Shopee buat hal lagi dimana pembayaran untuk Shopee Seller lambat.
Melalui pembacaan saya di sosial media, memang ramai menerima kelewatan pembayaran sehingga 15 hari.
Kalau secara kasar adalah kelewatan setengah bulan dan ini menyebabkan ramai Shopee Seller tidak boleh membuat pembelian tambahan produk mereka disebabkan kelewatan ini.
Namun Shopee ada memberitahu pembayaran aka mengambil masa hingga 15 hari tetapi jaminan 3 hari pembayaran tetap ada jika tiada apa-apa masalah.
Namun saya melihat Shopee sengaja memperlambatkan pembayaran kerana rata-rata ramai Shopee Seller menerima pembayaran lewat.
Adakah Shopee sememangnya membuat politics baru atau mereka sedang mengalami kecairan Wang dalam perniagaan mereka
Kelewatan pembayaran merupakan satu tanda tidak baik sebuah syarikat dan bisa menyebabkan ramai Shopee Seller keluar dari Shopee.
Perkembangan terbaru kenaikan komisen fee, COD yang diwajibkan dan serta return and refund 15 hari masih lagi panas dan kemudian isu pembayaran lewat membebankan ramai Shopee Seller.
Sudahlah banyak produk dipulangkan disebabkan COD dan Shopee Change Of Mind dan kini pembayaran lewat banyak merugikan Shopee Seller..
NAMUN apabila kita fokuskan pada pembayaran lewat oleh Shopee. Sebenarnya hal ini bukanlah sesuatu yang perlu dikhuatirkan.
Dalam bisnis,anda mesti mempunyai modal pusingan. Jika pembayaran lewat maka anda boleh gunakan sahaja modal pusingan anda buat sementara untuk memastikan anda mampu menmbahkan stok di kedai Shopee anda.
Berniaga tanpa back up modal adalah sesuatu yang amat merbahaya pada semua bisnis on line.
Kesimpulannya pembayaran lewat oleh Shopee adalah sesuatu yang mengarut dan pada masa yang sama Shopee Seller harus bersiap sedia.
Banyak kali saya katakan, anda meminjam platform mereka. Anda tiada hak untuk mempersoalkan tindakan mereka.
Shopee adalah antara syarikat yang
tengah berperang untuk terus releven di dunia marketplace.
Salah satu cara ialah menawarkan pelbagai faedah kepada pembeli supaya mereka dapat kekalkan trafik yang tinggi ke platform mereka.
Dan mangsa yang paling dekat untuk mereka laksanakan strategi ini ialah SHOPEE SELLER.
Walau bagaimana pun Shopee ada memberikan pilihan pembayaran pada hari yang sama buyer anda membuat pembayaran ianya dipanggil QUICK FUND.