BAGAIMANA MENJANA 7 ANGKA DI SHOPEE DENGAN FUNNEL YANG BETUL - BLOG SHOPPERMANIAC

BAGAIMANA MENJANA 7 ANGKA DI SHOPEE DENGAN FUNNEL YANG BETUL

Jom rakan-rakan mari kita tanamkan Impian kita menjana 7 angka pendapatan sebab ia mampu di capai !!!
BAGAIMANA MENJANA 7 ANGKA DI SHOPEE DENGAN FUNNEL YANG BETUL

Saya mempunyai rakan memberitahu saya beliau boleh menjual produk beliau di Shopee dan mampu menjana 7 angka dengan mudah. Tetapi ianya memerlukan strategi dan mengambil masa.
Semua orang mahu menjana pendapatan melalui bisnis online tetapi hanya segelintir sahaja yang berjaya. Ini kerana mereka mempunyai sikap sabar, mahu belajar dan sanggup mengeluarkan modal dan sahut cabaran.
Anda mahu menjadi sebahagian daripada segelintir mereka ini dan hari ini saya bertuah berjumpa orang segelintir ini.

Dan saya seronok berbual dengan segelintir mereka yang berjaya ini kerana “mindset” mereka memang berbeza. Mungkin mereka sudah mempunyai kapital modal yang besar sebab itu mereke berani mengambil risiko. Entahlah. Tetapi saya tetap seronok pelajari dengan mereka dan saya akan kongsikan dengan anda.

Sebelum saya membuat artikel ini dengan panjang lebar.  Anda kena fahami dahulu syarat berniaga di Shopee dahulu.

BAGAIMANA MENJANA 7 ANGKA DI SHOPEE DENGAN FUNNEL YANG BETUL

APA ADA PADA SHOPEE

SHOPEE ADALAH SALES PAGES ANDA 

Ini bermaksud anda akan menggunakan Shopee sebagai tempat jualan utama on line anda. Semua “link” akan ditujukan pada link di kedai Shopee atau produk yang terpilih.
Anda memilih Shopee sebagai Sales Pages anda yang utama di sebabkan anda tidak perlu memikirkan :
  • Sistem Pembayaran ( Gateaway payment) yang disediakan oleh Shopee
  • Anda tidak perlu memikir mengeluarkan invois atau AWB sebab ia disediakan oleh Shopee
  • Shopee adalah platform yang dipercayai 
  • Shopee marketing yang disediakan cukup banyak.
  • Atas sebab ini anda memilih Shopee sebagai kedai utama anda menjual produk winning anda.


BAGAIMANA MENJANA 7 ANGKA DI SHOPEE DENGAN FUNNEL YANG BETUL

SHOPEEE SALES FUNNEL

Disebabkan Shopee menjadi Sales Pages anda yang utama maka anda harus memastikan produk anda mematuhi segala asas yang diperlukan untuk menarik perhatian pelanggan. Tak guna jika anda bejaya menarik pelanggan ke Kedai Shopee anda tetapi jualan amat rendah. Disebabkan anda menggunakan Shopee sebagai Sales Pages atau Landing Pages maka  ia haruslah diterjemahkan sebaik mungkin hingga anda mendapat konversi.

Dalam MasterClass Shopee, kami anda memberikan 5 Funnel Shopee yang wajib anda lakukan iaitu Produk Listing, Produk Winning, Marketing, Maintenance dan Advanced Sales. Ia akan membantu memastikan visual , video dan copywriting anda dalam keadaan optimum. Ini adalah amat penting dan pastikan anda ikuti semua langkah Shopee Funnel ini dengan lengkap barulah anda membuat funnel marketing yang lain.

Anda kena pastikan anda pakar di Shopee dahulu sebelum terjah ke platform yang lain, MasterClass Shopee kami memberikan 5 Funnel Shopee yang menjana jualan secara sistematik serta konsisten serta bagaimana mengguna beberapa fitur Shopee Seller Centre untuk memudahkan anda mengguna dashboard mereka secara efisien. Jadi pakar di Shopee dahulu!!! Masalah memahami dashboard Shopee selesai dengan MasterClass Shopee kami.

