Perlukah Kedai Shopee Dropship Mempunyai Platform Media Sosial - BLOG SHOPPERMANIAC

Perlukah Kedai Shopee Dropship Mempunyai Platform Media Sosial

Anda memiliki kedai Shopee dan perlukah anda mempunyai media lain untuk menyokong Kedai Shopee anda dari segi jualan, branding dan trafik.
Perlukah Kedai Shopee Dropship Mempunyai Platform Media Sosial

Anda memiliki kedai Shopee dan perlukah anda mempunyai media lain untuk menyokong Kedai Shopee anda dari segi jualan, branding dan trafik.

Pada tahun 2024 apabila anda mempunyai bisnis online ia tidak semudah ABC seperti 10 tahun yang lalu. Dahuu dengan hanya berbekalkan Facebook Pages anda mampu menjana jualan. Anda hanya perlu focus untuk memperbesarkan follower dan membuat konten di Facebook Pages anda sahaja. Itu dahulu.

Kini strategi ini tidak diterima pakai lagi termasuk jika anda mempunyai produk di Shopee, Tik Tok, Blog dan marketplace yang lain. Ini kerana persaingan bisnis online semakin sengit dan strategi pemasaran sudah jauh berbeza seperti 10 tahun yang lalu.

Namun ramai yang akan mampu mempertikaikan pendapat saya ini kerana Shopee sendiri mampu membawa 4- 5 juta trafik ke platform mereka dan anda tidak perlu bersusah payah membuat platform lain untuk membawa trafik ke Kedai Shopee anda. Baik anda focus sahaja pada Kedai Shopee dengan membuat marketing.

Saya akui pendapat ini terutama jika anda sebagai Shopee Seller yang baru dimana anda masih berada di peringkat “Lesson Learn” tetapi apabila anda sudah memahami dan selesai membuat Produk Listing, Produk Winning, Marketing dan Maintenance di Kedai Shopee anda . Dan pada tahap ini anda dalam peringkat untuk mengemaskini Kedai Shopee anda sahaja. Adakah ini sudah mencukupi untuk memperluaskan jualan Kedai Shopee anda?

Dan dalam Master Class Shopee kami memberi tunjuk ajar melalui funnel “ Advanced Sales” dimana untuk memperkembangkan lagi bisnis on line anda. Anda harus menggunakan platform luar sebagai menjana jualan, trafik dan branding anda. Dibawah ini sebabnya:


Perlukah Kedai Shopee Dropship Mempunyai Platform Media Sosial

PLATFORM MEDIA SOSIAL VIRAL SEMAKIN BERTAMBAH

Dengan lambakan media sosial viral seperti Tik Tok, Instagram, Facebook Pages, Twitter, Linkedin dan Printerest secara khususnya merupakan platform tumpuan mengikut gender dan umur . Dan kesemuanya bukan sahaja untuk anda membuat konten tetapi menjadi platform utama menjana jualan dengan menjual produk atau servis anda.

Dan tambahan lagi semua sedia maklum sebagai Shopee Seller saingan di Shopee amat sengit dan untuk anda maju setapak ke hadapan anda harus memanipulasikan media social yang lain dengan meletakkan produk anda di kesemua platform viral ini dan link ke Kedai Shopee samada melalui Bio atau link secara terus.


Perlukah Kedai Shopee Dropship Mempunyai Platform Media Sosial

PENJENAMAAN ATAU BRANDING

Melalui penggunaan media social ini , kedai Shopee anda tampak lebih meyakinkan pada pembeli dimana disemua media social anda menjenamakan nama Syarikat anda dan dalamj jangka masa panjang, branding anda mula dikenali dan tujuan akhir anda ialah pelanggan membeli produk anda bukan kerana produk ada tetapi kepercayaan pada branding anda. 

Ini yang berlaku pada Khairul Aming yang bermula dengan memperkukuhkan branding beliau melalui You Tube dan kini dengan hanya menjual branding sahaja beliau mampu membuat jualan jutaan ringgit.
Ini bukan sesuatu yang mudah tetapi satu langkah jangka panjang yang memerlukan disiplin dan komitmen.

Namun untuk saya tujuan pertama anda membuat media social Kedai Shopee anda bukan kerana branding tetapi untuk mendapatkan trafik dan jualan. Dan pada masa yang sama ia akan berjalan seiring dengan pengukuhan jenama anda.


Perlukah Kedai Shopee Dropship Mempunyai Platform Media Sosial

OPSYEN PILIHAN MENJUAL PRODUK ANDA

Dengan mengunakan pelbagai Media Sosial untuk menjual produk anda di media social, anda mempunyai pilihan jika berlaku sesuatu pada Kedai Shopee anda atau anda merasakan perlu menukar platform lain maka dengan mudah anda membuat transaksi perubahan platform dengan hanya menukar bio/link kepada platform terbaru anda.

Atau anda mempunyai produk tetapi tidak boleh dijual di Shopee atas sebab=sebab polisi Shopee anda mampu sahaja menjual produk tersebut di laman social anda yang lain tanpa perlu bergantung pada Shopee untuk segala urusan bisnis anda.


Perlukah Kedai Shopee Dropship Mempunyai Platform Media Sosial

KUKUHKAN ILMU BISNIS ON LINE

Dengan pelbagaian penggunaan media social secara tak langsung anda harus belajar membuat konten secara serius dan juga mempelajari teknik-teknik sebagai Content Creator. Sebenarnya sebagai creator content ianya tidak sukar. Kesukarannya ialah idea untuk konten anda pada masa itu. Sebaik sahaja selesai membuat konten tersebut anda bukan sahaja boleh submit ke Faebook malah dengan satu konten itu sahaja anda mempunakan semual konten tersebut padsa

KESIMPULAN

Media social merupakan satu mekanisma yang penting dan jika anda mahu majukan bsisnis on line anda. Namun tidak semua media social boleh anda gunakan untuk anda gunakan dan juga mengikut kemampuan an


Di atas sebab diatas saya rasa anda setuju bahawa Kedai Shopee dropship anda memerlukan platform Media Sosial.






Catat Ulasan