SANUSI ADALAH CONTOH BRANDING TERBAIK UNTUK BISNIS ONLINE - BLOG SHOPPERMANIAC

SANUSI ADALAH CONTOH BRANDING TERBAIK UNTUK BISNIS ONLINE

Saya suka melihat beliau dari sudut strategi dalam kontek bisnis online


Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi, satu Malaysia cukup kenal dengan beliau.  Pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada pentadbiran PAS di Kedah tahun 2008 hingga 2013 dan membuat kerja lain sehingga 2018. Beliau berjaya dalam plihanraya kecil dan tiba-tiba pada tahun 2020 dilantik menjadi Menteri Besar Kedah.

Beliau kini menjadi major player dalam politik Malaysia.Tetapi saya bukan hendak berbicara tentang politik Menteri Besar Kedah ini tetapi perjalanan beliau sehingga menjadi ikon branding Perikatan Nasional.

Branding bukanlah produk dan bukan sekadar logo. Ia merupakan ‘proses’ yang terlibat dalam mencipta nama yang unik dan imej. Dan YB Sanusi adalah contoh branding yang sama penting dalam bisnis online.

Dan branding adalah perkara utama dalam bisnis online yang tidak boleh diperkecilkan. Jika ia meletup, bisnis online anda akan mencapai perkembangan yang cukup hebat.

Saya menggunakan YB Sanusi sebagai contoh yang terbaik dalam video ini kerana ia berkaitan dengan budaya Malaysia dan mudah untuk saya terangkan. Dan justifkasi bahawa branding itu amat penting dalam apa jua situasi pekerjaan anda.

Telegram Shoppermaniac Untuk Shopee, Blog dan Facebooks


Apa yang dapat kita lihat dalam kes branding ini dimasukkan dalam bisnis online ialah:


1. Bukan mudah membina branding

Melihat perkembangan YB Sanusi kita dapat melihat pejalanan beliau membina branding bukan mudah. Banyak pahit dan kesabaran yang perlu beliau lalui untuk mencapai kekuatan branding dan persaingan antara niche-niche branding yang sama.

Laluan yang harus anda kena tempuhi sudah penuhi ranjau dan duri dan pada masa yang sama harus membina strategi bagaimana melangkaui branding-branding yang berada diluar sana.

Dan beliau berjaya melangkau branding-branding kuat diluar sana dengan menampilkan perbezaan dari branding yang lain dalam niche beliau iaitu politik. 

Strategi beliau menimbulkan isu Pulau Pinang adalah satu isu diluar penampilan biasa oleh branding politik diluar sana dan sekaligus strategi beliau ini berjaya dan menaikkan branding nama beliau. Mungkin beliau tidak sedar tetapi pemikiran beliau di luar kotak mengagumkan saya.

Sama seperti branding dalam bisnis online dimana anda harus membuat satu kelainan yang tidak dilakukan oleh orang lain untuk menonjolkan produk anda. Bagaimana caranya ialah kajian dan strategi harus dilakukan sebagaimana dilakukan oleh YB Sanusi. 

Dan bukan semua orang mampu melakukan strategi hebat sebegini dan saya akui saya pun belum dapat memperolehi idea bombastik meningkat branding Shoppermaniac ini.


2. Branding mengambil masa 

Tidak dapat disangkalkan lagi, membina branding yang kuat mengambil masa. Malah melalui kajian untuk membina branding bisnis yang kuat mengambil masa 3 hingga 5 tahun dan mungkin lebih.

Kerana semua tahu, kekuatan branding bukanlah mudah dan ianya akan mengambil masa. Bukan dengan hanya sekelip mata maka anda akan menjadi popular.

Dan melalui perjalanan YB Sanusi kita dapat lihat untuk beliau berdiri sama tinggi dengan pemimpin yang lain memakan masa yang agak lama dan sebagai bisnis on line, perjalanan itu adalah sama cuma bezanya YB Sanusi dalam politik dan anda di dalam bisnis online.

Adakah anda cukup bersabar menanti branding anda berkembang memakan masa bertahun? Itu persoalan saya pada anda?



3. Branding Nak Maju Mesti Berani.

Ini semestinya, dalam kes YB Sanusi beliau terkenal dengan sifat lantang bersuara dan berterus terang. Dan beliau tahu dengan sikap sebegini pasti ada pro dan kontranya. Takkan ler beliau tak tahu, betul tak?

Bila anda berani maka orang akan melihat anda dan kagum dengan anda. Melihat keberanian YB Sanusi, saya sendiri merasa kagum dan risau melihat apa tindakan musuh-musuh beliau akan lakukan pada beliau.