Ini termasuk ulasan atau review juga ada didalam Kedai Shopee anda mencukupi untuk mendapatkan kepercayaan pembeli. Bagaimana mendapatkan rating atau review dari pelanggan. Bagaimana mendapat ulasan yang di Kedai Shopee anda . Boleh KLIK SINI

BAGAIMANA MENJANA 7 ANGKA DI SHOPEE DENGAN FUNNEL YANG BETUL

SHOPEE TIDAK MURAH

Anda kena memahami bahawa caj Shopee mahal iaitu Komisen Fee,  Transaksi Fee dan Cash Back akan meningkat dari tahun ke tahun. Inilah realiti yang harus anda hadapi iaitu anda akan hilang  margin untung anda sehingga 18% maksimum setiap kali jualan dilakukan. Pastikan margin untung anda ialah 50% minimum jika anda mahu membuat Shopee sebagai Kedai Utama anda.

Pembayaran ini untuk saya berpatutan kerana anda tidak menguruskan apa-apa bila berniaga di Shopee, semuanya akan diuruskan oleh Shopee. Ia Win-Win Situation.

Selain itu anda juga harus pastikan produk anda tidak menghadapi persaingan harga atau mempunyai produk hampir serupa atau serupa di Shopee. Ini adalah salah satu kelemahan jika anda mahu menggunakan Shopee sebagai kedai utama anda kerana ramai penjual lain yang menjual di Shopee dan kebarangkalian produk yang anda jual, ada dijual di Shopee dengan harga lebih murah. Pastikan membuat kajian dahulu.

Namun jika produk anda adalah produk premium dan mempunyai kelebihan lain berbanding dengan produk diluar sana maka  anda boleh sahaja menjual di Shopee. Sebagai contoh, ramai Shopee Seller yang menjual tudung di Shopee dengan pelbagai harga tetapi mereka mampu membuat jualan walaupun harga mereka mahal.  Cuma untuk permudahkan jualan  di Shopee, carilah produk yang tidak mempunyai saingan. Lebih mudah kan.


SETELAH ANDA MEMENUHI SYARAT DI SHOPEE MAKA BERMULAH PERJALANAN 7 ANGKA DI SHOPEE.

ADA APA PADA EMAIL MARKETING 

BAGAIMANA MENJANA 7 ANGKA DI SHOPEE DENGAN FUNNEL YANG BETUL

EMAIL MARKETING 

Untuk saya email marketing merupakan pelaburan jangka panjang yang amat penting dalam bisnis on line ada. Dimana anda meminta pelanggan memberikan alamat email kepada anda dan sebagai balasan anda akan berikan baucer atau diskaun sehingga 40% pembelian mana-mana produk anda di Kedai Shopee anda.Ini adalah contoh “offer” yang anda berikan untuk mendapatkan alamat email mereka.  Inilah yang kita namakan Email Marketing . Data yang anda kumpulkan boleh digunakan berkali-kali untuk “grab” jualan serta memperkenalkan produk baru pada masa akan datang . Data ini sangat bernilai untuk anda!!!

Lagipun email marketing ini adalah kos yang murah dan konversi melalui email marketing boleh mencecah hingga 40% jika anda mempunyai data yang banyak. Anda hanya perlu menghantar sequen e-mail kepada pelanggan setiap minggu atau 2 minggu sekali sebagai hook untuk mereka membeli.

BAGAIMANA MENJANA 7 ANGKA DI SHOPEE DENGAN FUNNEL YANG BETUL

EMAIL MARKETING BAKAR DUIT 

Email marketing atau kadangkala dipanggil lead magnet ini sebenarnya anda hanya mengumpul alamat email tanpa membuat apa-apa jualan. Jika anda berikan baucer atau diskaun sehingga 40%, ia tidak mampu mendapatkan kembali kos iklan anda.

