TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400% DI SHOPEE - BLOG SHOPPERMANIAC

TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400% DI SHOPEE

Saya mendapat soalan dari MasterClass team kami, adakah perlu mengubah judul produk untuk dapatkan jualan di Shopee.

 

TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400%  DI SHOPEE

TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400%  DI SHOPEE

Saya mendapat soalan dari MasterClass team kami, adakah perlu mengubah judul produk untuk dapatkan jualan di Shopee.

Ya, pada dasarnya semua produk Save Value harus diubah bukan sahaja tajuk tetapi deskripsi, attribute dan gambar agar lebih menonjol di mata pembeli dan paling penting di mata Algoritma Shopee.


Dalam Master Class Shoppermaniac kami memanggil teknik ini Funnel Produk Listing.


KENAPA ANDA PERLU MENGUBAH JUDUL PRODUK ( PRODUK LISTING)

TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400%  DI SHOPEE

Pada gambar di atas ini, saya mengambil contoh produk dari Save Value dan integrasikan ke kedai Shopee

Join Save Value sekarang - KLIK SINI


TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400%  DI SHOPEE

Ini adalah 100% integrasi produk dari Save Value ke Kedai Shopee kami.


Apakah Perbezaan Anda Dengan Shopee Seller Lain 

TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400%  DI SHOPEE


Tiada apa perbezaan produk anda dengan penjual Kedai Shopee yang lain. Dari segi gambar dan tajuk semuanya sama dan beza hanya satu kedai yang menjual produk ini murah RM9.70.


Biasalah untuk segelintir Seller Shopee, perkara pertama yang mereka tahu ialah turunkan harga, Itu tindakan pertama mereka.


Atas sebab itu anda tiada jualan di Shopee sebagai Dropship kerana:

  • Persaingan produk yang sama dengan penjual lain.
  • Mainan harga yang tak kompetatif
  • Tiada offer untuk pembeli
  • Tiada kelainan anda dengan seller lain



APA PERLU ANDA BUAT ATASI MASALAH INI.

  • Ubah Kata Kunci 
  • Ubah Gambar 
  • Deskripsi
  • Marketing

Ini adalah funnel lengkap yang kami berikan tunjuk ajar bagaimana mengatasi masalah ini dan ianya salah satu funnel terpenting iaitu Produk Listing.


Saya akan memberikan contoh bagaimana untuk memastikan produk anda di Shopee berdiri lebih tinggi dari produk dropship yang sama dengan kaedah ini.


Namun perlu diberi perhatian, saya memilih produk contoh ini berdasarkan bagaimana memuat produk listing, samada ia produk winning ia mempunyai kaedah yang lain pula.

TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400%  DI SHOPEE



UBAH KATA KUNCI PRODUK SHOPEE

KATA KUNCI LAMA
Bio-Shine With Real Lemon Extracts Dishwashing Anti Bacterial Liquid Fast Degreasing Lemon 800ml


Diatas adalah judul produk yang diberikan oleh Save Value dan bagaimana anda hendak ketahui bahawa judul yang diberikan ini mengikut kehendak algoritma Shopee atau pencarian yang tinggi .


Terdapat banyak cara yang boleh digunakan tetapi saya berikan salah satu cara iaitu melihat keyword dari SEARCH ADS Shopee.


1. Pergi Shopee Ads di Seller Centre

2. Pilih Search Ads

3. Masukkan produk yang anda hendak analisa kata kunci seperti gambar di bawah ini.

TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400%  DI SHOPEE

4. Anda "disable" Auto Selected 
5. KLIK Add Keyword 

TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400%  DI SHOPEE

6. Akan keluar keyword pilihan 
Anda akan memilih kata kunci yang mempunyai volume yang tinggi.

*Search Volume" bermakna dalam masa sebulan berapa ramai yang mencari kata kunci ini.  PIlihan terbaik ialah dalam 3000 carian - 15000 carian.

Namun terpulang pada anda, untuk saya jika memilih carian yang banyak, Agak sukar bersaing dengan seller lain. 

Setelah itu saya masukkan judul produk ini dengan nama baru yang mempunyai keyword yang banyak dicari dalam carian Shopee.


KATA KUNCI BARU 

Bio-Shine With Real Lemon / Dishwashing / Detergent Liquid / Fast Degreasing Lemon /Ddishwasher Liquid  800ml


Beginilah cara mencari kata kunci untuk produk Shopee anda. Mudahkan. 



UBAH GAMBAR  COVER

TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400%  DI SHOPEE
GAMBAR MUKA HADAPAN IKUT SAVE VALUE

TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400%  DI SHOPEE
PINDAHKAN GAMBAR LAIN KE MUKA HADAPAN


Save Value memberikan gambar cover yang sama kepada semua seller semasa integrasi dengan Shopee.

Anda kena ubah kedudukan gambar dengan masukkan gambar muka surat hadapan dengan gambar lain.

Cara yang paling mudah ialah menggunakan gambar di dalam produk Shopee tersebut dan ubahkan gambar ke muka hadaan seperti gambar diatas.

