Disini saya ingin menunjukkan kenapa produk dropship saya laku keras di Shopee dan apakah langkah yang saya ambil untuk memastikan produk ini sebagai produk Winning.
Ini adalah jualan produk laku keras kami pada awal bulan September dan kami terus menerima oderan baru setiap hari.
Produk ini adalah produk Save Value dan ramai yang mengatakan produk Save Value sukar dijual dan kami buktikan dengan sistem pemasaran yang betul anda boleh sahaja menjual produk Save Value.
DAFTAR SAVE VALUE SEKARANG - KLIK SINI
BERAPAKAH HARGA KOS DAN JUALAN
BERAPAKAH KADAR MARGIN UNTUNG
Dengan menggunakan Shopee Kalkulator, setiap produk saya akan untung RM0.17 setelah ditolak kos transcation/commision/ diskaun.
Manakala jika saya membuat bundle deal dengan menjual 3 produk satu bundle maka saya akan untung RM0.49 setelah ditolak kos transcation/commision/ diskaun.
Nampak gaya menjual bundle lebih menguntungkan!!
Dapatkan Shopee Kalkulator apps percuma kami
KENAPA PRODUK SAYA LAKU DI SHOPEE
Harga Lebih Murah
Dari segi harga produk saya telah berjaya melawan kesemua produk yang hampir serupa atau serupa.
Ulasan Yang Baik
Ulasan produk memainkan peranan penting dalam menyakinkan pengguna lain membeli produk anda. Saya bernasib baik dengan jualan pertama telah menerima komen dari buyer. Ini adalah bonus tambahan kepada saya.
Produk Listing / Marketing Yang Baik
Saya tidak menukar spesifikasi kerana maklumat yang diberikan lengkap dan memuaskan. Hanya sekadar menjual penyangkut baju rasanya ianya memadai.
Gambar produk maksima dengan memasukkan 9 gambar dapat memberikan penjelasan yang lengkap kepada produk saya ini.
Gambar pun terang dan mudah difahami.
KESIMPULAN KENAPA PRODUK SAYA LAKU DI SHOPEE
Dalam memastikan produk yang anda pilih itu baik ialah memastikan harga yang kompetatif dan kemudian mmberi "offer" agak dapat menarik perhatian pembeli.
Pastikan tajuk yang kuat dengan kata kunci carian dan visual yang bagus. Pastikan juga deskripsi anda lengkap dan menyakinkan pembeli.
Melalui pembelian pertama, beritahu pelanggan agar memberi rating yang baik kepada anda dan dengan rating yang baik, produk anda lebih mudah dijual.
Cuma masalah yang kami hadapi kini ialah jumlah stok semakin kurang dan inilah salah satu kelemahan dropship.
MAHU PELAJARI TEKNIK SALES KONSISTEN DI SHOPEE MENGGUNAKAN FUNNEL KAMI. DAPATKAN MASTERCLASS SHOPPERMANIAC KAMI SEKARANG