BERHENTI KERJA DEMI IMPIAN BISNIS ON LINE. - BLOG SHOPPERMANIAC

BERHENTI KERJA DEMI IMPIAN BISNIS ON LINE.

Beranikah anda membuat perubahan tersebut dengan meninggalkan kerjaya utama dan membuat kerjaya yang anda idamkan .

 

BERHENTI KERJA DEMI IMPIAN BISNIS ON LINE. Wajarkah?

Satu persoalan yang sering bermian di kalangan semua pihak terutama mereka yang mahukan perubahan dalam kehidupan agar lebih baik. Beranikah anda membuat perubahan tersebut dengan meninggalkan kerjaya utama dan membuat kerjaya yang anda idamkan .

Ini soalan rakan saya tanya kepada saya. Saya bertanya apakah asas dalam yang membolehkan beliau membuat  keputusan sebegitu. Apakah nilai pulangan yang dia akan terima jika ambil keputusan ini.

Beliau memberitahu beliau telah menjalankan bisnis online selama 3 tahun iaitu:

  • 1. Mempunyia kedai Shopee
  • 2. Mempunayi produk Digital 
  • 3. Mempunyai You Tube 

Lalu saya tanya pada rakan saya  (Salim) berapakah pulangan dari keseluruhan perniagaan beliau ini. Beliau memebritahu buat masa sekarang pulangan bersih ialah RM1500. Ini disebabkan beliau belum “all out” semua perniagaan beliau kerana kekangan masa di tempat kerja tetap beliau. Beliau berharap digital produk beliau akan menjana pendapatan jika beliau fokus sepenuhnya dan perniagaan fizikal boleh dinaikkan pendapatan juga.

BERHENTI KERJA DEMI IMPIAN BISNIS ON LINE. Wajarkah?

PERANCANGAN MENJANA PENDAPATAN OLEH SALIM 

Saya bertanya berapa harga poduk digital beliau dan beliau memberitahu dalam RM30 sebuah. Jika anda hendak mencapai jualan menjana RM4000 sebulan maka anda kena pastikan jualan buku beliau ialah 134 produk digital.Ini bermakna jika ROAS setiap iklan Facebook Ads ambil anggaran apling kecil ialah 2 kali ganda dari kos. Iaitu jika anda membuat iklan RM30 maka anda boleh mendapat RM90. 

Maka kos pengiklanan minimum anda ialah RM1330 sebulan dan RM45 sehari. Ini adalah kos iklan yang berjaya dengan kadar jualan RM4000 sebulan.

Setelah ditolak kos iklan maka keuntungan anda ialah RM2670.

Ertinya beliau memerlukan dalam anggaran sebulan RM2000 untuk pengiklanan satu produk digital yang berharga RM30 

Manakala untuk perniagaan fizikal pula ialah anggara sebulan pendapatan ialah RM1200 sebulan.

Tetapi pendapatan untuk perniagaan fizikal boleh dinaikkan jika membuat pelaburan RM4000.

Melalui penambahan baiakan ini, dijangka boleh menaikkan pendapatan sehingga RM2000 sebulan.

Melalui pelaburan kasar iaitu RM2000 ( iklan berbayar) dan RM4000 ( fizikal) 

Total pendapatan harmpir pasti ialah RM 4670 sebulan.

Beliau juga mempunyai beberapa .produk digital yang lain beliau boleh menjana pendapatan tambahan. 

Manala untuk You Tube Channel dan Blog belum menjana pendapatan.

Dengan pendapatan bersih RM4670 untuk behenti kerja amat tidak sesuai. Beliau terpaksa mencari produk lain untuk meningkatkan pendapatan beliau kerana komitmen beliau sebulan ialah RM7000.!!!


BERHENTI KERJA DEMI IMPIAN BISNIS ON LINE. Wajarkah?

Sebelum itu juga saya bertanya berdasarkan beberapa soalan tambahan pada rakan saya bernama Salim ini:

1. Kewangan: 

Berapa kah simpanan yang beliau ada untuk menjalankan perniagaan ini dan semasa fokus pada kerjaya baru ini bagaimanakah beliau hendak membayar komitmen tetap beliau.

Beliau berkata komitmen bulanan beliau sebulan ialah RM7000. Beliau mempunyai simpanan RM85K.

Pecahan yang akan digunakan:

  • Bisnis marketing : RM10K 
  • Kegunaan sendiri; RM500 sebulan 
  • Komitement  bulanan: RM7000 sebulan.
  • Ertinya baki setelah ditolak RM10K dari RM85K maka baki ialah RM75K

Oleh itu beliau memounyai masa selama 10 bulan untuk memastikan perniagaan beliau menjana RM7000 ke atas sebulan .

2. Ketidakpastian Pasaran serta Kemahiran Dan Pengetahuan

Ini adalah risiko yang beliau terpaksa ambil dan beliau ketahui bahawa risiko ini harus beliau harungi jika mahu memenuhi Impiannya. Lagipun pengalaman beliau selama 3 tahun dalam bidang ini, saya rasa beliau sudah cukup mengenali risiko yang beliau terpaksa ambil.

3. Persaingan

Ini juga adalah adat dalam perniagaan dan beliau telah bersiap sedia menghadapi saingan ini melalui pengalaman 3 tahun beliau

4. Tekanan dan Beban Kerja

 Menguruskan bisnes sendiri memerlukan dedikasi, masa, dan tenaga yang banyak. Anda perlu bersedia untuk bekerja lebih keras dan lebih lama daripada pekerjaan biasa.

5. Sokongan Sosial

Pertimbangkan bagaimana perubahan ini akan mempengaruhi keluarga dan rakan-rakan anda. Sokongan mereka mungkin penting untuk kejayaan anda. Beliau mengatakan bahawa perbncangan telah dilakukan Bersama isteri beliau dan iseri beliau memebri 4 bulan kepada beliau meneruskan Impian beliau. Jika tiada peningkatan maka beliau harus mencari pekerjaan tetap.

6. Regulasi dan Undang-undang

Belaiu mempunyai SSM sejak 3 tahun yang lalu dan belum secara formal membuat perniagaan beliau ini. Beliau terpaksa membuat akaun bisnis dan kemudian membuat verifikasi kepada pihak LHDN agar tiada masalah dikemudian hari. Selain itu juga ia memudahkan untuk beliau membuat pinjaman dari pihak Kerajaan jika mahukan sokongan lanjut.

BERHENTI KERJA DEMI IMPIAN BISNIS ON LINE. Wajarkah?

Kesimpulan 

Kesimpulan yang saya dapat huraikanialah beliau belum boleh berhenti kerja buat masa sekarang kerana produk jualan beliau belum mampu memperolehi komitmen beliau. Beliau memerlukan sekuarng-kurangnya RM8000-RM9000 sebulan pendapatan bersih untuk kekal selesa berniaga. Tetapi untuk saya beliau mesti mendapatkan RM10K sebulan, alang-alang beliau berhenti kerja. Betul tak!!

Namun jika beliau berkeras pada saya tiada masalah kerana simpanan beliau mencukupi untuk bertahan selama 10 bulan dan pada masa yang sama beliau juga menerima pendapatan melalui perniagaan online beliau. Jika belai mahukan pendapatan tamabahan maka iklan produk disgital beliau harus di naikkan dan maksimakan ROAS dan juga kedai fizikal juga harus dinaikkan penambahanbaik.

Catat Ulasan