2024 akan menjelma tidak lama lagi dan persoalan timbul adakah SHOPEE RELEVEN 2024 SEBAGAI PLATFROM BISNIS ONLINE.
Menurut pandangan saya ialah Shopee masih lagi revelen dengan beberapa faktor di bawah:
- 1. Penggunaan Shopee yang Meluas
- 2. Shopee Banyak Promosi dan Diskon
- 3. Antaramuka Shopee Pengguna yang Ramah Pengguna
- 4. Program Insentif
- 5.Sistem Pembayaran Shopee Selamat
- 6. Shopee Logistik dan Pengiriman
- 7. Kemudahan Berjualan
- 8. Komuniti dan Ulasan Pengguna
1. Penggunaan Shopee yang Meluas:
Shopee memiliki pasar yang besar, menjangkau pelanggan dari berbagai lapisan masyarakat, memberikan peluang penjualan yang lebih besar.
Melalui sumber similarweb Pada bulan Oct 2023, trafik Shopee telah ialah 42.8 juta berbanding pesaing terdekat Shopee iaitu Lazada hanya 10.3 juta sahaja. Ianya satu perbandingan yag cukup besar .
2. Shopee Banyak Promosi dan Diskon:
Shopee kerap mengadakan promosi besar-besaran, seperti Free Shipping atau event besar yang menarik banyak pembeli dan memberikan peluang penjual untuk meningkatkan penjualan.
Promosi yang kerap dilakukan ialah baucer percuma, kempen diskuan sehingga 80% , kekerapan Free Shipping, Coin cashback dan pelabagi lagi.
Manakala untuk penjual pula, Shopee sejak kebelakangan ini kerap memberi peluang kepada penjual seperti Free Shipping Pay day, Fast Shipment Programme, Shopee Ads percuma dan sebagainya.
3. Antaramuka Shopee Pengguna yang Ramah Pengguna:
Platform ini dirancang dengan antaramuka yang mudah digunakan, baik untuk penjual maupun pembeli, meningkatkan kenyamanan dan pengalaman pengguna.
Anda dan saya kena akui bahawa setiap tahun Shopee membuat banyak penambaikan pada antaramuka Shopee Seller dashboard untuk memudahkan anda menganalisa data produk anda.
Sebagai contoh penambaikan ialah di bahagian marketing centre telah dipecahkan Shopee Ads dengan baucer atau affiliate. Ia memudahkan anda dari segi pencarian.
4. Program Insentif:
Shopee seringkali menyelenggarakan program insentif, seperti voucher diskon, cashback, dan reward bagi penjual yang aktif, mendorong partisipasi dan penjualan.
Shopee telah menambaikan antaramuka mereka dengan memperincikan program insentif yang mereka berikan pada anda dan anda boleh melihat semua program yang anda sertai.
Pada tahun 2023, Shopee telah menganjurkan terlalu banyak program insentif kepada penjual Shopee dan kerap memberi peluang kepada penjual seperti Free Shipping Pay day, Fast Shipment Programme, Shopee Ads percuma dan sebagainya.
5.Sistem Pembayaran Shopee Selamat:
Sistem pembayaran Shopee yang selamat memberikan kepercayaan kepada pembeli, meningkatkan kemungkinan mereka untuk melakukan transaksi di platform ini.
Trasnsaksi Shopee setakat ini belum pernah berlaku apa-apa pemasalahan samada untuk penjual dan pembeli. Jika ada pembatalan pembelian, wang akan dikembalikan dengan cepat tanpa banyak karenah.
Sistem Return and Refund kini lebih mesra dengan pembeli dan baru-baru ini Shopee ada membuat program Free Return untuk menambahkan kepercayaan pada pembeli dan memudahkan penjual.
6. Shopee Logistik dan Pengiriman:
Shopee menyediakan solusi logistik yang baik, termasuk Shopee Express atau J&T, yang memudahkan proses pengiriman barang dan meningkatkan kepuasan pelanggan.
Melalui siste SSL (Shopee Supported Logistics) yang mesra pembeli serta harga yang lebih murah memberi keselesaan yang kepercayaan kepada pengguna Shopee.
Malah untuk penjual Shopee melalui SSL, kos penghantaran yang dikenakan oleh Shopee adalah amat minimum dan ini menjamin jualan yang lebih tinggi.
Dan jika anda penjual yang tidak mempunyai senarai SSL yang disediakan oleh Shopee, anda boleh sahaja mengguna kurier anda sendiri dengan hanya memohon dari Shopee mengikut prosedur yang tertentu.
7. Kemudahan Berjualan:
Penjual dapat dengan mudah mengelola toko mereka, memasang produk, dan berinteraksi dengan pembeli melalui fitur-fitur yang disediakan.
Saya akui untuk mengendalikan kedai Shopee agak mudah berbanding dengan platform Marketplace yang lains seperti Lazada yang agak kompleks.
Dari memasukkan produk hingga membuat marketing yang mempunyai 11 jenis marketing pilihan untuk anda. Potensi membuat jualan di Shopee amat tinggi.
Malah sistem komunikasi Shopee dengan pelanggan mudah dan cepat.
8. Komuniti dan Ulasan Pengguna:
Adanya komuniti dan ulasan pengguna membantu membangun kepercayaan pembeli terhadap penjual, memperkuat citra positif Shopee sebagai platform jual-beli online yang terbaik.
Review yang baik serta rating yang baik sesuatu produk memberi keyakinan kepada pembelilain untuk membeli produk anda. Dan sekaligus ia sebagai aras penannda kulaiti dan kepercayaan produk anda.
Shopee masih merupakan platform yang relevan untuk penjual. Ia terus berkembang dan menarik banyak pengguna dengan promosi, program insentif, dan kebijakan pembeli yang memudahkan proses jual-beli.
Walau bagaimanapun, keberkesanan sebagai penjual juga bergantung kepada strategi pemasaran dan kualiti produk yang ditawarkan