Buat pertama kali dalam sejarah You Tube Channel Shoppermaniac kami berjaya mendapatkan view 15K keatas dengan video Langkawi Pekan Hantu.
Saya membuat review video ini berdasarkan pandangan bisnis dan melalui pencerahan ini saya mendapat banyak komen yang postif dan negatif.
Dalam dunia You Tube ini, saya abaikan sahaja setiap komen yang pedas kerana ia adalah pendapat peribadi masing-masing.
Namun perkembangan ini tidak mengembirakan hati saya kerana apabila sesuatu video itu viral maka ianya hanyalah satu kebetulan sahaja.
Dari beratus video yang kami buat, hanya satu video yang langsung tidak kena mengena dengan niche Shopee kami adalah sesuatu yang harus kami bimbang.
Adakah saya perlu membuat video berunsurkan seperti ini atau kekal dengan niche saya.
Saya membuat keputusan untuk kekalkan niche You Tube kami ini dengan niche shopee kami dan kami jangkakan subcriber kami yang melonjak tinggi akan jatuh semula apabila mereka sedar bahawa You Tube Channel kami berunsur tentang Shopee dan tips bisnis bukannya konten isu semasa.