SENARAI EBOOK DAN APLIKASI PERCUMA DARI SHOPPERMANIAC 2023 - BLOG SHOPPERMANIAC

SENARAI EBOOK DAN APLIKASI PERCUMA DARI SHOPPERMANIAC 2023

Pada tahun 2023 ini, Shoppermaniac telah memberikan banyak EBook dan pada tahun ini juga kami berjinak dengan apps dan AI

Pada tahun 2023 ini, Shoppermaniac telah memberikan banyak EBook dan pada tahun ini juga kami berjinak dengan apps dan Ai dan berjaya menghasilkan apps dan AI untuk anda. 
Dibawah ini adalah senarai EBook, apps dan AI kami:

  • PRODUK LISTING 
  • DROPSHIP KUMOTEN
  • SEO NOTEBOOK
  • APLIKASI SHOPEE KALKULATOR
  • AI PRODUCT DESCRIPTION SHOPEE 


PRODUK LISTING 

SENARAI EBOOK DAN APLIKASI PERCUMA DARI SHOPPERMANIAC 2023


Download Produk Listing - KLIK SINI

Struggle hendak berniaga di Shopee dan kebuntuan menyelesaikan masalah tiada trafik di Shopee. Salah satu sebab utama dan terbesar anda gagal mendapat trafik ke kedai Shopee anda kerana Produk Optimasi atau Produk Listing anda:

  1. Tajuk produk tidak ikuti algoritma Shopee
  2. Gambar yang yang tidak menarik, 
  3. Deskripsi  yang tidak lengkap mengenai maklumat produk 
  4. Atribut yang salah 


Tajuk Produk Tidak Ikuti Algoritma Shopee
JIka anda memahami algoritma Shopee ialah pencarian produk melaui kata kunci yang dicari oelh pelanggan,  Anda harus memahami apa yang ditaip oleh pelanggan anda dan jika tajuk produk anda adalah sama dengan carian oleh pelanggan maka produk anda akan ditonjolkan kepada pengguna.


Bagaimana anda hendak mencari kata kunci ini ialah terdapat pelbagai kaedah dan kami berikan 3 kaedah kepada anda melalui Ebook kami.

Sebenarnya diantara keempat-empat produk optimasi atau produk listing ini, membuat tajuk produk adalah paling sukar dan menyusahkan kerana anda kena membuat kajian.


Gambar Yang Tidak Menarik 
Gambar yang tidak cantik atau  menarik sudah tentu pelanggan anda tidak membelinya. Anda harus masukkan gambar yang cantik atau mengubah susunan gambar yang diberikan oleh dropship anda.


Kami ada berikan penerangan kepentingan gambar dalam EBook percuma kami ini.

Deskripsi Yang Tidak Lengkap 
Deskripsi produk amatlah penting untuk memberi penjelasan penuh kepada pelanggan anda. Walau pun gambar dikategorikan sebagai unsur utama tetapi deskripsi membantu mengukuhkan kekuatan produk anda.

JIka anda boleh memberi deskripsi dalam beberapa bahasa, itu lagi baik atau membuat kajian dan memasukkan maklumat tambahan di deskripsi anda.


Atribut Yang Salah
Ini bermaksud kategori produk anda berikan maklumat yang salah. Dan walaupun kesalahan ini nampak kecil tetapi apabila pencarian oleh pelanggan berdasarkan produk kategori dan anda salah masukkan produk anda dalam kategori yang betul maka produk anda akan ditonjolkan pada pelanggan yang salah .




DROPSHIP KUMOTEN



DAPATKAN EBOOK DAFTAR KUMOTEN PERCUMA

DAPATKAN EBOOK PERCUMA FULL TUTORIAL BAGAIMANA DAFTAR DI KUMOTEN :

KUMOTEN merupakan salah satu dropshipping di Malaysia yang terkenal dan dipercayai. Saya suka menggunakan pekhidmatan Kumoten  kerana jumlah produk yang cukup banyak dan memebri pilihan yang cukup hebat kepada seller Shopee.



Menerangkan dengan detailed dua membership Kumoten dan bagaimana mendaftar di Kumoten dengan penerangan yang mudah.
EBook ini adalah EBook terlengkap dan terkini mendaftar dengan Kumoten.



