Saya mendapat soalan dari You Tube Subcriber mahu pelajari bagaimana memohon NON SSL dari Shopee. Hari ini saya akan berikan contoh bagaimana memohon Non SSL untuk Virtual Good.
Untuk pengetahuan tidak kira anda memohon Virtual Good atau Seller Own Fleet anda harus ada SSM iaitu sijil untuk berniaga.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan. SSM yang mula beroperasi pada 16 April 2002.
Anda kena siap sedia semua keperluan yang diminta oleh Shopee sebelum memohon Non SSL ini
SHOPEE SELLER CENTRE
Perkara pertama ialah anda pergi dashboard Shopee Seller Centre dan klik pada Shipping Setting. Dan kemudian klik pada anak panah pada gambar diatas dimana anda hendak memohon Non SSL.
ARTIKEL NON SSL SHOPEE
Anda akan dibawa ke peneragan tentang Non SSL dan klik sahaja pada anak panah yang saya tunjukkan untuk membuat permohonan.FAQs on Non-Shopee Supported Logistics (Non-SSL)
BORANG MEMOHON NON SSL
Kemudian anda kan dibawa ke bahagian mengisi borang memohon Non SSL. Anda boleh dapatkan link secara terus disini : Non-Shopee Supported Logistics Application Form
BAHAGIAN PERTAMA BORANG NON SSL
Dalam bahagian pertama ini ialah apa jenis Non SSL anda hendak mohon. Saya hendak memohon Virtual Good iaitu menjual EBook saya.BAHAGIAN KEDUA BORANG NON SSL
BAHAGIAN KETIGA BORANG NON SSL
Sebelum anda mengisi bahagian ketiga borang NON SSL Shopee ini anda kena buat satu contoh produk atau digital produk yang anda mahu jual dan kemudian publish seperti biasa. INI AMAT PENTING DILAKUKAN DAHULU.
Untuk mengelakkan pembelian, letakkan stok inventori anda hanaya 1 sahaja.