Kedua untuk mendapatkan alamat email, anda harus membuat iklan berbayar. Ini adalah wajib dan setiap kali anda membuat pembayaran anda hanya dapat alamat email bukannya jualan produk. Ianya satu aktiviti yang membakar duit demi mendapatkan data email sahaja.

Anda harus menggunakan platform email yang harus anda bayar setiap tahunan sehingga mencecah RM1000 setahun. Jika data email anda semakin tinggi maka semakin banyaklah anda kena bayar pada syarikat platform email marketing ini. Dan untuk memastikan e-mail marketing ini berjaya, anda memerlukan data yang besar barulah berkesan teknik email marketing ini.

Membuat sequen email marketing yang konsisten amat penting dalam mempengaruhi mereka secara psikologi membeli produk anda. Anda harus cari masa setiap hari atau setiap minggu untuk membuat konten e-mail marketing ini.


BAGAIMANA MENJANA 7 ANGKA DI SHOPEE DENGAN FUNNEL YANG BETUL

EMAIL MARKETING DAN SHOPEE

Apakah hubungan email marketing dengan Kedai Shopee anda. Sebenarnya terlalu banyak kerana setiap alamat email yang anda perolehi bermaksud wang!!!  Dan seperti saya  katakan ia memebri nilai konversi sehingga 40%. Oleh yang demikian anda boleh sahaja menghantar sequen email dan membuat link ke kedai Shopee anda.

Dengan e-mail marketing anda boleh menjual pelbagai produk dalam niche anda. Katakan sekarang anda menjual produk A dan lama-kelamaan produk A mungkin tidak trending lain dan anda berubah kepada produk B. Anda dapat memendekkan promosi produk B anda dengan menghantar email pada ribuan alamat email data yang anda miliki.

Anda juga boleh membina pembeli yang setia ke kedai Shopee anda melalui informasi diskaun atau baucer serta pelancaran produk baru atau promosi anda. Ini adalah marketing secara terus dan cepat ke palanggan anda. Malah melalui email marking ini anda mendapat “repeating” pelanggan yang tinggi!!!

BAGAIMANA MENJANA 7 ANGKA DI SHOPEE DENGAN FUNNEL YANG BETUL

BAGAIMANA MENJANA 7 ANGKA DI SHOPEE DENGAN FUNNEL YANG BETUL


APA ADA PADA BLOG


APA ITU BLOG

BAGAIMANA MENJANA 7 ANGKA DI SHOPEE DENGAN FUNNEL YANG BETUL
Blog merupakan penulisan sebuah artikel tentang sesuatu produk atau perkhidmatan.  Katakan anda menjual produk kucing, maka anda membuat sebuah konten utama tentang kucing dan kemudian beberapa puluh artikel yang lain tentang kucing ( dipanggil Topikal Autoriti) dan pada masa yang sama membuat link ke kedai Shopee anda yang menjual produk kucing tersebut. Ini yang kita namakan blogging iaitu memberi pengetahun dan sekaligus menjual produk anda.

Trafik yang akan anda perolehi melalui blogging ini adalah trafik organik dari Google SEO ( Search Engine Optimization), dan sebagai contoh, mereka mencari maklumat tentang kucing selesema dan enjin carian rekomen blog anda yang  ada membuat artikel tentang selsema kucing dan sekaligus membawa mereka ke kedai Shopee anda. Inilah tugas blogging iaitu ia bukan menjual tetapi memberi maklumat dan pada masa yang sama memasukkan link produk mereka. Dalam kes ini ialalah produk kedai Shopee anda.

Selain itu anda menjual produk anda di blog melalui link Shopee, anda juga berpeluang menjana pendapatan tambahan melalui Google Adsense yang menyiarkan iklan di blog anda. Ini secara tak langsung anda boleh menjana pendapatan pasif !!!!