Walau bagaimana pun pada tahun 2022 dan 2023 ini Kumoten aktif memberi diskaun pada membership mereka dengan memperkenalkan pelbagai membership dengan nama yang pelbagai.


Berminat untuk menjadi dropship Kumoten. Daftar di SINI


SEO NOTEBOOK

EBOOK PERCUMA SEO OLEH NEIL PATEL


Siapa Neil Patel ? JIka anda dalam dunia SEO atau blogging pada masa yang agak lama, pasti anda akan kenali Neil Patel ini, Beliau adalah pakar SEO yang diktiraf oleh dunia melalui metod meningkatkan trafik dan sales blog anda. 


Salah satu aplikasi beliau yang saya gunakan hingga sekarang ialah Uber Suggest dan dalam EBook saya, saya amat rekomendasikan Uber Suggest dimana ia menganalisa prestasi blog anda dari segi SEO serta kata kunci yang membolehkan anda ranking secara organik dengan cepat dan tinggi.


Bariu -baru Neil Patel telah membuat EBook percuma iaitu SEO Make Simple dengan setebal 81 mukasurat. Saya telah membaca EBook beliau ini dan ianya memang padat dengan informasi untuk meningkatkan prestasi blogging anda.


Jika anda baru dalam dunia SEO ini, penggunaan terma SEO seperti broken link, HTML ia akan ambil masa sedikit dan anda kena buat kajian mendalam tentang terma ini.

DOWNLOAD SEO MAKE SIMPLE BY NEIL PATEL  - DISINI



Anda boleh download EBook beliau melalui link di atas ini. Saya pun kurang pasti berapa lama beliau akan kongsikan link ini. Jika link telah hapus, komen kat bawah ini nanti saya periksa kembali.


Saya tidak boleh berikan terus EBook ini kerana ia hakcipta Neil Patel dan link beliau merupakan lead magnet ke email dan EBook ini akan dihantar ke email anda.





APLIKASI SHOPEE KALKULATOR



SHOPEE KALKULATOR WEB APLIKASI PERCUMA


Berita gembira dimana Shoppermaniac kini telah melangkah setapak ke depan dalam revolusi teknologi dengan  memberikan Shopee Kalkulator percuma kepada anda tetapi  jangan terperanjat bahwa kami berikan kalkulator kami dalam bentuk web aplikasi kami.


Anda boleh sahaja secara terus menggunakan aplikasi kami ini untuk membuat pengiraan diskaun/ baucer yang anda berikan pada buyer anda dan sekali gus jika anda ada membuat bundle deal.



Strategi marketing terkini di Shopee ialah anda harus memberikan offer iaitu diskaun atau baucer dan sekali gus memuat bundle deal dimana persaingan harga yang ketat di Shopee. Penggunaan bundle deal amat membantu mengekalkan keuntungan walaupun harga yang lebih rendah diberikan.


Melalui shopee calculator for seller kami dahulunya melalui Excel dan kini anda boleh secara terus membuat kiraan di blog kami menjadikan kerja anda cepat dan mudah.


GUNAKAN KALKULATOR WEB APLIKASI KAMI DI SINI - KLIK 






AI PRODUCT DESCRIPTION SHOPEE 

SENARAI EBOOK DAN APLIKASI PERCUMA DARI SHOPPERMANIAC 2023
 AI PRODUCT DESCRIPTION SHOPEE - KLIK

Pada Tahun 2023 Adalah Tahun Permulaan AI Akan Berkembang Dan Dijangka Ia Akan Menjadi Satu Keperluan Manusia Terutama Bisnis On Line Pada Masa Akan Datang.


Dan Hari Ini Saya Akan Kongsikan Sebuah Lagi AI Iaitu AI PRODUCT DESCRIPTION SHOPEE SHOPPERMANIAC dimana jika anda hendak menambahkan produk deskripsi di kedai Shopee anda.'



AI ini akan menulis sepanjang 300 patah perkataan iaitu jumlah minimum untuk produk listing yang dikehendaki oleh Shopee.





Catat Ulasan