CARA GUNA "RETURN AND REFUND" DI SHOPEE SELLER CENTER adalah penting untuk anda ketahui jika ada berlaku pemulangan produk oleh pelanggan.
Jika anda dropship anda boleh membaca prosedur "RETURN AND REFUND" pihak dropship tersebut dan juga Shopee "RETURN AND REFUND" prosedur.
Jangan panik dan ikuti sahaja prosedur yang diberikan dan anda boleh juga membuat pertikaian menolak "RETURN AND REFUND" jika mempunyai dokumen yang sahih.
DAPATKAN TUTORIAL PENUH SHOPEE SELLER- KLIK DI SINI
Dibawah ini adalah cara mengguna papan pemuka Pulangan / Bayaran Balik . Tapi adalah lebih mudah guna istilah "RETURN AND REFUND"
Untuk mengakses papan pemuka Pulangan/Bayaran Balik, pilih "Return/Refund" dalam bahagian Order pada menu bar sisi Seller Centre.
Semua permohonan yang sedang berjalan/selesai akan dipaparkan dalam papan pemuka ini untuk penjual menyemak dan membalas.
Memahami papan muka Return/Refund
1. Status tabs
Penjual boleh mencari permohonan tertentu berdasarkan status permohonan:
All- Permohonan yang langsung dan selesai
New Request- Permohonan yang dalam semakan oleh Shopee
To Respond- Permohonan yang memerlukan semakan/tindakan penjual
Responded- Permohonan yang menunggu semakan lanjut Shopee atau tindakan pembeli
Completed- Permohonan yang diselesaikan
2.Butiran permohonan Pulangan/Bayaran Balik
Butiran setiap permohonan akan dipaparkan di bawah bahagian ini.
Products(s)- Memaparkan nama pengguna pembeli, produk untuk permohonan Pulangan/Bayaran Balik dan kuantitinya
Refund Amount- Menunjukkan jumlah bayaran balik semasa yang dicadangkan
Status- Menunjukkan status Pulangan/Bayaran Balik semasa dan langkah seterusnya yang diperlukan daripada Shopee, penjual dan pembeli
Countdown- Menunjukkan bilangan hari yang tinggal untuk membalas
Return Reason- Menunjukkan dropdown menu untuk penjual melihat sebab Pulangan/Bayaran Balik
Actions - Memaparkan pilihan untuk penjual mengambil tindakan bagi setiap permohonan Return/Refund
Jika terdapat titik notifikasi merah di sebelah "View Details", terdapat mesej yang belum dibaca daripada pembeli yang memerlukan perhatian penjual.
3. Lihat Kadar Return/Refund
Bilangan return/refund yang tinggi boleh menjejaskan Non-fulfilment Rate (NFR). Untuk melihat NFR, klik pada "View Return/Refund Rate".
4. Education
Pilih "Education" untuk mengakses garis panduan tentang cara menggunakan Return/Refund dashboard.
5. Alat Export
Pilih "Export” untuk memuat turun fail Microsoft Excel untuk permohonan Return/Refund.
6. Nombor pesanan
Bilangan pesanan merujuk kepada jumlah permohonan Return/Refund yang belum selesai. Berikut merupakan langkah yang boleh diambil oleh penjual dalam proses Return/Refund yang baharu.
Papan Pemuka Pulangan/Bayaran Balik di Aplikasi Shopee
Langkah-langkah untuk menawarkan bayaran balik penuh:
1. Klik "Return/Refund Details”
2. Klik "Full Refund"
Langkah-langkah untuk menawarkan bayaran balik separa:
1. Klik "More”
2. Pilih "Offer Partial Refund" dan masukkan jumlah bayaran balik yang ingin dicadangkan
3. Klik "Confirm"
4. Klik "Discuss" untuk berunding dengan pembeli
5. Klik "Modify Offer" untuk membalas cadangan pembeli sehingga 3 kali
Langkah-langkah untuk membuat pertikaian selepas pembeli memulangkan item:
1. Klik "Respond" untuk menjejak status item yang dikembalikan
2. Klik "Dispute" jika item yang dipulangkan tidak diterima/dalam keadaan buruk
3. Pilih sebab pertikaian anda
4. Klik "Withdraw Dispute", atau klik "Discuss" untuk berbual dengan Ejen Shopee
5. Klik "Return/Refund Details" untuk menyemak status pertikaian
6. Status pertikaian akan dipaparkan sebagai "Case Undr Review"
Menyemak keputusan untuk pertikaian
- Pertikaian Diluluskan: Shopee telah meluluskan pertikaian dan penjual akan menerima pampasan
- Pertikaian Ditolak: Shopee telah menolak pertikaian dan penjual tidak akan menerima pampasan
Dokumen sokongan untuk proses pertikaian
CARA MEMBUAT PERTIKAIAN
Langkah 1: Dalam halaman Butiran Pulangan/Bayaran Balik, klik "Dispute to Shopee".
Langkah 2: Di bawah "Select Reason", pilih Sebab Pertikaian yang sesuai, tambahkan perihalan dan klik "Continue".
- Untuk mempertikaikan kelulusan Shopee untuk bayaran balik pembeli (tanpa pulangan), penjual boleh memilih salah satu daripada sebab berikut:
- Untuk mempertikaikan kelulusan Shopee terhadap pulangan pembeli, penjual boleh memilih salah satu daripada sebab berikut:
Langkah 3: Pilih dan lampirkan senarai bukti foto/video yang diperlukan untuk menyokong pertikaian dan klik "Submit".
Setelah penjual membuat pertikaian, permohonan Pulangan/Bayaran Balik akan dialihkan ke tab Responded. Ejen Shopee akan menyemak kes tersebut dan penjual boleh menyemak status di bawah Return Refund Details.