Selain itu blogging ini tidak memerlukan kos yang tinggi berbanding semua platform diluar sana. Jika anda mengggunakan blogspot ianya percuma sahaja. 

BAGAIMANA MENJANA 7 ANGKA DI SHOPEE DENGAN FUNNEL YANG BETUL

BLOG MEMERLUKAN DISIPLIN

Masalah utama ialah membina blog dan memasukkan templates yang sesuai dengan produk anda. Namun anda tidak perlu bimbang masalah ini bisa diselesaikan dengan mendapatkan MasterClass Blogging kami dimana kami menyediakan templates kombinasi Landing Pages dan blogging. Dibahagan landing pages anda boleh meletakkan maklumat kedai Shopee anda dan pada masa yang sama membina artikel yang berkualiti.

Anda kena memahami membuat konten mesra SEO dan polisi Algoritma Google yang kerap berubah terutama berkenaan EEAT dan Helpful Konten. Namun anda tidak perlu bimbang dimana Google kerap kali katakan mereka mahukan konten yang berkualiti dan Masterclass Blogging kami memberi tutorial penuh konsep funnel Konten Pillar dan Topikal Autoriti yang merupakan teknik membuat konten mesra SEO.

Namun segala ilmu yang diberikan di Masterclass Blogging memudahkan anda tetapi masalah utama ialah konsisten membuat konten yang original dan membantu orang ramai. Inilah kelemahan yang dihadapi oleh mereka yang menceburkan diri di dalam bidang blogging. Idea membuat konten serta membuat kajian artikel memakan masa anda, Sebagai contoh artikel ini saya memakan masa membuat hampir 6 jam ( 2 hari), belum lagi dikira “draft dan research” sebelum membuat artikel ini. 

Blogging mengambil masa 1 tahun ke 2 tahun untuk impak. Inilah realiti yang harus anda telan iaitu membuat blog tidak semudah 10 tahun yang lalu. Untuk artikel anda diindeks memakan masa terlalu lama dan bisa membuat anda kecewa apabila melihat pageview anda hanya 70 orang sehari walau pun anda telah memberi usaha yang terbaik. Sebenarnya ia memakan masa disebabkan di dunia terdapat 6 biliion blog dan algoritma Google memakan masa untuk membuat perbandingan konten yang terbaik.

BAGAIMANA MENJANA 7 ANGKA DI SHOPEE DENGAN FUNNEL YANG BETUL

BLOGGER DAN SHOPEE

Membuat konten yang releven dengan produk anda seperti makanan kucing anda mampu membina sehingga 40 artikel yang spesifik tentang kucing dan sebuah artikel Konten Pillar. Sebenarnya sebagai peniaga Shopee yang mempunyai beberapa produk anda tidak hadapi masalah dalam membina pelbagai artikel yang sesuai dengan anda. Sila klik untuk lihat 40 artikel kucing yang saya buat.

Selain itu trafik yang datang ke kedai Shopee anda melalui blogging adalah free trafik atau trafik organik. Blogging masih merupakan sebuah wacana yang kekal releven hingga kini untuk mendapatkan tarfik organik walaupun kemunculan AI ( Kepintaran Buatan) sedikit sebanyak menggangu perkembangan blogger. Namun anda kena katahui, AI menjana pembelajaran melalui maklumat di blog, jika blogging mati dari mana AI hendak menjana kepintaran data mereka.

Dengan blogging anda boleh ekspesikan produk anda dengan lebih mendalam terutama jika anda founder. Melalui kedai Shopee yang menunjukkan gambar dan deeskripsi sahaja, anda boleh gunakan blogging membuat beberapa artikel mengenai kehebatan produk anda dengan lebih spesifik. 

KELEBIHAN UTAMA ialah melalui disiplin membuat konten di blog, anda boleh gunakan kesemua artikel anda untuk digunakan di E-Mail Marketing. Anda tidak perlu meniru sepenuhnya artikel di dalam blog masukkan ke e-mail “newletter” anda. Anda boleh masukkan sebahagian dan link ke blog anda ini atau masukkan semua artikel dan sekeping gambar.  Blogging dan Email Marketing berjalan serentak !!! 

