Hari ini mendapat what apps dari Cico.my iaitu mereka akan menutup operasi online mereka termasuk dropship bermula pada 1 July 2023.
Agak terkejut kerana secara tiba-tiba CICO.my menutup operasi dropship mereka. Untuk saya CICO.my merupakan salah satu dropship yang terbaik kerana produk yang mereka jual adalah produk kegunaan seharian dan bilangan produk mereka cukup banyak.
Ertinya CICO.my hanya bertahan selama 2 tahun dan sepanjang saya bersama mereka, pelbagai usaha yang mereka lakukan untuk menaiktaraf kedai Dropship mereka ini . Dan sebagai dropship baru ketika itu, ada juga beberapa masalah CICO.my yang kami sebagai seller Shopee terpaksa bertolak ansur.
Walau bagaimanapun, saya kena akui dari segi perkhidmatan dengan pelanggan. Mereka adalah terbaik dimana anda hanya perlu what apps dengan mereka sahaja jika hadapi apa-apa masalah dan mereka akan selesaikan untuk anda.
Sayang seribu sayang kerana saya melihat potensi CICO.my cukup tinggi dan saya jangkakan ia akan setanding KUMOTEN dan SAVE VALUE jika diberikan masa beberapa tahun lagi.
Saya pernah membuat artikel dan menobatkan CICO.my pada tahun 2022 adalah salah satu dropship terbaik di Malaysia kerana potensi mereka cukup besar sekali.
Dan melalui pengumuman ini maka saya terpaksa membuang masa 1-2 jam untuk membuang semua produk mereka yang berjumlah hampir 500 produk secara manual di kedai Shopee Shoppermaniac kami.
Dan saya terpaksa akui juga, dengan penutupan CICO.my jumlah produk kami akan berkurangan dan sekaligus Produk Winning kami akan terjejas banyak.
Namun inilah lumrah bisnis online, adakala bagus dan adakala memeritkan . Mahu taj mahu saya terpaksa membuat strategi baru untuk menggantikan produk kami di Shopee dan buat masa sekarang kami sedang menganalisa strategi yang terbaik.
DAPATKAN MASTERCLASS SHOPPERMANIAC YANG AKAN MENGUBAH MASA DEPAN ANDA SEBAGA SELLER SHOPEE - KLIK
DAPATKAN SHOPEE KALKULATOR PERCUMA - KLIK