KENAPA KONTEN PENTING DALAM ALGORITMA GOOGLE - BLOG SHOPPERMANIAC

KENAPA KONTEN PENTING DALAM ALGORITMA GOOGLE

“BACK TO BASIS”. adalah asas dalam blogging:
KENAPA KONTEN PENTING DALAM ALGORITMA GOOGLE


Google Algoritma kerap kali diperbesarkan oleh pakar-pakar SEO yang mengatakan  indexing website perlu backlink yang tinggi , domain rating yang tinggi, umur domain yang baik barulah mudah Google Algoritma ungtuk indexing website atau blog anda dan lonjakkan ke enjin carian pertama.

Memang betul ler kata pakar-pakar SEO ini. Oleh yang demikian blogger kecil-kecilan ini memang tiada harapan untuk maju ke hadapan. Kalau macam ini baik Jangan buat blogging, Inilah dilemma yang sering berlaku pada pemula blogging yang baru nak berjinak dengan dunia website serta establish branding mereka serta mendapatkan trafik organik melalui Google Algoritma. Ini semua disebabkan penyataan oleh pakar-pakar SEO ini.

Dan sekali lagi saya katakan ianya tidak salah. Memang benar tetapi saya nasihatkan sesiapa yang hendak mempelajari ilmu blog ini jangan fikir secara melampau atau mendalam. Mereka semua adalah pakar-pakar SEO dan kerja mereka menkaji SEO dan tahap pemikiran dan ilmu kita belum lagi standing dengan mereka. Itu realiti yang harus anda akui!!! Anda baru nak belajar blogging dan HTML pun tak tahu atau tak…hehehehehe.

Lepas tu buat pening-pening kepala lepas baca artikel atau video pakar-pakar SEO ini. Nasihat saya lupakan semua tu. Ilmu SEO kita pelajari sedikit demi sedikit seperti On Page dan Off Page SEO. Dan kesemua ini kita akan mahir melalui perjalanan anda sebagai blogger.

KENAPA KONTEN PENTING DALAM ALGORITMA GOOGLE

Back To Basis

Saya selalu nasihatkan pada semua pihak “BACK TO BASIS”. Apakah asas dalam blogging:
1. Membuat konten 
2. Konsisten Membuat Konten.
3. Pastikan konten itu membantu manusia ( bukan thin konten) 
4. Pastikan konten punyai keyword atau kata kunci yang tepat 
5. Konten yang original 
6. Pastikan gambar bersaiz kecil 
7.Ikuti susunan artikel (perenggan, patah perkataan, gambar, external link, internal link, heading tag) mudah dibaca oleh pembaca dan Google Algoritma.

Kemudian saya tambahkan lagi iaitu konten anda harus mempunyai sistem iaitu Konten Pillar dan Sub Pillar (Topical Autoriri) serta penggunaan internal link yang tepat. Ini seiring dengan kehendak Google yang  mahukan Google Helpful Content dan EEAT.

Diatas ini adaah basic yang perlu anda pelajari dahulu kerana yang basis ini pun saya berani jamin, segelintir daripada anda tidak mempunyai kemampuan melakukannya. Buat kesemua ini dengan konsisten dan kemudian baru cerita tentang menjadi pakar SEO.

Untuk pengetahuan, kami ada memberikan MasterClass Blogging menguna blogspot dimana kami memebri tunjuk ajar A-Z dari daftar Blogspot hingga membuat konten dan teknik SEO yang harus anda gunakan. Semuanya kami berikan untuk anda, Jika berminat klik link kami dibwah dan dapatkan Masterclass Blog kami sekarang.

KENAPA KONTEN PENTING DALAM ALGORITMA GOOGLE

SANDBOX

Adakah anda tahu bahawa setiap laman web baru akan dimasukkan ke dalam “Sandbox” selama 1-3 bulan pertama dimana blog anda tidak akan dindeks oleh Google. Ramai yang mengatakan “sandbox” ini tidak ujud namun saya percaya ia masih ujud.  

Dalam period “Sandbox” iniilah adalah masa tersibuk anda membuat konten seberapa banyak yang mungkin untuk membolehkan anda keluar dari “Sandbox” secepat mungkin. Mengikut kajian yang dilakukan oleh PAKAR SEO, dalam masa 3 bulan anda harus mempunyai sekurang-kurangnya 300 post. !!!! Ini bermakna sehari minimum konten atai artikel yang harus anda buat ialah 2 atau 3 konten setiap hari.

KENAPA KONTEN PENTING DALAM ALGORITMA GOOGLE

300 Post Dalam Masa 3 Bulan 

Kenapa? Anda perlu membuat konten yang banyak untuk memastikan Google percayai awak adalah mahir dan kemahiran itu bergantung pada jumlah konten  dan  jumlah 300 post adalah memandai untuk Google indexing anda dengan cepat.

Kesimpulannya ialah untuk  Google indeks blog anda ialah anda harus memberi kepercayaan kepada Google bahawa anda ini layak di indeks melalui konten-konten yang membantu serta penuhi EEAT. Konten sahajalah penyelamat atau saya katakan itu sahaja cara untuk anda mendapatkan trafik organik melalui Google Algoritma. 

Dan jika Google sendiri percayai anda ini layak di indeks melalui konten atau artikel anda. Potensi artikel anda di Kongsi oleh pihak lain akan menjadi tinggi. Ramai akan mengambil atau share artikel anda dan secara tak langsung anda akan memperolehi backlink percuma  Dan apabila backlinkanda semakin bertambah secara tak langsung domain autoriti anda akan menjadi semakin tinggi.  

KENAPA KONTEN PENTING DALAM ALGORITMA GOOGLE

Kesimpulan KENAPA KONTEN PENTING DALAM ALGORITMA GOOGLE

Semua perkara yang dinyatakan oleh PAKAR SEO tadi anda akan perolehi jika anda bermula membuat konten iaitu back to basis dan tanya pada diri anda mampukah anda melakukan perkara asas ini

Catat Ulasan