Malah anda boleh mengurang kos iklan Email Marketing dengan memasukkan link email marketing anda di blog samada di “sidebar blog” atau “pop up” Inilah kehebatan blogging.
BAGAIMANA MENJANA 7 ANGKA DI SHOPEE DENGAN FUNNEL YANG BETUL

BAGAIMANA MENJANA 7 ANGKA DI SHOPEE DENGAN FUNNEL YANG BETUL

ADA APA DENGAN SOSIAL MEDIA

APA ITU SOSIAL MEDIA

BAGAIMANA MENJANA 7 ANGKA DI SHOPEE DENGAN FUNNEL YANG BETUL
Ini adalah perkara biasa yang dilakukan oleh semua bisnis online iaitu mempunyai akaun di FBPages, Instagram, Tik Tok, Ini adalah sosial media wajib yang menjadi pilihan semua bisnis online. Namun adakah anda tahu bahawa anda ketinggalan satu lagi sosial media yang wajib anda ceburi iaitu You Tube!!

Untuk saya sosial media seperti Facebook Pages atau Instagram tidak lagi memberi kesan pada bisnis kerana trafik organik atau reach setiap konten yang anda buat adalah rendah. TIK TOK pula berkisar pada konten yang santai bukannya menjual dan jika produk anda agak mahal maka menjual di TIK TOK adalah sukar kerana audien di TIK TOK kebanyakan remaja atau pelajar.  Namun anda memerlukan kesemua sosial media ini untuk mengujudkan verikasi anda adalah Seller yang ujud dan bukan scam dan sekaligus membina branding atau jenama anda. 

Sekali lagi masa mencemburui anda dimana anda hendak menjaga email, menjaga blog dan membuat konten di sosial media amat sukar. Masalah konten email sudah selesai dengan mengambil artikel dari blog anda. Masalah sosial anda boleh selesaikan jika anda mempunyai YOU TUBE Channel.

YOU TUBE PLATFORM POWER TAPI SUKAR
BAGAIMANA MENJANA 7 ANGKA DI SHOPEE DENGAN FUNNEL YANG BETUL

You Tube sama seperti blogging iaitu anda mesti konsisten membuat konten terutama konten panjang. Masalahnya ialah mencari konten yang sesuai dan paling penting adakah anda mampu bercakap di depan kamera buat pertama kali. Dan biasanya untuk memecahkan malu buat pertama kali adalah paling sukar sekali dan selepas anda berjaya bercakap di depan kamera dan apabila anda melihat video anda dan terasa macam kelakar. Ini membuat anda mahu berhenti. Jangan mengalah !!!

Perkakas membuat video juga menjadi satu perkara yang membantutkan anda tidak mahu membuat You Tube Channel. Nasihat saya, buat pertama kali gunakan telepon anda dan jika spec telepon anda ”high spec” maka tidak timbul masalah membuat video. Cuma yang wajib anda beli ialah microphone dalam anggaran RM40 sahaja. Kalau tak beli nanti suara tak jelas disebabkan noise.

You Tube seperti blogging iaitu anda harus mempunyai ilmu dan juga untuk nampak impak mengambil masa 6 bulan ke atas, itupun jika anda konsisten membuat konten setiap minggu. Kesabaran dan disiplin amat pentiing apabila membuat You Tube.

BAGAIMANA MENJANA 7 ANGKA DI SHOPEE DENGAN FUNNEL YANG BETUL

YOU TUBE DAN SHOPEE

Kedudukan You Tube berada no 2 selepas Facebook sebagai platform paling popular didunia merupakan pilihan yang paling tepat untuk anda memulakan You Tube Channel kedai Shopee anda. Apatah lagi jika anda sebagai founder, membuat review produk anda merupakan satu kemestian dan anda boleh masukkan link kedai Shopee di You Tube.

