7 CARA ATASI KENAIKAN FEE SHOPEE 1 AUGUST 2024 - BLOG SHOPPERMANIAC

7 CARA ATASI KENAIKAN FEE SHOPEE 1 AUGUST 2024

Shopee buat hal lagi dimana mereka telah mengumumkan kenaikan program, komisen dan tarnsaksi fee bermula pada 1 August 2024 ini.
7 CARA ATASI KENAIKAN PROGRAM, KOMISEN DAN TRANSAKSI FEE SHOPEE 1 AUGUST 2024

Shopee buat hal lagi dimana mereka telah mengumumkan kenaikan program, komisen dan tarnsaksi fee bermula pada 1 August 2024 ini.
Dan pada masa yang berita baik kepada semua seller Shopee ialah semua produk kini adalah Free Shipping .

Namun kenaikan kali ini agak tinggi dan memberi kesan kepada banyak Shopee Seller terutama dropship. Saya menjangkakan pada akhirnya dropship mungkin tidak releven di Shopee.
Mengikut data yang diberi  kebnayak produk akan dikenakan Commision Fee 11% dan Transaksi Fee meningkat kepada 3.5% ( Capped at RM20 peritem).
Total purata pembayaran yang anda harus bayar kepada Shopee ialah 14.5%.

Dan jika anda ambil Cashback kadar kenaikan akan meningkat kepada 15% hingga 18%. Ini adalah kadar yang sangat tinggi untuk Shopee Seller Dropship.
Jika dilihat kadar margin keuntungan sebagai dropship teruatama di SaveValue adalah 10% sahaja dan jika saya mengambil maksimum kadar kena bayar kepada Shopee ialah 18% maka keuntungan saya hanya 2% .

Seringkali saya katakan, buat apa berniaga jika kadar keuntungan anda bawah 10%. Sia-sia sahaja dan buang masa anda. Namun saya harus menerima realiti bahawa inilah perkara sebenar yang berlaku dan suka tak suka say harus menerima dengna hati yang terbuka dan mencari jalan bagaimana mengatasi masalah ini.

Apakah Perubahan Yang Berlaku 

7 CARA ATASI KENAIKAN PROGRAM, KOMISEN DAN TRANSAKSI FEE SHOPEE 1 AUGUST 2024
Kenaikan Transaksi Fee dari 2% ke 3.5% 


7 CARA ATASI KENAIKAN PROGRAM, KOMISEN DAN TRANSAKSI FEE SHOPEE 1 AUGUST 2024

Kenaikan komisen Fee Sehingga 3% 

7 CARA ATASI KENAIKAN PROGRAM, KOMISEN DAN TRANSAKSI FEE SHOPEE 1 AUGUST 2024

Kini Program Shopee yang tinggal ialah Cashback program yang meningkat dari 1.5%  ke 3.5% 

7 CARA ATASI KENAIKAN PROGRAM, KOMISEN DAN TRANSAKSI FEE SHOPEE 1 AUGUST 2024

Berita baiknya ialah semua seller kini mempunayi ikon Free Shipping pada semua produk anda 

7 CARA ATASI KENAIKAN PROGRAM, KOMISEN DAN TRANSAKSI FEE SHOPEE 1 AUGUST 2024

Jangan bimbang kami sentiasa mencari jalan bagaimana untuk kita survive di dunia marketplace ini. 

APA YANG HARUS ANDA LAKUKAN.

1. Tiada “offer” yang harus diberi jika margin untung bawah 20%.

Mana-mana produk dropship di bawah 20% keuntungan bersih, anda tidak boleh lagi membuat “offer” seperti memberi potongan harga atau diskaun sebanyak 2%. Ini kerana akan membunuh margin untung anda.
Namun “offer”masih lagi penting dalam marketing Shopee, buat masa sekarang margin untung 25% ke atas saya akan buat diskaun pada produk.

2. Maksimumkan Bundle Deal 

Anda boleh memaksimumkan marketing Bundle Deal di Shopee, Bundle deal bermaksud anda memberi pilihan kepada pembeli membeli lebih dari satu produk yang sama dan anda akan berikan diskaun. Sebagai contoh anda akan berikan 2% atau 3% potongan. 

