Cara Menaikkan Rating Shopee Agar Penjualan Laku Keras! - BLOG SHOPPERMANIAC

Cara Menaikkan Rating Shopee Agar Penjualan Laku Keras!

Cara Menaikkan Rating Shopee Agar Penjualan Laku Keras!
Cara Menaikkan Rating Shopee Agar Penjualan Laku Keras!


Perniagaan di Shopee atau marketplace semakin mencabar. Anda memerlukan satu panduan untuk memastikan kedai Shopee anda sentiasa releven dengan teknik pemasaran terkini.

Terdapat 4 cara yang efektif untuk memastikan Kedai Shopee anda sentiasa segar dimata pelanggan iaitu: 


1. PENERANGAN PRODUK YANG LENGKAP

Siapa suka kalau yang ada dalam paparan, sekadar nama produk dan gambar sahaja. Tambahkan info tentang kelebihan produk, jenisnya, harganya dan pelbagai lagi.


Bakal pembeli ni kebanyakannya memang suka 'cuci mata' dulu. Dia akan browse akaun-akaun yang menawarkan penerangan produk yang jelas dan memudahkan mereka untuk tahu maklumat lengkap produk, sebelum mereka tentukan langkah seterusnya - nak beli atau tidak.


Macam gambar strawberry ni, lagi-lagi kalau jenis makanan yang mudah rosak jika tak diuruskan dengan betul, bakal pelanggan perlu tahu saiznya, jenisnya, harganya, berapa lama diperlukan jika mereka nak tempah, bagaimana pemungkusan dan macam-macam lagi.
.
Barulah mereka YAKIN nak tempah, sebab YAKIN, strawberry segar yang ditempah, akan sampai ke tangan mereka dalam keadaan elok dan belum busuk lagi. 

Cara Menaikkan Rating Shopee Agar Penjualan Laku Keras!


 2. REVIEW BAGUS

Testimoni pelanggan juga amat penting. Boleh jadi 'bullet' tambahan dalam strategi pemasaran berkesan. Bakal pelanggan lebih percaya dengan testimoni / review bagus terhadap produk jualan kita.



Siapa tak nak beli kalau dah ada review bagus dan bukan hanya 1 sahaja testimoni tapi boleh ditambah dari semasa ke semasa. Bakal pembeli takut tertipu dengan scammer. Jadi sebagai penjual, kena yakinkan mereka supaya mereka ada KEPERCAYAAN terhadap kita dan produk kita.


Sekarang ni macam-macam cara penjual dan pembeli boleh buat untuk mantapkan lagi 'marketing bullets' ni. Selain kongsi gambar testimoni pelanggan macam ini, boleh juga buat dalam bentuk video / gambar di semua platform socmed rasmi / tak rasmi kita. Macam kakak kita ni, dia kongsikan video dan testimoni, bertambah tempahan yang dia terima, berbanding sebelum ni.



3. GAMBAR CANTIK, JELAS DAN MEYAKINKAN

Nak jual makanan ringan sihat, tapi tak macam sihat, siapa yang akan percaya. Lepas tu, dalam copywriting ada sebut sedap / menyelerakan, tapi tak nampak sedap pula dalam gambar. Rugi sebab tak dapat tambat hati (dan perut) bakal pelanggan. Kan 'dari mata turun ke hati', membawa ke poket dan perut bakal pelanggan.


Cara Menaikkan Rating Shopee Agar Penjualan Laku Keras!

Gambar produk wajib cantik. Tak cantik, tak jelas, tak meyakinkan, orang tak nak beli. Mujur sekarang ni, guna smartphone harga RM400 pun dah boleh ambil gambar cantik. Edit sikit guna editing apps percuma, dah boleh hasilkan gambar produk yang menarik. Tips banyak boleh kita dapat dalam pelbagai platforms. Boleh tambah ilmu dalam kelas-kelas online juga.


Cara Menaikkan Rating Shopee Agar Penjualan Laku Keras!
.

4. TAMBAH VIDEO YANG MENARIK

Secara normal, orang memang suka melihat media yang dynamic dan bukan hanya yang statik. Kalau tengok gambar statik tak bergerak-gerak, kalau tak beriya, tak nak ditengoknya kan?


Tapi kalau ada iklan menarik dalam TV / FB / IG / YT / TikTok dan sebagainya, lama mata kita 'lekat' dengan iklan tu. Lagi-lagi kalau dalam video tu cukup sifat, cukup menarik untuk kita tonton.


.
Sekarang dah lagi mudah sebab walaupun guna smartphone, dah boleh shoot dan edit video dalam sekejap. Tak perlu tunggu berminggu pun. Sebab tu industri ada semakin ramai content creators dalam dunia ni. Nak dapatkan pendapatan dari platform seperti dari YouTube pun dah mudah sangat-sangat. Janji ada ilmu, gunapakai ilmu tu, istiqomah / consistent upload contents, makin lama makin berkembanglah profession content creators tu dan akaunnya.


Catat Ulasan