You Tube terdiri dari 2 jenis video iaitu video panjang melebihii 1 minit dan SHORT iaitu kurang 1 minit yang boleh anda gunakan semaksimum mungkin, Saya ada membuat artikel bagaimana You Tube Channel eksperimen saya mencapai 1.2 juta view dalam masa 8 bulan. Dengan 1.2 juta view bayangkan, berapa banyak trafik organik yang boleh diberikan oleh You Tube dan berapa banyak jualan yang diberikan oleh You Tube ke kedai Shopee anda.

Selain blogging, anda boleh ekspesikan kehebatan produk anda melalui video sebagaimana anda menulis di artikel anda. Mengikut kajian, video lebih memberi impak 80% berbanding gambar. Pada masa sekarang trend gen A dan Z lebih meminati video kerana ia lebih cepat san ringkas.

Membuat konten, anda boleh menggunakan artikel anda di blog dan jadikan skrip untuk anda membuat video. Masalah konten telah selesai dengan menggunakan artikel di blog sebagai skrip untuk You Tube Channel anda dan jangan lupa masukkan link kedai Shopee anda.

Tajamkan skil bercakap di depan kamera. Sebagai pemula sudah tentu beberapa video anda nampak teruk tetapi You Tube adalah satu perjalanan dan lama kelamaan anda akan menjadi normal apabila bercakap depan kamera. Dan bakat anda itu boleh digunakan untuk membuat live di Shopee atau Tik Tok pada masa akan datang. Jangan rasa malu jika anda mahu maju ke depan.

PALING BEST ialah anda boleh gunakan konten panjang anda remix kepada You Tube Short. Melalui YouTube eksperimen kami, Short memberikan video yang mudah dan tinggi kepada video anda. Potong-potongkan video panjang kepada video pendek bawah 1 minit dan anda boleh gunakan YouTube Short video anda dikongsi di Facebook Reel, Instagram reel dan Tik Tok. !!!!!!!!!!!! Dengan You Tube sahaja anda mampu menghantar konten anda ke 3 sosial media yang lain.


BAGAIMANA MENJANA 7 ANGKA DI SHOPEE DENGAN FUNNEL YANG BETUL

BAGAIMANA MENJANA 7 ANGKA DI SHOPEE DENGAN FUNNEL YANG BETUL

ADA APA DENGAN IKLAN BERBAYAR

IKLAN BERBAYAR 

BAGAIMANA MENJANA 7 ANGKA DI SHOPEE DENGAN FUNNEL YANG BETUL
Namun anda juga kena akui bahawa dalam bisnis online, membuat iklan berbayar adalah satu kewajipan. Jika anda berniaga di Shopee, wajib membuat Shopee ads jika mahukan jualan ke Kedai Shopee anda. Menurut kajian 80% budget anda dalam bisnis on line adalah marketing termasuk iklan berbayar. 

Namun anda bernasib baik kerana melalui data email serta blog anda mampu membuat sebuah iklan berbayar yang power.  Sebelum itu adakah anda tahu bahawa Shopee ada memberi keistimewaan kepada Shopee Seller membuat katalog menggunakan Facebook yang dipanggil Facebook CPAS. Dalam artikel ini saya menumpukan penggunaan Facebook Ads sebagai platform utama membuat iklan berbayar. Selain itu terdapat banyak iklan berbayar seperti Google Ads.

FACEBOOK CPAS 

BAGAIMANA MENJANA 7 ANGKA DI SHOPEE DENGAN FUNNEL YANG BETUL
Facebook Collaborative Ads (CPAS) adalah fitur Facebook Ads yang membolehkan penjual menjalankan kempen pemasaran untuk meningkatkan penjualan produk di Shopee. CPAS adalah singkatan dari Collaboration Performance Advertising Solution. 

