APA ITU ROAS dan ROI
Pengiklanan Digital bukan sahaja melibatkan website sahaja tetapi jug amelibat pelbagai produk samada melalui what app atau menggunakan platform Shopee atau marketplace.
Salah satu sistem pengiklanan yang biasa anda gunakan ialah Facebook Ads dan bagaimana anda hendak mengetahui bahawa iklan yang anda buat itu menguntungkan atau merugikan anda.
Salah satu caranya adalah dengan memantau ROAS. Pernah dengar tentang metrik ROAS ini?
Siapa yang pernah godek-godek customize column Ads Manager mesti akan nampak ROAS seperti gambar di bawah.
Apa sebenarnya ROAS ni?
ROAS adalah singkatan untuk “Return On Ad Spend”. Sebahagian orang menyebutnya sebagai “Revenue Over Ad Spend”.
Secara asasnya, ROAS merujuk kepada berapa kali ganda pulangan yang anda peroleh berbanding dengan kos belanja iklan.
Ia digunakan sebagai salah satu metrik pemasaran untuk mengukur keberkesanan kempen iklan yang anda jalankan di Facebook.
Dah faham pasal ROAS? Sekarang, apa pula bezanya dengan ROI?
ROI adalah singkatan daripada Return On Investment.
ROI diukur berdasarkan keseluruhan kewangan sesebuah perniagaan seperti kos, jualan, dan keuntungan. Sementara ROAS pula diukur berdasarkan prestasi iklan di Facebook.
Jadi, bagaimana nak kira ROAS?
Katakan anda belanja RM10,000 untuk Facebook Ads dan memperoleh jualan sebanyak RM20,000.
Maknanya, ROAS anda adalah 2 kali ganda.
Dalam bahasa yang lebih mudah, setiap RM1 yang anda laburkan pada iklan, pulangannya adalah RM2.
Formula ROAS = jualan yang diperoleh dari iklan tersebut / kos belanja iklan
Soalnya, kalau dapat ROAS 2 kali ganda atau 200% ni, untung ke?
Nampak macam okay je, kan?
Ehm, belum tentu lagi.
Sehinggalah anda tolak dengan kos produk dan sebagainya, barulah anda dapat tahu berapa untung sebenar.
Penting ke kira ROAS ni?
Penting untuk anda tahu pasal ROAS kerana ia bertindak sebagai penunjuk awal. Sama ada iklan yang dijalankan perlu diteruskan atau tidak.
Kalau untung, boleh teruskan iklan. Kalau rugi, cepat-cepat hentikan. Lebih tinggi ROAS, lebih baik.
Cuma, anda kena kira berapa minimum ROAS yang perlu anda capai.
BREAKEVEN ROAS
Lebih baik lagi jika anda tahu breakeven ROAS.
Breakeven ROAS adalah tahap di mana kos iklan yang dibelanjakan sama dengan jualan yang diperoleh.
Ini cara kira breakeven ROAS:
Formulanya mudah sahaja.
Breakeven ROAS = Harga jual / margin keuntungan.
Sebagai contoh…
Anda jual T-shirt pada harga RM25.
Margin keuntungan yang diperoleh setelah tolak semua kos adalah RM15.
Breakeven ROAS : 25/15 = 1.67
Apa maksud angka ni?
Maksudnya, anda perlu mendapatkan jualan lebih daripada RM167 dengan belanja iklan RM100.
Kalau belanja iklan RM100 tapi jualan tak sampai RM167, memang iklan tersebut merugikan.
Yalah…
Kadang-kadang ada yang buat iklan tanpa tahu sama ada ia menguntungkan atau tidak.
Main jalan saja...
Bila dah tahu kiraan ini, anda tahu langkah yang boleh diambil seterusnya.
Andai kata iklan anda hampir mencapai breakeven, hentikan iklan dan fokus pada meningkatkan kadar penutupan jualan.
Jelas dah dengan konsep ROAS ni?
Jika jelas, silakan kongsi supaya lebih ramai orang dapat manfaat.
Semoga ia dapat membantu meningkatkan prestasi iklan yang dibuat.
Sumber: Fames
Ini adalah kiraan dari keseluruhan artikel