CONTOH SEBENAR KEDAI SHOPEE KENA BANNED DAN PENALTI - BLOG SHOPPERMANIAC

CONTOH SEBENAR KEDAI SHOPEE KENA BANNED DAN PENALTI

Seller Shopee mengeluh Kedai Shopee mereka kena banned dan mendapat penalti.

 

Ketika ini ramai Seller Shopee mengeluh Kedai Shopee mereka kena banned dan mendapat penalti. Dan Kedai Shopee Shoppermaniac juga tidak terkecuali daripada situasi ini dan harus mencari jalan mengatasinya agar penalti tidak bertukar kepada banned.

Kalau dah kena banned maka selamat tinggal kedai Shopee ku dan proses juga mengambil masa yang agak lama jika ditarik balik banned tersebut.


Kami telah membuat kajian selama beberapa bulan dan telah menjumpai punca kenapa banyak kedai Shopee terutama dropship selalu kena banned dan penalti. Ianya berpunca daripada pelanggaran  DUPLIKASI DAN HAK CIPTA .


Ini lah yang paling kerap Kedai Shoppermaniac kena dan ianya bukan sahaja melibatkan produk baru tetapi produk lama dan mempunyai hasil jualan.  Algoritma  Shopee semakin mengembang dan apabila ia semakin berkembang dan baik maka pengesanan enjin ini akan lebih efektif dan mana-mana produk yang melanggar polisi akan diambil tindakan dengan pantas.


Dua tahun lalu, penalti atau banned oleh Shopee agak kurang dan tahun 2023 memang cukup aktof Shopee banned dan memberi penalti kepada Seller Shopee yang disyaki melanggar polisi.


Disini saya berikan contoh satu produk yang amat berpotensi kena banned dan penalti.


CONTOH DUPLIKASI DAN HAK CIPTA  KEDAI SHOPEE KENA BANNED DAN PENALTI


Saya mengambil contoh satu produk dari Kumoten iaitu [ Local Ready Stocks ] Baseus T Typed S-09 Wireless MP3 Car Charger Pengecas Bateri Kegunaan Kereta dan saya akan buktikan bahawa produk ini agak bermasalah jika anda masukkan ke Shopee.



SPAM DAN DUPLIKASI 

Kemudian saya membuat carian di Shopee, samada produk ini ada dijual di Shopee.

CONTOH DUPLIKASI DAN HAK CIPTA  KEDAI SHOPEE KENA BANNED DAN PENALTI


Dan anda lihat berapa banyakkah Seller Shopee yang menjual produk yang serupa dengan anda dan paling menyampah ialah tajuk produk semuanya adalah sama sahaja. 


Dari segi jumlah produk yang dijual di Shopee ini , dan kemudian anda masukkan produk anda ke dalam kedai Shopee dan anda pula adalah Seller Shopee yang baru.


Jika anda tidak bernasib baik, algoritma Shopee akan mengesan produk anda dan menganggapnya sebagai spam dan automatik kedai Shopee anda akan kena banned.

Dan jika nasib baik, Shopee akan mengenakan tindakan membuang produk anda ini dan kenakan penalti dengan alasan duplikasi. Untuk duplikasi ini terdapat banyak jenis duplikasi dan ini adalah salah satu contoh yang saya berikan .


HAK CIPTA

CONTOH DUPLIKASI DAN HAK CIPTA  KEDAI SHOPEE KENA BANNED DAN PENALTI


[ Local Ready Stocks ] Baseus T Typed S-09 Wireless MP3 Car Charger Pengecas Bateri Kegunaan Kereta.


Melalui tajuk produk anda sedia maklum bahawa produk ini adalah jenama Baseus dan kemudian saya membuat carian di internet dan menjumpai produk yang hampir serupa tetapi saya tidak memnjumpai produk Type S-09 ini.


Ini  bermakna Kumoten menggunakan jenama atau branding produk samada mendapat persetujuan pihak pengeluar Baseus ini atau tidak. Kami tidak ketahui !!


Malah semasa membuat carian produk ini di laman web Baseus, kami tidak menjumpai langsung produk yang sama ini.


Dan jika Kumoten menjual produk ini tanpa kebenaran Shopee, dan jika ada aduan atau Shopee klasifikasikan mencuri trademark maka produk anda akan dikenakan tindakan melanggar hak cipta dan anda boleh kena penalti.


Kesimpulan 

Maka anda berada di kategori mana dan berhati-hati memasukkan tajuk produk yang boleh memakan diri anda sendiri. 



APA PATUT SAYA BUAT?

Anda boleh sahaja memperbaiki PRODUK LISTING sebelum memasukkan produk ini ke Shopee. UBah sahaja tajuk yang mempunyai kata kunci carian yang baik oleh pengguna Shopee adalah lebih baik dari  mengambil terus nama produk yang diberikan oleh dropship anda.


Kedua jangan gunakan gambar hadapan yang sama. Anda tidak perlu susah payah mencari gambar baru tetapi anda boleh sahaja ambil mana-mana gambar yang banyak di produk anda dan tukarkan menjadi gambar hadapan. 


CONTOH DUPLIKASI DAN HAK CIPTA  KEDAI SHOPEE KENA BANNED DAN PENALTI


Di atas adalah contoh perubahan yang dilakukan pada gambar dan tajuk mengikut kata kunci carian. 


Melalui perubahan ini , potensi produk ini dijual lebih tinggi kerana  mempunyai pelbagai kata kunci yang baik dan paling penting tidak kena banned atau penalti.


JIka anda hendak mempelajari teknik Produk Listing , anda boleh sahaja mendapatkan MasterClass Shoppermaniac kami bagi menjamin semua produk anda terjual dan mengikuti polisi Shopee.




https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhIrDss-nPhXUHAqST0iJ8GOMFqcIyEnbUo_d_7Nt_Ze5VoAduOnyHisqNVNNhmmVFmEgqMN9HM4UhxlWpSaCLBwKt0ICRiZnbZySKNXyCESITCZp3qOqCmptWaM-Y0qCwEyiPjylwPpZ02cFB-_JmA9B4ks7fHS_QgdHf1vmIbYZL_ZEgsc-0N8kJ2zA=w640-h318

Catat Ulasan