak ajar dalam artikel ini) 


SALES FUNNEL FACEBOOK ADS 2024 ( EMail)

Custom audience ini terdaoat di Ads Manager dan ia berbentuk seperti diatas. Dalam iklan pertama anda telah menggunakan budget yang besar untuk mendapatkan data dan algoritma Facebook boleh mengetahui berapa ramai yang telah menonton video anda dan berapa lama masa yang mereka guna menonton video anda. 

Seperti yang saya katakan anda hanya akan mengambil data 90% ke atas sahaja.  Anda gunakan custom audience "VIDEO" dan ikuti setting yang diberikan maka anda sudah boleh dapatkan data 90% yang telah menonton video TOFU anda. Hebatkan.

Anda linkkan ke Sales Pages anda kerana re-targetting audien anda telah memahami produk anda dan anda jual sahaja secara terus, Mereka semua adalah "WARM AUDIENCE" yang memahami produk anda melalui iklan pertama tadi.

Biarkan ikaln itu berjalan dan jualan paling tinggi sehingga 4 kali ROAS berlaku pada Funnel MOFU.

KESIMPULAN 

Sales Funnel Facebook Ads 2024 ini pada dasarnya ia mengambil budget yang besar pada awalnya tetapi anda akan memperolehi data yang pelbagai.

Kenapa saya galakkan anda membuat Email Marketing dimana anda memperolehi data email yang banyak dan pada masa akan datang jika anda mahu menjual produk yang mahal anda boleh sahaja menghantar email sequen kepada mereka dengan ZEO KOS MARKETING.

Selain itu anda juga boleh membuat Re-Targeting mengguna "Custom Audience"  Customer list dengan memuat naik alamat email dari data anda.


JIKA anda mempunyai kedai FIZIKAL maka teknik yang anda harus gunakan ialah berlainan. Anda  boleh mendapatkan maklumat DISINI




Catat Ulasan