7 Strategi SEO 2024 Yang Patut Anda Lakukan - BLOG SHOPPERMANIAC

7 Strategi SEO 2024 Yang Patut Anda Lakukan

Tahukah ada beberapa teknik SEO yang masih kekal releven yang anda boleh gunakan untuk kekal bersaing di dunia online in

Pada tahun 2024 ini untuk mendapatkan trafik dari blogging semakin sukar. Baru-baru ini saya ada melihat webinar Neil Pattel berkenaan 7 Strategi SEO pada tahun 2024 ini dan ianya amat menarik dan saya kongsikan kepad anda.

Dengan perubahan Algoritma Google yang menekan kepada Helpful Content dan EEAT memberian cabaran untuk kita membuat konten yang berkualiti.

Google bukanlah carian utama pada tahun 2024. Pada tahun ini Gen Z menggunakan Tik Tok dan Instagram sebagai enjin carian yang merangkumi sebanyak 30%. Secara tak langsung Google menghadapi cabaran baru dalam enjin carian.

Keujudan AI atau Chat GPT semenjak hujung tahun November 2022 hingga kini telah menukar landskap carian oleh pengguna dimana salah satu platform yang mereka gunakan untuk membuat carian ialah melalui AI.

Google juga telah memperkenalkan SGE iaitu enjin carian Ai mereka dimana setiap carian oleh pengguna akan keluar pemberitahuan atau jawapan secara ringkas di laman utama mereka. Ini akan menyebabkan laman web anda sukar terpilih.

Selain itu Google juga kini lebih mempercayai forum berbanding blogging seperti Quora atau Reddit. Dan ini menyebabkan ruang website anda di laman pertama menjadi pendek. 

Namun adakah tahu ada beberapa teknik SEO yang masih kekal releven yang anda boleh gunakan untuk kekal bersaing di dunia online ini.

7 Strategi SEO 2024 Yang Patut Anda Lakukan

PANGKAS KONTEN 

Perkara utama yang perlu anda buat ialah membuat pemangkasan konten anda yang tidak diindeks ( tidak mendapat view /baclink) yang baik. Anda kena membuat audit secara keseluruhan blog anda.

Ini adalah untuk memastikan blog anda sentiasa menyediakan konten yang terkini dan elak Google membuang budget crawl mereka pada konten yang tidak berkualiti.

Cara ini juga saya gunakan tetapi dengan membuat redirect URL ke URL baru.

7 Strategi SEO 2024 Yang Patut Anda Lakukan

GABUNGKAN KONTEN 

Ini perkara kerap saya lakukan terutama pada konten yang tidak diindeks dan pada masa yang sama terdapat konten yang hampir serupa. Maka saya satukan kedua-dua konten tersebut.

Menurut kajian, melalui teknik ini akan berlaku peningkatan 19% trafik ke blog anda. Menurut Google "Less Can Be More" bermakna tidak semestinya konten yang banyak itu baik, adalah lebih baik satu konten tetapi merangkumi semua pertanyaan pembaca anda.

Menurut penceramah jemputan, bagaimana anda hendak mengenali konten anda ini adalah sama ialah jika anda menggunakan kata kunci yang sama dan tentang perkara yang sama maka ia patut digabungkan untuk mengelakkan Google menganggap konten anda kanibalisme Kata Kunci.

7 Strategi SEO 2024 Yang Patut Anda Lakukan

META TAG

Meta Tag terbahagi kepada tiga:

  • Title Tag - Ia merupakan asas yang paling penting dalam Meta Tag dan jumlah panjang ayat ialah dalam 50 - 65 karakter
  • Meta Deskripsi: Ia adalah satu penerangan ringkas tentang konten anda dan jumla h penerangan ialah 155-160 karakter
  • Meta Keyword : Tak pakai lagi 

7 Strategi SEO 2024 Yang Patut Anda Lakukan

Meta tag bermaksud Google memahami apa isi cerita tentang post anda melalui tajuk tag anda dan penerangan yang lebih jelas melalui Meta Deskripsi.

Selain itu melalui penggunaan jumlah ayat yang tepat. Carian oleh pencari sesuatu maklumat adalah lebih jelas seperti gambar diatas di mana "BAD" menunjukkan ayat tajuk terlalu panjang dan tiada Meta Deskripsi dan Google terpaksa isikan ikut kata kunci mereka sendiri. 

Berbanding "GOOD" yang tampak lebih kemas dan menyakinkan.

7 Strategi SEO 2024 Yang Patut Anda Lakukan

Jika anda menggunakn BLOGSPOT Meta Deskripsi terletak dalam new post dan dengan mudah anda membuat meta deskripsi ini. Dalam Masterclass Blogging kami menggunakan blogspot sebagai platform utama kerana ia percuma dan mudah.

 

7 Strategi SEO 2024 Yang Patut Anda Lakukan

KEMASKINI KONTEN LAMA

Tahukah anda bahawa 7.5 juta konten baru dipost setiap hari berbanding hanya 38% yang mengemaskini konten lama.

Melalui kajian oleh NP Digital, dengan mengemaskini konten lama mereka mampu meningkatkan hingga 106%. Pastikan anda mengemaskini konten lama anda setahun sekali atau setiap suku tahun.

Anda boleh sahaja mengemaskini konten lama anda dengan memasukkan video terkini, kata kunci terbaru, gambar terkini atau ubah tajuk. 

 Dalam MasterClass Blogging kami menekan perkara ini dan kami namakan "Teknik Kapal Perang" dimana caranya sama seperti di atas, kukuhkan konten lama menjadi lebih baik dihadapan Algoritma Google.


