You Tube Channel Hanif Life pada 15/5/2024 kini telah mencapai 1003 subcriber. Dimana You Tube Channel telah aktif pada 17 November 2023 dan dalam masa 6 bulan telah mencapai 1000 sub adalah sesuatu yang baik.
You Tube merupakan sebuah saluran sosial media yang cukup mencabar dan sukar untuk anda mencapai 1000 sub bawah 1 tahun. Dan Hanif Life berjaya melakukannya.
Dibawah ini adalah video pertama kami pada 17 November 2023 dan seterusnya kami konsisten membuat video sehingga 210 video keseluruhan termasuk shorts.
Video short memainkan peranan yang besar melonjakkan You Tube Channel kami dan pada bulan March kami mempunyai sebuah short yang cukup viral dengan hampir suku juta view!!
Ini lah yang membantu peningkatan You Tube Channel Hanif Life dan eksperimen membuktikan bahawa You Tube algoritma agak mudah jika anda melakukan video Shorts dan ianya berjaya.
Saya harus mencari konten yang sesuai untuk penonton Malaysia dan Indonesia. Itu cabarannya kan...
Kelemahan apabila video short anda mendapat tumpuan jumlah watch time anda tidak mencukupi untuk anda mendapatkan "monetize" You Tube ini.
Walaupun subcriber saya 1003 tetapi watch time saya ialah 721 jam sahaja dari keprluan 3000 jam dalam tempoh 365 hari atau jika saya tidak mahu watch time saya harus mendapatkan 3 juta tontonan short dalam masa 90 hari .
Akhir kata eksperimen saya untuk You Tube Channel Hanif Life ini boleh dikatakan berjaya mencapai subcriber melebihi 1000 subs bawah tempoh 1 tahun.
Saya akan kongsikan pada anda bagaimana kami membina You Tube Channel ini dan apakah metod yang kami gunakan.
SUBCRIBE YOU TUBE CHANNEL HANIF LIFE