Pada zaman yang semakin mencabar sebagai blogger, SEO menjadi semakin sukar.
SEO adalah Optimum Enjin Carian, melibatkan sekumpulan amalan untuk meningkatkan kedudukan laman web di hasil carian enjin carian seperti Google.
Menurut kajian oleh Neil Patel iaitu salah seorang pakar SEO dunia, beliau telah membuat kajian SEO pada 110 juta website dimana blog anda akan berkembang mengikut umur blog anda dan pada masa yang sama amalan yang konsisten iaitu:
Jika anda membuat sebuah blog baru :
- 6 bulan pertama : Kenaikan 11.47%
- 6 – 12 bulan : Kenaiakan 9.58%
- Tahun Kedua: 49.4%
- Tahun Ketiga : 30.7%
- Tahun Keempat : 13.5%
Ini bermakna blog atau website yang konsisten adalah pada tahun ketiga dan keempat dan seterusnya.
Ini juga membawa makna SEO semakin susah dan jangkaan ini akan meningkat seiring dengan peningkatan kenajuan AI atau Kecerdasan Buatan seperti ChatGPT dan sebagainya.
Saya pernah membuat sebuah video dimana saya mengatakan SEO sekan-akan mati dan ia semakin sukar. Dahulu untuk mencapai trafik yang baik pada sebuah blog mengambil masa selama 6 bulan sahaja dan kemudian ia mula meningkat kepada setahun hingga 2 tahun dan kini hingga 3 tahun.
Perkara ini berlaku ialah penambahan blog didunia internet dan saingan untuk SEO menjadi semakin sukar. Ramai yang mula cerdik pandai tentang ilmu SEO ini.
Kemudian Google seperti biasa kemas kini Google Algoritma mereka seperti Google Panda, Google Penguin, Google Phantom, Google Pigeon , Kemaskini Core dan macam-macam lagi dan semuanya impak pada kenaikan SEO dan trafik anda. Dan terbaru ialah keujudan AI iaitu paling popular ialah Chat GPT yang kini mula menguasai system carian maklumat di dunia ini.
Blogging sentiasa berevolusi dari tahun ke tahun seiring dengan SEO yang semakin mencabar.
Saya boleh katakanm blogging kini merupakan sebuah pekerjaan yang payah dan untuk mendapat hasilnya memakan masa betahun-tahun.
Apabila SEO seain sukar, salah satu cabng SEO yang mempercepatkan kenaikan blog anda ialah melalui pautan/ backlink.
Pautan/backink ialah membina pautan berkualiti dari laman web lain ke laman web anda. Ini memberikan pengiktirafan dan meningkatkan kredibiliti laman web di mata enjin carian. Pendek kata pihak lain yang kongsi URL anda pada laman mereka. Dan untuk mendapatkan backlink bukanlah mudah. Yalah, anda mahu pihak lain masukkan URL anda ke blog mereka.
Kemudian satu cara lain diluar SEO Ialah mengguna strategi social media. Untuk pengetahuan, perkongsian post di social media semakin lama semakin mengecil untuk dilihat oleh pihak lain. Kalau anda serius mahu mempercepatkan impak social media anda, hanay satu cara iaitu membuat posting sehari 3-5 kali. Dan persoalan timbul mampukah anda membuat posting konsisten ini?
Kesemua perkara ini tidak berguna jika anda tidak membuat konten yang membantu pihak lain. Anda kena pastikan konten anda mengikuti syarat Google Helpful Content yang melibatkan EEAT ( E-E-A-T is an acronym that stands for Experience, Expertise, Authoritativeness, and Trustworthiness) Mudah ker nak buat sebuah artikel yang benar-benar berkualiti.
Selain itu Teknik SEO Yang normal seperti On Page dan Off Page harus kekal dan dilakukan di laman web anda.
Baru anda boleh mendapat SEO yang baik dan trafik yang baik dalam masa 3 tahun. Jika anda tidak mampu membuatnya maka anda lupakan sahaja.
Namun website/blogging dan apa jua yang anda katakan adalah perlu dalam bisnis online. Jika anda serius dalam bisnis online, anda harus mempunyai sebuah website dan anda harus mulakan sekarang.
Tapi Hanif… kata susah SEO ini dan awak kata SEO telah mati atau akan mati. Benar ….tapi dunia makin berubah dan jika anda mahu pantas dan atasi SEO maka anda harus mencari jalan yang lain.
Adakah Blog Sesuai Untuk Iklan Berbayar?
Iklan berbayar di blog boleh menjadi sangat bermanfaat jika dilaksanakan dengan tepat. Menggunakan iklan berbayar di blog anda tidak hanya meningkatkan trafik tetapi juga menjangkau audiens yang lebih luas dan relevan. Dengan iklan berbayar, anda boleh menyasarkan pengguna berdasarkan demografi, minat, dan tingkah laku mereka, yang meningkatkan peluang konversi.
Pada masa kini tiada lagi ujud blog peribadi semata-mata, pastikan anda memasukan link-link produk atau dapatkan iklan di blog seperti Google Adsense untuk menampung kos blog anda.
Pendek kata membuat iklan pada blog anda dimana blog anda bukan sahaja berkongsi tentang pengetahuan tetapi juga memasukkan produk-produk seperti affiliate untuk menampung kos iklan blog anda.
Dan juga dapatkan lead magnet iaitu meminta pembaca anda meningggalkan alamat email mereka yang boleh anda gunakan pada masa akan datang untuk mempromosikan produk mengikut niche blog anda.
Anda sudah boleh melakukan email marketing pada masa akan datang jika anda sudah mempunyai produk sendiri.
Dan barulah anda boleh berjaya sebagai blogger dimana konsep SEO anda terapkan dan pada masa sama membuat iklan berbayar untuk "boost" trafik anda.
Kesimpulan BLOG HARUS DI IKLANKAN PADA TAHUN 2024
Ingatlah bahawa tujuan utama setiap entri blog - bayaran atau tidak - adalah memberi nilai kepada pembaca. Dengan menjaga prinsip ini di hati, peluang bagi peningkatan penglibatan dan pencapaian matlamat pemasaran digital akan terbuka luas di hadapan mata anda.