Pada tahun ini shoppermaniac telah berbelanja besar untuk branding kami dan kami merasakan perbelanjaan kami ini semakin lama semakin besar dan kesemuanya bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan anda dan sambil mengukuhkan branding "Shoppermaniac".
Untuk tahun ini, kami menggunakan perkhidmatan Vidiq untuk membantu kami meninggikan trafik dan SEO You Tube Channel kami.
Saya mengambil PRO plan untuk setahun dengan harga dalam RM400 juga. Tapi yang terbaik ialah BOOST PLAN tapi kami nak mencuba dahulu PRO PLAN adakah ia membantu kami.
KEYWORD RESEARCH VIDIQ
Apa yang saya suka dengan Vidiq ialah "Keyword Research" yang tepat pada pendapat saya hingga berlaku peningkatan trafik yang agak baik.
DAILY IDEAS VIDIQ
Ini pun saya suka dimana Vidiq memberikan 10 Ideas ( jika guna PRO) kepada kami setiap hari dan saya melihat "Daily Ideas" bagus untuk membuat konten blog dan You Tube kami.
Daily Ideas adalah satu idea yang diberikan untuk Channel anda berdasarkan niche anda dan Vidiq akan tunjukkan video-video serta keyword yang berpotensi untuk anda buat di channel anda.
Kami hanya perlu melihat video-video yang disertakan dengan 'Daily Ideas" ini dan kami perlu ubahsuai dan pertingkatkan lagi baik dari video terdahulu.
LAIN-LAIN KELEBIHAN PRO PLAN VIDIQ
- Lain-lain ialah mereka memberikan :
- AI Generator untuk membuat konten
- Waktu sesuai untuk post konten
- Lihat saingan anda
KESIMPULAN
JIka saya melihat ia membantu saya dengan baik dan meningkatkan revenue dalam jangka masa panjang, mungkin saya akan mengambil plan "BOOST" mereka.
Tapi buat masa sekarang ini saya on hold dulu sebab kalau ambil boost ini. Saya kena bayar RM2000. Biar matawang Malaysia naik dulu..hehehehhe