Mudahkan, Inilah cara yang paling mudah dan jika anda rajin anda boleh edit gambar tersebut di Canva dan buat frame agak lebih menarik. Biasanya saya akan updated lebih cantik jika ia melibatkan Produk Winning.



UBAH DESKRIPSI PRODUK

Deskripsi produk anda boleh gunakan AI Product Description Shoppermaniac kami yang akan menulis secara auto review atau produk description menjadi lebih kemas dan meyakinkan.

TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400%  DI SHOPEE

Senang sahaja nak gunakan dan ia percuma:
1. Pergi laman Web Shopeeonline 
2. Side Bar ada terpapar AI Description
3. Klik gambar tersebut dan akan dibawa ke post kami.
4. Klik link 

TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400%  DI SHOPEE

5. Anda masukkan nama produk ke dalam kolum "Product Description" dan tekan enter. Dan secara auto ia akan menulis ayat power untuk anda ( Lihat Gambar atas) 

TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400%  DI SHOPEE

Kemudian "copy" dan  masukkan ke dalam produk deskripsi produk anda. Mudahnya membuat produk deskripsi Shopee. Gunakan aplikasi AI kami untuk memudahkan anda.



KEMAS KINI ATTRIBUTE PRODUK

TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400%  DI SHOPEE

TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400%  DI SHOPEE

Atribut atau kategori yang diberikan oleh Save Value adalah salah. Apabila saya melihat spesifikasi atribut yang diberikan ia melibatkan voltage padahal ia hanyalah gel pembasuh sahaja.

Kesalahan atribut boleh menyebabkan produk anda di salah anggap dan apabila ada carian maka produk anda akan ditunjukkan oleh Shopee tetapi dalam kategori yang salah.

Anda kena ubah dan biasanya Shopee akan berikan rekomendasi atribut yang sesuai seperti gambar diatas. Maka anda hanya perlu pilih rekomendasi Shopee. Mudahkan !!!


TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400%  DI SHOPEE

TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400%  DI SHOPEE

Saya telah memilih atribut baru diatas dan spesifikasi yang ditunjukkan secocok dengan produk yang kami jual.

Isikan penuh semua spesifikasi agar pembeli lebih yakin atas pengetahuan anda mengenai produk tersebut dan pembeli mendapat maklumat tambahan.

Kalau tak tahu, isi sahaja. Sebaga contoh manufaturing duration saya letak 1 bulan..hehehehehe.


WAJAH BARU PRODUK YANG TELAH DI KEMASKINI 

TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400%  DI SHOPEE


Inilah wajah baru produk anda yang telah dikemaskini mengikut judul, atribut, spesifikasi dan deskrispsi.

Namun adakah anda telah selesai
Tidak,dimana anda harus memberi "offer" kepada pelangan anda dengan mengguna funnel ketiga kami iaitu  Funnel Marketing.

Untuk pengetahuan;
Funnel pertama: Produk Listing
Funnel Kedua : Produk Winning
Funnel Ketiga: Marketing
Funnel Keempat: Maintenance
Funnel Kelima: Advanced Sales 

Seperti yang saya katakan tadi, saya tidak akan menjelaskan Produk Winning. Anggap sahaja produk ini adalah produk Winning.


MARKETING 

Di Shopee terdapat 11 jenis marketing dan saya jelaskan 2 jenis marketing kesukaan saya dan wajib digunakan oleh anda. 

TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400%  DI SHOPEE

Sebelum anda membuat marketing, anda kena ketahui beapakah margin untung anda. 

Tanpa maklumat tersebut maka anda berpotensi membuat marketing hingga kerugian. Produk contoh yang saya tunjukkan ini margin keuntungan ialah 20%.

Maka anda akan membuat teknik pemasaran berdasarkan margin untung 20% ini dan berapakah peratusan keuntungan yag anda mahukan.


JENIS MARKETING SHOPEE

TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400%  DI SHOPEE

Kebiasaannya Dropship Shopee Seller akan mengguna pemasaran Shopee dengan memilih Baucer, Diskaun, Bundle Deal, Add On Deal.

Yang paling kerap ialah Baucer dan Diskaun. Dan hari ini saya akan memilih 2 teknik pemasaran yang saya suka iaitu Diskaun dan Bundle Deal


DISKAUN

TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400%  DI SHOPEE

Saya memberi potongan harga dengan memberi diskaun sebanyak 2 % pada produk tersebut.



BUNDLE DEAL

TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400%  DI SHOPEE



Manakala untuk Bundle Deal saya memberikan 5% potongan harga jika membeli 3 keping produk tersebut. 


ANALISA KEUNTUNGAN SETELAH BUAT MARKETING

Analisa keuntungan adalah amat penting setelah anda membuat marketing agar anda tidak rugi kelak. Jangan sambil lewa apabila membuat marketing dan kerap berlaku Shopee Seller mendapat jualan tinggi tetapi rugi disebabkan salah pengiraan ,


Anda tidak perlu risau, saya berikan Shopee Kalkulator apps kami untuk melihat adakah anda rugi atau tidak.


TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400%  DI SHOPEE

Terdapat 3 bahagian utama Shopee Kalkulator kami. Pada gambar diatas adalah peratusan potongan harga yang anda berikan.

Dua jenis marketing yang kami berikan ialah Diskaun / Voucher dan Bundle Deal.
Anda masukkan data peratusan potongan harga yang telah anda beri.
 
Diskaun anda berikan 2% dan Bundle Deal anda berikan 5% jika beli 3 botol produk ini,


TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400%  DI SHOPEE


Bahagian kedua adalah bahagian yang paling penting. Dimana anda harus masukkan semua caj yang dikenakan pada semua produk anda.

Jika anda ada sertai Program Shopee seperti Free Shipping maka masukkan peratusan caj.  Dan jangan lupa masukkan caj wajib iaitu Commission Fee dan Transcation Fee.

Lihat contoh diatas, kami tidak mengambil apa-apa program Shopee dan hanya masukkan caj wajib sahaja.


TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400%  DI SHOPEE

Bahagian ketiga anda masukkan kos shipping yang terkait dengan tarnscation fee nanti. 

Dari data yang diberikan jika anda memberi diskaun 2% maka untung bersih anda ialah RM1.10 dan jika anda membuat Bundle Deal termasuk kos Diskaun maka untung bersih anda ialah RM2.13.


TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400%  DI SHOPEE


Jika anda sertai MasterClass kami, kamiberikan Shopee Kalkulator ini dalam bentuk excel agar anda boleh simpan data anda untuk rujukan akan datang

PERBEZAAN PRODUK ANDA SETELAH MEMBUAT PRODUK LISTING 


Harga Bersifat Kompetatif

TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400%  DI SHOPEE

Tak sangka pula harga produk anda paling rendah. Biasanya anda akan buat diskaun dengan memastikan harga anda adalah kompetatif  dengan harga pihak lain.

Ini adalah bonus untuk anda kerana harga produk anda adalah paling rendah.


Spesifikasi Produk Lengkap  

TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400%  DI SHOPEE
Spesifikasi Kedai Shopee lain kosong dan tiada apa-apa yang menarik


TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400%  DI SHOPEE
Spesifikasi produk anda lengkap dan tersusun

Jika anda sebagai pembeli sudah tentu anda akan membeli dari penjual Shopee yang mempunyai maklumat yang lengkap.

Pastikan isi semua spesifikasi yang diberikan.


Gambar Produk Yang Berlainan

TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400%  DI SHOPEE

Pada gambar diats jelas menunjukkan bahawa gambar produk kami amat berlainanan dari penjual Shopee yang lain mejual produk yang sama



Perbandingan Shoppermaniac Dengan Kedai Shopee Lain

Anda boleh klik pada URL dibawah ini untuk melihat produk anda dengan pesaing anda. Secara jujur siapakah yang lebih baik.


KEDAI SHOPEE SHOPPERMANIAC YANG TELAH DIBAIKI PRODUK LISTING

https://shopee.com.my/Bio-Shine-With-Real-Lemon-Dishwashing-Detergent-Liquid-Fast-Degreasing-Lemon-Ddishwasher-Liquid-800ml-i.403610224.21585862469


Tekan klik lihat perbandingan dengan Kedai Shopee lain

https://shopee.com.my/Bio-Shine-With-Real-Lemon-Extracts-Dishwashing-Anti-Bacterial-Liquid-Fast-Degreasing-Lemon-800ml-i.719485008.18894753623?sp_atk=6cc01e13-95ca-42bf-a525-8bea3b3a94ef&xptdk=6cc01e13-95ca-42bf-a525-8bea3b3a94ef


https://shopee.com.my/Bio-Shine-With-Real-Lemon-Extracts-Dishwashing-Anti-Bacterial-Liquid-Fast-Degreasing-Lemon-800ml-i.770534.22159132427?sp_atk=baaf6a83-d8ec-400b-84e7-e2b0a99dc3b6&xptdk=baaf6a83-d8ec-400b-84e7-e2b0a99dc3b6


KESIMPULAN TUKAR JUDUL PRODUK JANA JUALAN 400%  DI SHOPEE 

Menukar judul sahaja tidak akan memberikan jualan kepada kedai Shopee anda. Penukaran judul hanya mampu memberi trafik organik kepada Kedai Shopee anda  melalui algoritma Shopee.

Judul adalah salah satu item dalam Produk Listing kami dan anda harus menggunakan kesemua teknik ini untuk memastikan produk anda mendapat jualan.

Anda menjual kepada manusia dan peranan gambar, penerangan produk serta "offer" pada pembeli adalah penting untuk menarik perhatian mereka agar membeli produk anda.

Tidak guna mempunyai trafik yang tinggi tetapi tidak mampu membuat jualan.


Daftar Save Value Sekarang 


APAKAH HASIL JUALAN MELALUI TEKNIK INI...BACA SINI

Catat Ulasan