Dan Shoppermaniac tidak lari dari masalah ini dan untuk pengetahuan anda Shoppermaniac menggunakan Save Value dan Cico sebagai dropship utama kami. Dan paling teruk ialah jumlah produk Cico di Shopee Shoppermaniac melebihi 500 produk dan sebaik sahaja kami membuang semua produk Cico .
Jumlah produk kami hanyalah 300++ sahaja iaitu produk dari Save Value.
Dan memeritkan hati ialah penutupan Cico bermakna saya akan kehilangan banyak produk Winning di kedai Shopee Shoppermaniac. Walaupun Save Value memberikan pulangan yang baik tetapi Cico juga memberi sales keseluruhan kedai Shopee ini.
Amat terasa sales kami yang menjunam teruk dan apatah lagi bila bukan musim event. Jualan kami menjadi kosong dan apa yang saya katakan dahulu, jumlah produk memainkan peranan yang penting adalah tepat.
Pengurangan produk sebanyak 50% telah menjejaskan sales Shoppermaniac di Shopee dan 50% pengurangan produk bermakna pengurangan sales adalah melebihi 50% dan boleh mencecah hingga 70% pengurangan sales.
Namun sebagai bisnis on line, ini adalah lumrah terutama jika anda sebagai dropship. Saya juga banyak kali katakan jangan bergantung pada satu platform dan jika berlaku sesuatu maka anda jatuh terduduk.
Saya bernasib baik dengan penutupan Cico, kedai Shopppermaniac kami masih lagi mempunyai Save Value didalam kedai Shopee kami.
Dan sekali lagi, saya pernah katakan anda boleh memasukkan beberapa syarikat dropship ke akaun anda dan tujuannya ialah apa yang berlaku sekarang dengan penutupan Cico, kedai Shopee saya masih lagi selamat.
Apa yang perlu saya buat?
MASUKKAN PRODUK DROPSHIP DARI SYARIKAT LAIN
Saya mempunyai pelbagai pilihan lain iaitu menggunakan Kumoten memasukkan produk mereka ke kedai Shopee saya. Dan meningggikan jumlah produk dan menambahkan produk Winning.
Buat masa sekarang saya akan kekalkan kedai Shopee kami dengan Save Value sahaja kerana saya hendak melihat dengan jumlah produk yang ada sekarang ini, bagaimana perkembangan sales kedai ini nanti.
MEMBUAT PRODUK LISTING YANG LEBIH BAIK
Saya mempunyai satu teori iaitu jika saya perketatan semua produk listing Save Value dan mencari produk dengan harga yang kompetatif adakah saya mampu membina Produk Winning yang cukup banyak untuk dapatkan sales seperti dahulu sehingga RM6K sebulan!!!
Atas dasar teori ini saya kini tengah mengemas kini kesemua 300++ produk kami dengan membuat analisa persaingan harga dan mengubah tajuk produk supaya lebih mesra dengan Shopee Algoritma.
Saya tidak akan mengubah apa-apa ke atas produk yang sudah mempunyai jualan agar tidak mengganggu algoritma Shopee nanti.
Mar kita lihat apakah yang berlaku dan mengemas kini 300++ produk bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan kesabaran.
MEMBUAT IKLAN BERBAYAR
Buat sementara ini saya akan membuat iklan berbayar di Shopee dan melihat jumlah klik dan jualan KESEMUA PRODUK KAMI.
Saya tahu tindakan ini adalah tindakan yang salah dan ianya terbukti melalui kos yang telah saya keluarkan dengan ZERO sales dalam masa satu minggu.
Sebelum anda memarahi saya , biar saya jelaskan logik membuat tindakan ini. Saya akan mambuat iklan pada semua produk kami dan analisa akan dibuat berdasarkan CTR dan julmlah klik, kos iklan yang saya kena bayar.
Saya akan hentikan iklan yang mempunyai kos click yang tinggi tetapi tanpa jualan. Dengan cara ini saya dapat melihat produk yang mempunyai klik tetapi tiada jualan.
Dan kenapa tiada jualan ianya disebabkan harga kami tidak kompetatif atau gambar/deskripsi kami kurang baik. Itu saya kena buat analisa.
Oleh yang demikian saya dapat percepatkan analisa produk di kedai Shopee kami dan buangkan produk-produk yang tidak releven ATAU perbaiki produk-produk yang mempunyai klik yang banyak dan memastikan setiap klik pada masa akan datang mempunyai jualan.
KESIMPULAN
Sudah lama saya tidak membuat analisa di Kedai Shopee Shoppermaniac kami kerana kami telah selesa dan apabila terlalu selesa. Dan tiba-tiba CICO buat hal, semua terkejut dan baru betungkus lumus..hehehhehe
Namun apa yang saya katakan berkali-kali dahulu. Jumlah produk memainkan peranan penting dalam jualan kedai Shopee anda adalah tepat dan satu lagi jangan bergantung pada satu platform sahaja juga amat tepat.