Sama seperti Bisnis online, ianya lebih teruk dari politik. Anda bersaing hendak menjadi nombor satu dalam niche anda. takkan tak der musuh yang akan saingi anda.

Mungkin mereka akan meniru produk anda dan mungkin akan menfitnah produk anda ini tidak selamat dan merbahaya. Sekali anda terjun dalam persaingan branding ini, tiada patah balik dan anda kena bersiap sedia.

Samada anda bersiap sedia memperkukuhkan perkhidmatan pelanggan, menambahkan budget untuk pengiklanan dan sentiasa perbaharui kualiti produk anda. 



4. Mesti Memerlukan Ilmu Membina Branding

YB Sanusi ini bukan tiba-tiba menjadi Menteri Besar Kedah. Sudah tentu sebelum beliau menceburi bidang politik ini, beliau telah melalui perjalanan menimba ilmu sejak muda lagi hingga menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak selama 5 tahun.

Sama seperti dunia bisnis onlie, takkan setakat terjun ke bisnis online anda boleh berjaya. Tidak mungkin, anda memerlukan ilmu untuk berjaya. Jika anda mahu membuka sebuah kedai Shopee sudah tentu anda perlu mempelajari apa itu produk listing, produk Winning, Marketing Shopee dan bagaimana mengekalkan momentum jualan.

Masterclass Shoppermaniac kami ada memberikan semua kehendak anda dalam bisnis online bermula di Shopee dan memperolehi jualan sehingga 4 hingga 5 angka melalui Shopee Funnel kami

Dan melalui ilmu yang ada, anda akan memulakan bisnis anda dan sudah tentu sepanjang perjalanan bisnis ini, anda akan memperolehi pengalaman dalam menambaik ilmu serta mengasah kemahiran anda.


5. Memerlukan Branding Lain Yang Menyokong

Untuk berjaya cepat dalam branding ini ialah harus mempunyai branding lain yang menyokong atau mengeji anda. Dalam kes YB Sanusi ini, di dalam kontek politik ini sudah tentu banyak branding lain yang akan menfitnah beliau atau menguji beliau. Dan ini adalah hikmah yang baik kerana beliau di bantu oleh branding yang lain dalam menonjolkan diri beliau pada masyarakat umum.

Branding YB Sanusi telah dijaja diseluruh media sosial samada yang postif atau negatif, Pedulikan kesemua itu, yang penting dengan tekanan oleh branding lain, ia membantu YB Sanusi makin popular!!

Dalam kes bisnis online ni, alangkah bagusnya jika produk anda dipuji oleh beberapa influencer dan saya yakin branding anda akan cepat melonjak naik. Bisnis online ini tiada bezanya dengan politik dan untuk anda lonjakkan branding anda maka anda harus gunakan influencer naikkkan branding anda.

Dan pastikan rating dan review produk anda semuanya positif dan jika ada yang negatif anda harus pancungkan cepat-cepat dengan menjawab soalan tersebut melalui data-data yang komprensif.



Kesimpulan

Melalui pengalaman saya, jika branding anda terlalu cepat meningkat ini pun bahaya kerana anda tidak mempunyai perisai yang kuat untuk membuat pengukuhan branding anda samada dari segi pengalaman, data dan tenaga yang cukup.

Jika anda keterlaluan menonjolkan branding anda, dikhuatiri anda akan melakukan kesilapan seperti mengeluarkan produk baru yang anda belum buat kajian dan akhirnya merugikan anda. Ini kerana anda hendak "catch up" branding anda kekal segar. Let do it slow and steady tetapi kekal dengan peningkatan momentum anda.

Walau bagaimanapun anda boleh belajar dari YB Sanusi membina branding beliau. Saya secara peribadi kagum dengan peningkatan beliau dan saya melihat dari kaca mata saya, inilah proses yang patut saya lakukan dalam membina branding saya.

Entahlah kenapa saya menggunakan YB Sanusi dalam menjelaskan terma branding ini. Saya bukan seorang politikus tetapi saya kagum dengan beliau. Saya suka melihat beliau dari sudut strategi dalam kontek bisnis online dan lagipun beliau tengah trending, sesuai buat video dan artikel untuk SEO..hehehe. Saya meminta kebenaran dari YB menggunakan gambar YB yek.. 


YB SANUSI BRANDING METOD:

  • Bukan mudah membina branding
  • Branding mengambil masa 
  • Branding Nak Maju Mesti Berani
  • Mesti Memerlukan Ilmu Membina Branding
  • Memerlukan Branding Lain Yang Menyokong



Catat Ulasan