  • CPAS memungkinkan penjual untuk: 
  • Menargetkan iklan produk ke audiens di Facebook yang pernah tertarik dengan produk atau toko penjual di Shopee 
  • Menargetkan orang-orang yang memiliki ketertarikan dan pernah berinteraksi dengan produk-produk penjual di Shopee 
  • Melihat performa iklan yang dijalankan dari Facebook Ads Dashboard 
  • Mengatur iklan agar langsung ke halaman produk di marketplace penjual 
  • CPAS dapat menggunakan produk dari kedai penjual yang ada di Shopee sebagai katalognya untuk diiklankan. Hal ini dapat membantu mengarahkan pengguna platform Facebook untuk membuka link produk yang penjual jual di marketplace, sehingga mempermudah perjalanan calon pembeli untuk segera melakukan pembelian di toko penjual.

Pendek kata Shopee memberi kebenaran kepada anda membuat katalog produk di Shopee dimasukkan ke Facebook Business Manager dimana anda boleh membuat iklan produk mengunakan katalog yang dimuat naik dari kedai Shopee anda. Maka ia memudahkan anda membuat iklan.

Kedua kelebihan Facebook CPAS Shopee ialah anda boleh membuat targeting buyer yang pernah beli dikedai Shopee anda untuk membeli kali kedua atau membuat pengumuman produk baru jika perlu. 
Ketiga anda boleh membuat targeting mereka yang masukkan produk ke Add To Cart dan anda boleh mengiklankan pada mereka unuk membeli produk tersebut. 

Memang hebat Facebook CPAS ini.

EMAIL MARKETING

BAGAIMANA MENJANA 7 ANGKA DI SHOPEE DENGAN FUNNEL YANG BETUL
Anda juga boleh menggunakan data email dan eksport ke Facebook Ads Manager anda dan membuat iklan kepada pelanggan email anda atau membuat targeting seperti lookalike. Pendek kata anda tidak perlu penat-penat mencari audience di Facebook kerana data email anda telah tersedia untuk algoritma Facebook memahami warm audien anda.

Inialah kelebihan email marketing selain anda membuat sequen email dan menjana ROI 40%. Data email anda amat berharga bukan untuk follow up email sequen tetapi pelbagai cara.

BLOGGING 

BAGAIMANA MENJANA 7 ANGKA DI SHOPEE DENGAN FUNNEL YANG BETUL
Facebook Pixel, sekarang dikenal sebagai Meta Pixel, adalah kod yang dipasang pada website untuk mengumpulkan data tentang pengunjung. Data ini digunakan untuk mengukur, mengoptimalkan iklan, serta menargetkan audiens. 

Facebook Pixel dapat membantu Anda untuk: 
  • Mengukur konversi dari Facebook Ads 
  • Mengoptimisasi iklan 
  • Membuat custom audience 
  • Melakukan retargeting (remarketing) 
  • Mengumpulkan data pembelian pelanggan, seperti berapa banyak wang yang mereka keluarkan 
  • Meningkatkan konversi berdasarkan interaksi pengunjung dengan website kamu setelah melihat iklan yang ada di Facebook 
  • Pengelompokan Pengunjung Website 
  • Akses Penuh Untuk Iklan dan Metrik 
  • Spesifik Event yang tepat 
  • Buat Pemberitahuan di Website 
  • Facebook Pixel dapat mengoptimalkan iklan Facebook agar ditampilkan ke audiens yang tepat, sehingga Anda bisa memaksimalkan anggaran kos ntuk iklan Facebook yang Anda jalankan

Pendek kata melalui blog anda masukkan kod yang diberikan oleh Facebook ke blog anda untuk aktifkan Facebook Pixel di Business Manager. Dari situ anda boleh tracking berapa ramai yang telah ke blog anda dan dari situ anda boleh membuat iklan tergetting mereka atau membuat custom loookalike audien.

