SAVE VALUE SEBABKAN KEDAI SHOPEE KENA BANNED - BLOG SHOPPERMANIAC

SAVE VALUE SEBABKAN KEDAI SHOPEE KENA BANNED

Ini semua gara-gara produk oleh Save Value yang menjual produk senjata mainan
SAVE VALUE SEBABKAN KEDAI SHOPEE KENA BANNED


Baru-baru ini Kedai Shopee Shoppermaniac kami telah kena banned oleh Shopee dan didapati melanggar polisi Shopee dibawah Listing Guidelines - Prohibitions on Firearms, Weapons, Explosives and Related Products.
Dimana kedai Shopee kami didapati menjual produk senjata mainan yang terang -terang melanggar polisi Shopee.

Shopee maintains a strict position against the listing of:  
  • (i) arms including firearms, offensive weapons, live ammunition, including replicas or imitations of the same; 
  • (ii) parts, accessories or components of any arms,  including improvised arms as well as live ammunition (including blank and inert ammunition), arrowheads, bows or crossbows bolts with special features apart from standard design that is sharp, has pointed tips, explosive-like arrows or any ammunition that is designed for hunting; 
  • (iii) explosive substances (including components for manufacturing/producing improvised explosives) and corrosive substances; 
  • (iv) flick knives, knuckle dusters, patrolites, stun guns, tasers, pepper sprays, crossbows modified from standard design meant from target practice and any knives that do not have a practical use; and 
  • (v) other related products which by use or design may cause harm to another person, determined at Shopee's sole discretion.

PRODUK SAVE VALUE PUNCA KEDAI SHOPEE DITUTUP

Anda boleh lihat Prosedur Rayuan yang kami lakukan di Shopee dan melalui pelanggaran polisi ini tiada tolak ansur oleh pihak Shopee. Dan akhirnya Kedai Shopee kami yang berusia 3 tahun terpaksa di tutup sepenuh.
Ini semua gara-gara produk oleh Save Value yang menjual produk senjata mainan dan disebabkan itu Kedai Shopee saya didapati melanggar polisi Shopee.  

Ya, pihak Save Value ada membuat notifikasi tentang perkara ini bertarikh 18/6/2024 tetapi pada ketika kami di banned oleh Shopee ialah 17/6/2024. Semuanya sudah  terlambat dan kami terpaksa tutup kedai,
Lihat produk senjata mainan yang dijual oleh Save Value kepada Shopee Seller.

SAVE VALUE SEBABKAN KEDAI SHOPEE KENA BANNED

PENGAJARAN MENGGUNAKAN DROPSHIP.

Pastikan produk yang anda masukkan ini bukannya produk yang melanggar polisi Shopee. Pendek kata apa-apa produk yang seakan-akan melanggar peraturan jangan masukkan ke kedai shopee anda Saya tidak salahkan Save Value kerana Save Value bukan sync dengan Shopee sahaja tetapi pelbagai platform marketplace yang lain.

Dan setiap marketplace in mempunyai polisi yang pelbagai bentuk dan anda sebagai pengguna harus bijak dan memahami setiap polisi marketplace yang anda gunakan.

Dan terkini lagi sukar dimana anda tidak boleh memasukkan produk dropship sesuka hati disebabkan kenaikan komisen dan transaksi fee yang mengambil hingga 15% margin untung anda. Belum lagi dikira jika anda mengambil Cash Back dengan penambhan 3.5% lagi. Anda kena lihat mana produk yang sesuai anda masukkan agar tidak rugi.

SAVE VALUE SEBABKAN KEDAI SHOPEE KENA BANNED


APA YANG PATUT SAYA BUAT

Membuka kedai Shopee baru dengan identiti yang baru dan mula memasukkan produk Save Value ke kedai Shopee saya. Kali ini saya akan mengambil subscriber berbayar untuk memasukkan video ke kedai Shopee baru ini nanti. Mungkin saya akan mengunakan Kumoten atau perkhidmatan lain tetapi saya suka Save Value sebab mereka setiap minggu menyediakan produk baru.

Saya akan kongsikan dengan anda bagaimanakami membuat rayuan dengan Shopee.

KESIMPULAN

Diharap pihak dropship yang terbabit yang mempunyai pengalaman menjual produk di Shopee dan keuntungan anda bergantung pada Seller yang menjual produk anda dan apabila kami yang merupakan salah satu seller yang menjual produk anda di banned. 

Secara tak langsung ini akan memberi impak pada dropship yang terbabit disebabkan kegagalan anda menyenaraikan produk yang melanggar polisi Shopee. Bayangkan pada ketika ini Shopee sedang mengambil tindakan besar-besaran dan berapa ramai Shopee Seller yang terbabit. 

Selain itu juga ia akan mencalarkan nama baik save Value yang selama ini menjadi pilihan utama kami sebagai dropship utama di Kedai Shopee kami. Setelah perkara ini, membuat kami berfikir 2 kali dan mungkin akan bertukar pada dropship yang lain.

إرسال تعليق