TAHUN 2024 ADALAH TAHUN JUALAN DI SHOPEE - BLOG SHOPPERMANIAC

TAHUN 2024 ADALAH TAHUN JUALAN DI SHOPEE

Anda membunuh bisnis anda kerana mengikut perasaan anda sendiri tanpa mempunyai strategi bagaimana mengatasi masalah ini

TAHUN 2024 ADALAH TAHUN JUALAN DI SHOPEE


Pada tahun 2024 ini atau secara  khususnya selepas  bulan March 2024 merupakan tahun yang baik untuk semua peniaga Shopee menjalankan perniagaan di Shopee. Saya tahu ramai yang terkejut dengan penyataan saya ini pada March 2024 adalah tahun gelap buat semua peniaga Shopee kerana:


  • 1.Shopee Commission Fee  Meningkat  pada 20 March 
  • 2. COD  ( Cash On Delivery) Auto Enable bermula 18 March
  • 3. Return/Refund iaitu Change on Mind bermula 19 March
  • 4. SST ( Sales and Service Tax)  dari 6% ke 8% bermula 1 March 2024
  • 5. LVG ( Low Value Good) Tax 10% bermula 1 Januari 2024
  • 6, Pembayaran lewat hingga 15 hari bermula 
  • 7. Bawah 10 order sebulan produk hantar sendiri bermula February 2024


Perubahan yang dlakukan oleh Shopee ini membuat ramai Shopee Seller semakin tertekan dan melalui media sosial ramai yang akan berhenti dari berniga di Shopee dan kebanyakkanya telah membuat setting vacation on pada kedai Shopee mereka.

Saya telah membuat video bagaimana mengatasi masalah COD / Change Of mind dengan perbaiki produk listing serta juga bagaimana mengatasi masalah kenaikan komisen fee. Anda boleh KLIK DISINI

Manakala pula untuk pemasalahan pembayaran lewat pula saya ada membuat artikel bagaimana untuk anda atasi sebagai bisnis on line – KLIK SINI

Manakala untuk bawah 10 order sebulan anda harus hantar ke drop station, Saya rasa takkan bawah 10 order pun nak suruh lori angkat. Polisi ini saya rasa agak berbaloi ler.


Berbalik pada tindakan ramai peniaga Shopee mahu berhenti jualan di Shopee  dan ada yang membuat kempen boikot Shopee untuk saya itu adalah tindakan yang bodoh dan sia-sia. Anda membunuh bisnis anda kerana mengikut perasaan anda sendiri tanpa mempunyai strategi bagaimana mengatasi masalah ini. 


Namun bukan hak saya untuk menghalang tindakan mereka jika mereka benar-benar mahu berhenti dan pada dasarnya untuk saya apabila ramai Shopee Seller yang berhenti bermakna ia adalah peluang untuk saya  Saya pernah membuat artikel bahawa polisi terbaru Shopee ini akan menyebabkan ramai Shopee Seller akan berhenti.  Dan kini ia menjadi kenyataan.


Sebagai penjual Shopee, kesan daripada peningkatan jumlah penjual lain yang berhenti berniaga di Shopee boleh bervariasi bergantung kepada beberapa faktor. Berikut adalah beberapa kemungkinan kesan yang mungkin anda alami:



Kurang Persaingan:

Jika banyak penjual yang berhenti, anda mungkin mengalami kurangnya persaingan dalam kategori produk anda. Ini boleh memberi peluang kepada anda untuk menonjol dan menarik lebih banyak pembeli.


Perubahan Permintaan:

Jika penjual yang berhenti menjual produk yang sama atau serupa dengan anda, ini mungkin meningkatkan permintaan untuk produk anda. Sebaliknya, jika mereka menjual produk yang berbeza, perubahan permintaan mungkin tidak signifikan.


Perubahan dalam Polisi atau Ciri:

Shopee mungkin bertindak balas terhadap kehilangan penjual dengan mengubah polisi, yuran, atau menambah ciri baru untuk menarik dan mengekalkan penjual. Ini boleh memberi kesan kepada cara anda berniaga di platform tersebut.


Kesimpulan 

Adalah penting untuk mengikuti perkembangan dalam komuniti Shopee dan menyesuaikan strategi perniagaan anda jika perlu, untuk memanfaatkan perubahan dalam landskap persaingan.





Catat Ulasan