YOU TUBE 

BAGAIMANA MENJANA 7 ANGKA DI SHOPEE DENGAN FUNNEL YANG BETUL
Untuk You Tube saya tidak mahu menmberi penerangan panjang lebar kerana untuk You Tube anda harus menggunkan Google Ads. Ia agak berbeza dengan susunan Facebook Ads namun dari segi konsep adalah sama, Tidak sukar digunakan.
BAGAIMANA MENJANA 7 ANGKA DI SHOPEE DENGAN FUNNEL YANG BETUL

BAGAIMANA MENJANA 7 ANGKA DI SHOPEE DENGAN FUNNEL YANG BETUL


KESIMPULAN 
Menjana 7 angka dengan Shopee tidak mustahil jika anda:
  • 1.Pastikan Kedai Shopee anda optimum dengan 5 Funnel terutama produk listing.
  • 2.Pastikan data email anda cukup banyak untuk mendapatkan ROI 40% dengan email sequen anda
  • 3.Pastikan blog anda terus aktif dengan memberi maklumat berguna kepada Masyarakat melalui konten yang berkualiti
  • 4.Pastikan You Tube Channel anda aktif membuat konten panjang dan pendek
  • 5. Pstikan membuat Iklan berbayar ( Facebook Ads atau Google Ads.)

Namun apakah pengajaran yang dapat lihat yang mengekang kita menjana 7 angka.

Pertama adalah modal untuk membuat Emarketing dan juga Iklan produk anda. Jika anda mahu cepat mendapatkan lead untuk email anda maka anda harus salurkan kos yang tinggi untuk iklan ini. Manakala anda juga harus keluarkan kos untuk iklan produk anda secara berterusan. Pendek kata anda harus keluarkan modal sebelum menjana 7 angka dan jika anda mahukan jualan 7 angka maka modal anda haruslah menuju ke arah 7 angka.

Kedua ialah masa. Melalui penerangan tadi untuk mencapai 7 angka tidak sukar tetapi ia mengambil seiring anda mengumpul data serta membina branding anda. Ianya tidak sekelip mata anda boleh menjana 7 angka. Dimana proses peningkatan itu memakan masa tapi tidak mustahil jika anda sabar ikuti perjalanan bisnis online ini.

Ketiga adalah bantuan atau staff diperlukan untuk mencapai pendapatan 7 angka. Anda tidak bleh buat seorang diri tetapi memerlukan bantuan dari segi membuat konten di blog dan sosial media yag lain. Anda memerlukan bantauan mereka yang pakar dalam grafik sekaligus setup You Tube Channel anda agar lebih menarik. 
Belum lagi dikira kerja offline iaitu membungkus atau memebuat inventori produk dimana apabila anda kata 7 angka bermakna sehari penghantaran anda bukan 10 parcel tetapi berates parcel sehari!!

Keempat ialah ilmu dimana anda harus memahami ilmu Shopee, Blogging, Sosial Media terutama You Tube dan Email Marketing. Untuk memahami semua ini makan masa dan jika anda cepat maka anda harus mengaji mereka yang mahir tentang ilmu diatas.

Kesimpulannya ialah untuk berniaga perlu modal dan memakan masa. Walaupun anda mempunyai modal yang besar dan pasukan tetapi anda juga harus pastikan pasukan anda kuat dan anda sebagai ketua perlu mempunyai kekuatan sebagi ketua untuk bimbing pasukan anda. Dan itu semua makan masa.
Pendek kata anda ada modal yang kecil atau besar untuk menjana 7 angka ia mengambil masa. Tetapiianya tidak mustahil!!!!!

Inilah cadangan rakan saya bagaimana menjana 7 angka. Dengar ayat 7 angka memang sedap tetapi perjalanan dan dugaan sepanjang perjalanan itu akan mematangkan anda dan sebab itu anda boleh DAPAT 7 ANGKA!!!!  Jom rakan-rakan mari kita tanamkan Impian kita menjana 7 angka pendapatan sebab ia mampu di capai !!!

DAPATKAN KESEMUA MASTERCLASS KAMI DISINI 






Catat Ulasan