Ramai yang mengatakan Shopee semakin sukar dengan saingan sesama seller yang hebat serta polisi Shopee semakin lama semakin ketat dan peluang untuk berjaya di Shopee menjadi lebih sukar.
Tetapi tahukah anda bahawa segala tindakan serta polisi Shopee serta beberapa tindakan oleh gergasi dropship pada tahun 2023 ini sebenarnya memudahkan dropship untuk bersaing.
POLISI NON SSL
NON SSL ialah anda memohon syarikat kurier lain selain SSL yang disediakan Shopee. Perkara ini berlaku disebabkan anda menjual produk dropship dan setiap kali ada jualan anda akan membuat pembayaran dan syarikat dropship tersebut akan membuat penghantaran menggunakan syarikat kurier mereka sendiri.
Polisi Non SSL Shopee kerap berubah dan pada tahun 2023 mereka telah pecahkan NON SSL kepada 2 iaitu Non SSL Produk Fizikal dan Produk Digital.
Masalah utama ialah pada dropship yang menjual produk fizikal yang memohon NON SSL memang amat sukar kerana dokumen yang diminta oleh Shopee anda tidak mampu berikan kerana penghantaran dilakukan oleh pihak dropship.
Memburukkan keadaan pihak dropship tidak memhu menerima AWB Shopee SSL dan hanya menggunakan pihak kurier piihan mereka.
Dengan situasi sebegini, ramai Shopee Seller telah menutup kedai mereka bukan kerana tiada jualan tetapi tidak dapat memenuhi shipping setting NON SSL Shopee.
Dan secara tidak langsung pesaing yang menjual produk dropship yang hampir sama dengan anda telah berkurangan. Ini adalah berita baik terutama untuk dropship auto sync yang menggunakan Save Value atau Kumoten.
SISTEM YURAN KEAHLIAN DROPSHIP
Save Value pada tahun 2023 telah mengenakan yuran keahlian kepada sesiapa yang mahu menyertai dropship mereka dan Kumoten sejak 2022 telah pun membuat yuran keahlian ini.
Ramai yang mengeluh kerana terpaksa perbaharui yuran keahlian setiap 6 bulan dimana selama ini ianya percuma. Dan ini adalah berita baik pada Shopee Seller yang menggunakan perkhidmatan Save Value atau Kumoten.
Pertama ialah ramai akan keluar menggunakan Save Value dan Kumoten terutama penjual baru yang selalu merosakkan harga dan yang tidak serius mahu berniaga di Save Value.
Kedua ialah saingan di Shopee akan berkurangan kerana n membayar yuran tahunan yang kononnya mahal . Biasalah bila bab kena bayar, ramai yang merungutkan.
Pendek kata yang tinggal adalah peniaga Shopee yang tegar dan benar-benar berkualiti yang mahu menjana pendapatan di Shopee. Saya jangkakan pada tahun 2024 kadar jualan Shopee Seller yang mengguna Save Value akan meningkat disebab kurangnya persaingan terutama dari segi harga.
LAIN-LAIN
STANDARD SHIPPING TERBARU SHOPEE UNTUK SELLER
KENAIKAN COMMISSION FEE SHOPEE PADA 10 JANUARI 2023
KESIMPULAN
Pada dasarnya apabila Shopee dan Dropship membuat perubahan besar pada tahun 2023 ini ramai yang melihat dari segi negatif dan tidak mengambil peluang melalui perubahan ini.
Saya memang jangkakan akan melihat perubahan besar dalam jualan di kedai Shopee pada tahun 2024 ini. Saya berharap anda semua bersabar daam melihat perubahan ini nanti.
NAMUN persaingan tetap ada di Shopee. Atas sebab itu anda harus terus mengasah ilmu anda dalam bidang bisnis online ni. Anda boleh dapatkan MASTERCLASS SHOPPERMANIAC kami yang memberi 5 funnel untuk mendapat jualan konsisten di Shopee.