Hari ini topik agak menarik berkenaan UJUDKAH PERNIAGAAN TANPA MODAL PADA TAHUN 2023 terutama apabila melibatkan dropship dengan Shopee.
Dimana melalui Master Class kami, teknik bisnis online kami menggunakan Shopee dengan auto sync dropship seperti Save Value, Cico atau Kumoten.
Dan saya pernah memberitahu untuk menjalankan perniagaan ini dropship sebegini memerlukan RM100 hingga RM300 walaupun penyertaan dropship tersebut adalah percuma.
Ini kerana ia melibatkan top up ke wallet dropship jika ada pembelian serta beberapa strategi marketing yang memerlukan wang.
Dan pada hari ini apabila saya membaca komen iaitu CICO mengenakan RM20 seolah-olah ia sesuatu yang besar. Saya periksa di website CICO tiada pun pembayaran tetapi beliau mengatakan ada bayaran.
Saya tak pastilah tetapi saya malas nak melayan komen bernilai RM20 sahaja. Pada tahun 2023 ini kos bisnis on line semakin memuncak.
Dahulu Save Value adalah percuma tetapi kini kena bayar untuk jadi membership 6 bulan sebanyak RM62 dan juga KUMOTEN.
Dan buat saya sedih, katakan CICO kenakan caj RM20 pun sudah jadi persoalan berat untuk anda, maka adakah anda layak untuk berniaga. Anda simpan dahulu wang anda hingga mencukupi dan kemudian baru berniaga.
Sebaik sahaja anda daftar dengan CICO RM20, perbelanjaan permulaan anda tidak habis begitu sahaja. Adakah anda mempunyai ilmu menggunakan Shopee Seller Centre, tahukah anda strategi terkini membuat jualan di Shopee sebagai dropship, tahukah anda sebaik sahaja ada jualan di kedai Shopee, anda kena masukkan wang anda dahulu ke wallet CICO untuk membolehkan CICO membuat penghantaran.
Inilah yang selalu mengagalkan pemula bisnis on line ialah sikap kedekut kepada modal awal seperti contoh di atas dan juga ilmu. Nak belajar pasal bisnis on line tapi takut keluar modal untuk dapatkan ilmu, Macam mana anda nak berjaya?
Saya hanya membuat kelas tutorial percuma ini pun telah kehabisan ribuan ringgit. Saya ada membuat artikel berapa banyak yang telah saya habiskan untuk mendapatkan ilmu dan berkongsi dengan anda.
Dengan sikap kedekut sebegini, anda tidak akan pernah jauh. Mana ada yang percuma di dunia ini dan diberikan semuanya pada anda. WOW!!
Saya kecewa mendapat soalan sebegini. Mungkin dia ini budak lagi kot dan cuba hendak berniaga tetapi modal tak cukup. Dik oiiiii.... nak berniaga ni kena kumpul moda dulu dan apakah strategi anda. Jangan pakai bantai jer...