PENIAGA SHOPEE BANYAK MENGELUH DARI AMBIL TINDAKAN - BLOG SHOPPERMANIAC

PENIAGA SHOPEE BANYAK MENGELUH DARI AMBIL TINDAKAN

Saya ingin membuat teguran kepada beberapa Shopee Seller dari facebook group yang saya lihat mengeluh tanpa membuat strategi perniagaan
PENIAGA SHOPEE BANYAK MENGELUH DARI AMBIL TINDAKAN

Saya harap penulisan saya kali ini tidak membuat kebencian atau melukakan mana-mana pihak. Saya ingin membuat teguran kepada beberapa Shopee Seller dari facebook group yang saya lihat mengeluh tanpa membuat strategi perniagaan.

Semenjak kenaikan Komisen dan Transaksi Fee dari Shopee yang megeluh produk yang jual dikenakan komisen fee terlalu tinggi dan ada yang kerugian akibat dari kenaikan tersebut. Kebanyakan Seller akan upload invois yang mereka kena dan mengatakan bahawa mereka kerugian. Dan kemudian ramai-ramai Shopee Seller ini membuat komen agar lupakan Shopee dan cari platform yang lebih sesuai. Dan malah anda yang suruh menjual di Mudah …hehehehehhe.

Dari kesmua komen yang saya terima ialah saya dapat huraikan beberapa perkara:
1. Anda banyak mengeluh dari ambil tindakan
2. Lakonan semata-mata untuk kurangkan persaingan di Shopee

PENIAGA SHOPEE BANYAK MENGELUH DARI AMBIL TINDAKAN

BANYAK YANG MENGELUH DARI AMBIL TINDAKAN

Banyak yang mengeluh dari ambil tindakan ini adalah paling ramai sekali. Semua sedia maklum bahawa Shopee akan kuatkuasakan Komisen dan Transaksi Fee pada 1 August 2024. Notifikasi oleh Shopee biasanya 2 minggu awal dan sepatutnya tindakan yang patut anda ambil ialah membuat pengiraan terbaru margin untung anda sebelum pelaksanaan fee ini. Jika anda tidak faham membuat pengiraan, anda boleh gunakan Shopee Kalkulator percuma yang kami berikan.

Anda harus membuat pengiraan dari harga asal, baucer atau diskaun yang anda berikan, buat kiraan jika ada ambil  program cash back  dan kemudian tolak dengan harga kos, berapakan margin untung anda. Maka anda sudah ketahui jika anda kekalkan harga jualan  ini maka anda akan kerugian atau margin untung yang kecil. Maka anda kena ambil beberapa tindakan drastic iaitu:
1. Meningkat harga barangan 
2. Kurangkan promosi baucer atau diskaun
3. Tamatkan program Shopee.

Melalui pelaksanaan ini sudah tentu margin keuntungan anda akan rendah berbanding sebelum kenaikan fee yang terbaru ini. Tetapi anda tidak rugi…

Maka situasi anda mengeluh di Facebook Group mengatakan anda rugi ( jika benar-benar rugi) adalah kesilapan dari anda sendiri. Jangan salahkan Shopee semata-mata dan menjadi peniaga yang membawa aura negative kepada pihak lain.

PENIAGA SHOPEE BANYAK MENGELUH DARI AMBIL TINDAKAN

LAKONAN SEMATA-MATA

Saya andaikan anda sebagai peniaga berpengalaman di Shopee dan anda pasti akan lakukan tindakan seperti diatas  ini sebelum pelaksanaan fee terbaru Shopee ini. Adakah anda akan terlepas pandang membuat perubahan harga apatah lagi melibatkan produk yag beribu-ribu ringgit. Saya tanya pada anda ?

Saya melihat ada beberapa Shopee Seller yang menjual produk beribu ringgit dan tunjukkan bayaran komisen dan transaksi fee yang harus mereka bayar dan sekaligus menyebabkan mereka kerugian. Benarkah mereka kerugian kerana anda tidak tahu margin untung mereka sebenarnya.  Mungkin margin keuntungan mereka 50% keatas..
Mungkin kadar fee yang dikenakan agak besar kerana produk mereka bulky dan sudah tentu transaksi fee akan tinggi dan memperlihatkan kos bayaran kepada Shopee semakin tinggi. 

Dan kebanyakan invois yang saya lihat di Facebook Group harga produk mereka ialah RM500 keatas. Takkan produk mahal macam tu terlupa nak kira margin untung selepas kenaikan fee Shopee 1 August 2024.

Nasihat saya ialah berhati-hati kerana ada Shopee Seller ini yang berhati kurang baik dan kemudian provoke anda supaya jangan berniaga di Shopee lagi kerana Shopee tidak lagi sesuai ungtuk peniaga. Padahal apa yang mereka katakan salah,. Lihat video ini  dimana saya membuat perbandingan Shopee dengan marketplace yang lain terutama dari segi trafik. Ini adalah data sebenar.


Kesimpulan 
Anda harus ingat yang anda berniaga dan anda mempunyai ramai pesaing di sekeliling anda. Jika Shopee merupakan sumber utama pendapatan anda maka anda jangan terburu-buru memaki sumber pendapatan anda. 



Catat Ulasan