7 Strategi SEO 2024 Yang Patut Anda Lakukan

LINK Building 

Backlink atau link building amat penting dalam SEO dimana ia akan menjustifikas sesebuah konten tersebut mempunyai nilai yang baik.

Backlink adalah link dari suatu domain atau subdomain yang mengarah ke halaman website anda. Ini bermakna terdaoat beberapa website yang memasukkan link anda kedalam post mereka.

Untuk Google lagi tinggi backlink tersebut bermakna lagi bagus website tersebut kerana ramai yang mengambil link tersebut.

Menurut panel webinar ini salah satu cara untuk meningkatkan link building ialah anda membuat FREE TOOL untuk pembaca website anda.  Dimana anda menawarkan sebuah aplikasi untuk kegunaan percuma yang kena mengena dengan niche anda.

Dalam Website ini kami ada memberikan perkhidmatan percuma kepada Shopee Seller dengan menawarkan " SHOPEE KALKUTOR" untuk mengira untung rugi berniaga di Shopee

Membuat link building adalah perkara yang paling sukar tetapi jika anda mempunyai konten yang baik dan berkualiti. Anda akan menerima backlink itu secara semulajadi 

7 Strategi SEO 2024 Yang Patut Anda Lakukan

BINA UX YANG HEBAT ( User Experience) 

Menurut Google apabila seseorang pergi ke laman web anda dan kemudian ia navigasi ke konten yang lain di dalam laman web anda. Ia menunjukkan satu signal kepada Google bahawa laman web ini terbaik.Biasanya istilah untuk ini dipanggil sebagai 'Dwell Time"

Dwell time is an SEO metric that measures how long a user spends on a web page after clicking on a search result before returning to the search engine results page (SERP). It's different from bounce rate and time on page, which are also metrics in Google Analytics

Jika pembaca pergi ke laman web anda dan keluar dengan segera dan mencari maklumat lain di enjin carian. Maka ia memberi signal bahawa laman web anda ini tak best !!!

Apa yang perlu anda buat ialah :

  • Pastikan loading page laju
  • Navigasi yang baik
  • Layout / Design terbaik
  • Konten yang Berstruktur
  • Penuhi Search Intent

Dalam MasterClass Blogging kami memberikan templates blog percuma kepada anda dan anda hanya perlu download dan kemaskini beberapa perkara. Templates ini adalah templates mobile friendly dan paling penting ia merangkumi landing pages dan Dinamik templates. Anda pasti terperanjat melihat UX kami ini nanti.

7 Strategi SEO 2024 Yang Patut Anda Lakukan

SOSIAL MEDIA DENGAN SEO 

Seperti yang mereka katakan GEN Z menggunakan 40% sosial media terutama Tik Tok /Instagram sebagai enjin carian.

Tetapi untuk memperolehi trafik organik sosial media amat susah:

Dimana 73% sosial media terbaru akan ditunjukkan dalam paling lama 24 sahaja. Dan anda kena konsistent membuat konten baru untuk kekalkan posting anda sentiasa ada. Manakala 98% tiada view selepas 48 jam.

Inilah cabaran dalam strategi menggunakan sosial media sebagai SEO. Oleh itu terdapat beberapa teknik untuk anda kekal dalam persaingan Sosial media ini:

  • 1. Topik Evergreen 
  • 2. Trending Topik 
  • 3. Kaji prestasi konten anda dengan mengguna platform insight yang dsediakan
  • 4. Focus Lo-Fi (konten spontan)  dimana data menunjukkan 34% potensi terima likes dan 18.52% akan terima komen

7 Strategi SEO 2024 Yang Patut Anda Lakukan

ANALISA KATA KUNCI ( KEYWORD RESEARCH) 

Keyword research is the process of finding and analyzing search terms that people use in search engines. The goal is to use this data for a specific purpose, such as search engine optimization (SEO) or general marketing

Ertinya kata kunci ada haruslah mengenal pasti search intent, audience yang tepat dan memacu trafik.

Dalam mencari kata kunci yang tepat ialah jangan mencari kata kunci yang kompetatif tetapi kata kunci yang mempunyai carian yang rendah agar anda senang untuk bersaing.  Dan pastikan menggunakan "long tail keyword" minimum 3 - 6 perkataan. 


7 Strategi SEO 2024 Yang Patut Anda Lakukan

KESIMPULAN 

Menurut panel webinar, cara terbaik mendapatkan trafik organik dan mematuhi keperluan SEO ialah blog. Dimana blogging memacu 434%  dalam mendapatkan ranking di enjin carian.

Tetapi di dalam dunia internet terdapat 600 juta blog dan apa yang perlu anda buat ialah kekal fokus konten yang berkualiti dan kemaskini konten lama,

7 Strategi SEO 2024 Yang Patut Anda Lakukan

Masterclass Blogging kami dari dulu lagi menekan kepentingan blog untuk anda medapatkan tarfik organik yang baik dan sekaligus menjana pendapatan melalui blogging.

Dan pemikiran saya adalah sama seperti pemikiran ketiga-tiga panel webinar ini iaitu "Content is KING" dan untuk memastikan konten anda kekal berkualiti dalam zaman Ai yang mencabar ini. Ikutilah nasihat 7 Strategi SEO dan dalam Masterclass kami meliputi kesemua 7 Strategi ini .

DAPATKAN SEKARANG MASTERCLASS BLOGGING 

7 Strategi SEO 2024 Yang Patut Anda Lakukan




Catat Ulasan