Saya mendapat soalan daripada rakan baru saya yang sedang membuat dropship auto sync dan beliau bertanya mengenai spilit order sebagai dropship di Shopee yang menjual produk dari pelbagai syarikat dropship yang lain.
Jika anda berminat untuk sertai syarikat dropship tudung ini dan menjadi dropship mereka. Sila kik sini: Tudung Si Comel
APA ITU SPLIT ORDER ( PESANAN PISAH)
Ia ialah ciri yang membolehkan penjual membahagikan pesanan kepada berbilang pakej di peringkat SKU di Pusat Penjual atau melalui Open API (untuk penjual terpilih sahaja). Setiap pakej akan mempunyai nombor penjejakan khusus selepas diproses.
Pembeli akan dimaklumkan bahawa pesanan telah dibahagikan kepada beberapa pakej. Status pesanan dan status logistik penghantaran akan dikemas kini dan dimaklumkan secara berasingan berdasarkan tahap pakej melalui pemberitahuan tolak.
BAGAIMANA IA AKAN MEMBANTU SHOPEE SELLER
Ciri ini akan membantu penjual yang sedang menghadapi cabaran untuk memenuhi pesanan:
- Penjual yang mempunyai beberapa gudang dan perlu memindahkan stok dari satu gudang ke gudang yang lain sebelum dapat memenuhi pesanan.
- Pakej bersaiz besar atau berat berlebihan disebabkan oleh beberapa SKU yang dibeli dalam satu pesanan.
KESAN KEPADA DROPSHIP
Kesan kepada dropship ialah apabila anda memasukkan beberapa syarikat dropship ke dalam akaun Shopee anda dan apabila ada pembelian anda terpaksa pecahkan pakej tersebut kepada split order.
Biasanya melalui pengalaman saya ialah Shopee akan terus membuat Split Order dalam sistem mereka berdasarkan SKU anda yang berbeza. JIka tiada akan kena membuat pecahan split order anda sendiri.
Bagaimana hendak membuat split order - KLIK SINI
Sebaiknya jika anda mempunyai banyak dropship dalam satu kedai, baik anda mohon awal SPLIT ORDER ini terlebih dahulu. Sekarang ini ia hanya berikan pada Shopee Seller yang terpilih - MOHON SPLIT ORDER
Bagaimana dengan kos penghantaran?
Yuran penghantaran pesanan berpecah dikira berdasarkan tahap pakej (setiap nombor penjejakan). Kos penghantaran yang ditanggung daripada pakej yang diasingkan akan dicaj & diserap sepenuhnya oleh penjual.
Pembeli hanya akan membayar yuran penghantaran berdasarkan tahap pesanan kerana pesanan berpecah hanya akan berlaku selepas pembayaran dibuat.
Inilah masalah anda dan jika sebagai dropship, dengan margin untung tak seberapa dan anda kena ambil top up shipping kos untuk spilt order tersebut maka ia akan merugikan anda
APA PERLU ANDA BUAT?
Syarat pertama ialah sebelum anda memilih dropship pilihan anda pastikan setiap dropship mempunyai niche yang berbeza.
Atau pastikan setiap produk yang dimasukkan ke kedai Shopee anda berlainan kategori.
Sebagai contoh, jika 2 dropship mempunyai kategori home decor maka anda harus memilih yang manakah dropship TUDUNGSICOMEL untuk anda masukkan ke dalam kedai Shopee anda ini.
Anda tidak boleh memilih kategori yang sama ke dalam kedai Shopee anda.
Jangan terlalu ghairah memasukkan produk yang sama ke dalam kedai Shopee anda dan jika anda jualan maka anda terpaksa membuat spiit order. Lainlah jika margin untung anda 50% ke atas dan anda boleh telan kos shipping tapi masih menjana keuntungan.
Walaupun perkara sebegini jarang berlaku tetapi ia pasti akan berlaku jika dua dropship anda mempunyai niche yang sama.
Kesimpulan
Saya tidak menerangkan bagaimana membuat Split Order dan bila masa anda layak untuk membuat Split Order dan syarat-syaratnya.
Saya mendapat soalan dari pihak dropship sendiri dan untuk saya, anda tidak menghadapi apa-apa masalah kerana ianya 100% dibawah Shopee Seller tersebut.
Mungkin anda akan menerima AWB original dari pakej pertama. Maka anda hantarkan sahaja shipment tersebut menggunakan AWB Shopee yang diberikan.
Manakala pakej kedua akan di on hold oleh Shopee sehingga penjual Shopee membuat Split order untuk pakej kedua atau kadangkala sales masuk tetapi AWB tidak akan disertakan disebabkan seller tidak membuat spilt order untuk AWB tersebut.
Pihak dropship tidak akan menghantar pesanan tersebut kerana tiada AWB kan.
Inilah pengalaman pertama saya tentang Split Order dan memang memeningkan kepala. Dropship memang tak akan hantar tanpa AWB. Dan anda kena berurusan dengan pihak dropship dan sertakan Split Order setelah anda dapatkan AWB yang baru.
Mana penting? Rugi shipping kos RM4.60 atau kena penalti late shipment?