Untuk kedua-dua kaedah ini gunakan “Shopee Kalkulator” kami dan buat pengiraan yang betul.

3. Produk Winning dan margin untung 

Pencarian produk Winning akan menjadi lebih sukar  keran ia harus melibatkan margin untung 25% ke atas kerana salah satu keperluan produk winning adalah memberikan “Offer” pada pembeli . Anda terpaksa asingkan produk-produk margin untung 25% ke atas dan menkaji semula produk-produk lain. 

Jika anda sudah memounyai senarai dan analisa produk winning masa membuat produk listing seperti yang kami beikan pada MsterClass Shopee kami, saya rasa mudah untuk extract data tu.

4. Produk Listing Makin Penting 

Disebabkan anda tidak mempunyai kuasa untuk membuat “offer” terutama produk dibawah 20% maka Produk Listing anda kena mantap dan lebih baik dari pesaing dropship anda yang lain. Terutama pastikan tukar cover produk agar tidak sama dan masukkan video setiap produk terutama produk Winning.


5. Shopee Ads Semakin Mustahil

Dengan peningkatan mengumumkan kenaikan program, komisen dan tarnsaksi fee bermula pada 1 August 2024 in, adalah mustahil hendak membuat Shopee Iklan Berbayar kerana pembayarannya berdasarkan per klik. Namun anda mempunyai altenatif membuat iklan berbayar menggunakan platform luar Shopee atau menggunakan FB  ADS CPAS Shopee.
Tekni yang anda harus gunakan ialah membuat iklan carasol atau katalog  ( Iklan memasukkan beberapa produk  dlama satu iklan) untuk mengurangkan impak kerugian produk.

6. Dropship adalah Sementara Dan Masukkan Produk Untung Tinggi.

Saya telah banyak kali katakan bahawa dropship adalah sebagai alat yang anda gunakan untuk mempelajari ilmu bisnis online menggunakan Shopee kerana pada kami Shopee adalah platform terbaik untuk anda mempelajari ilmu E-Commerce. Dan jeni sdropship yang kami sarankan ialah Dropship Auto Sync untuk memberi anda masa mempelajari ilmu bisnis online ini. Dropship tidak menjana keuntungan yang banyak dan tambahan dengan kenaikan kos setiap tahun menyukarkan lagi dropship untuk kekal di Shopee. 

Untuk atasi masalah ini, anda kena masukkan produk winning luar dari dropship yang menjana keuntungan maksimum sehingga 50%..  Dan pada masa yang kekalkan juga produk-produk dropship ini untuk memeriahkan kedai anda dan ada produk dropship yang masih memberi keuntungan pada anda.

7. Bina Website 

Bina website anda sendiri. Jika anda menjual satu atau 2 produk, buat sahaja landing pages dan fokus pada produk tersebut. Anda sudah mempunyai pengalaman menjual di Shopee dan memahami bagaimana membuat marketing yang kuat berdasarkan oengalaman  anda, Jika anda pernah dan mampu menjual produk dropship di Shopee maka anda boleh menjual produk lain luar dari Shopee.
Anda boleh dapatkan MasterClass Blogging kami jika berminat.


Kesimpulan 
Kenaikan kos bukan sahaja berlaku di Shopee tetapi disemua platform yang terlibat. Ini disebabkan kos sekeliling yang semakin menekan kewangan semua peniaga. Manakala polisi perniagaan Shopee seolah-olah memenangkan pembeli dan membunuh Seller dilakukan oleh semua platform. Jika mereka tidak ikuti tindakan yang dilakukan oleh platform lain maka mereka akan ketinggalan.

Oleh yang demikian, ataa kenaikan kos dan polisi ini sudah tentu ada beberapa pihak akan terkena impaknya terutama dropship dan mungkin segelintir founder sahaja.


KEMASKINI SHOPEE KALKULATOR KAMI 

Kami telah mengubah suai sistem Kalkulator kami disebabkan Program Shopee kini hanya tinggal 1 sahaja iiatu CashBack dan semua produk kini Free Shipping maka perubahan harus dilakukan .

Lihat perubahan yang kami laku kan di link sini :



إرسال تعليق