3 Cara Pembatalan Pesanan Di Shopee - BLOG SHOPPERMANIAC

3 Cara Pembatalan Pesanan Di Shopee

3 Cara Pembatalan Pesanan Di Shopee

 

3 Cara Pembatalan Pesanan Di Shopee

Di Shopee, terdapat 3 cara Pembatalan pesanan Di Shopee:

  1. Atas permintaan pembeli ( kemaskini pada 15/11/2023)
  2. Atas permintaan penjual
  3. Oleh Shopee



3 cara Pembatalan pesanan Di Shopee:


Atas permintaan pembeli


Pembeli boleh membatalkan pesanan tanpa persetujuan penjual sebelum pesanan diatur untuk penghantaran. Namun, setelah pesanan diatur untuk penghantaran, pembatalan pembeli perlu dipersetujui oleh penjual.


Penjual diberi pilihan untuk menolak permohonan pembatalan oleh pembeli sama ada:

  1. selepas 72 jam semasa pesanan dibuat atau
  2. setelah anda mengatur penghantaran pesanan tersebut
  3. ( sila lihat perubahan terbaru pada 15/11/2023 dibawah)


Senario A

Sekiranya penjual telah menghantar pesanan, penjual perlu menolak permohonan pembatalan dan memaklumkan kepada pembeli melalui chat tentang penghantaran bungkusan mereka.



Senario B

Sekiranya penjual masih belum menghantar pesanan, penjual boleh menerima permohonan pembatalan pembeli sekiranya pembeli ingin mengubah alamat mereka atau mengubah variasi (misalnya warna / kuantiti) pesanan.



Nota Tambahan:

⚠️Menerima permohonan pembatalan pembeli tidak akan meningkatkan Non-Fulfilment Rate (NFR) anda.

⚠️Penolakan permohonan pembatalan pembeli akan dianggap muktamad dan pembeli tidak dapat membuat pertikaian.

⚠️ Penjual tidak boleh menerima permohonan pembatalan sekiranya pick-up telah diatur.



Terbaru pada 15/11/2023,


Penjual diberi masa 1 hari untuk memberi respons kepada permohonan pembatalan pembeli. Sistem akan menerima pemohonan pembatalan pembeli secara automatik sekiranya penjual gagal memberi respons dalam jangka masa yang diperuntukkan.


Untuk membantu anda mengutamakan dan memberi respons kepada permohonan pembatalan dengan cekap, tab To Respond mengatur permohonan mengikut kepentingan, dengan meletakkan permohonan yang menghampiri tarikh akhir di bahagian atas.


Anda dapat melihat alasan pembatalan di Reason from Buyer pada halaman Order Details sebelum memutuskan sama ada untuk Reject atau Accept permintaan pembatalan.






Atas permintaan penjual


Sekiranya penjual tidak dapat memenuhi pesanan (mis. kehabisan stok), penjual boleh membatalkan pesanan. Perlu diingatkan bahawa pembatalan pesanan oleh penjual akan meningkatkan Non-Fulfilment Rate (maklumat lebih lanjut mengenai Non-Fulfilment Rate DI SINI). Semakin tinggi Non-Fulfilment Rate, semakin tinggi risiko penjual untuk dikenakan Mata Penalti (lebih lanjut mengenai Mata Penalti DI SINI).


Peniaga Shopee saya amat tidak menggalakan anda membatalkan pesanan kerana anda pasti akan memperolehi penalti dari Shopee.


Sebaiknya anda chatting dengan buyer dan meminta mereka membatalkan pesanan mereka. Tetapi jangan gunakan ayat English suruh kenselkan pesanan kerana Shopee Algoritma dapat mengesannya dan anda akan kena penalti.


Seperti mana saya pernah kena perkara ini dahulu. Gunakan ayat yang tidak dapat dikdesan secara langsung. Pandai-pandai ler anda menulisnya.




Pembatalan pesanan Di Shopee Oleh Shopee


Pesanan juga dapat dibatalkan secara automatik oleh Shopee apabila pesanan tidak dihantar selepas tempoh Days To Ship (DTS) yang ditetapkan dalam listing produk mereka (lebih lanjut mengenai Days To Ship DI SINI) atau apabila penjual tidak memberi respons kepada permintaan pembatalan pembeli dalam masa 2 hari.


embatalan auto merupakan suatu ciri di mana sistem Shopee akan membatalkan pesanan dan mengembalikan wang kepada pembeli jika: Penjual tidak mematuhi Days To Ship (DTS) yang ditetapkan untuk produk mereka. Penjual tidak aktif di Shopee lebih dari 7 hari. Oleh itu, adalah penting bagi anda sebagai penjual untuk mengetahui bila pesanan anda akan dibatalkan oleh Shopee sekiranya anda tidak memproses dan menghantar pesanan tepat pada waktunya. Garis panduan yang perlu anda ikuti untuk mengelakkan pembatalan automatik adalah dengan menghantar pesanan dalam tempoh Days To Ship (DTS) anda. ⚠️ Catatan Days To Ship tidak termasuk hari minggu dan cuti umum. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Days To Ship, sila rujuk artikel "Memahami Days To Ship". Terdapat dua tahap pembatalan automatik:

1. Days To Ship + 1 hari kalendar

Untuk Shopee Supported Logistics (Penjual Program Free Shipping): Pastikan anda Arrange Shipment untuk pesanan anda sebelum DTS + 1 hari kalendar untuk mengelakkan pesanan anda daripada dibatalkan. Untuk pesanan dengan kaedah penghantaran lain: Pastikan anda klik "Ship" dan masukkan tracking number pesanan anda sebelum DTS + 1 hari kalendar untuk mengelakkan pesanan anda daripada dibatalkan.

2. Days To Ship + 4 hari kalendar

Pastikan pesanan anda dihantar (diserahkan kepada syarikat kurier anda) dan status penjejakannya telah dikemas kini sebagai "Item Picked Up* / Item Dropped Off" sebelum DTS + 4 hari kalendar untuk mengelakkan pesanan anda daripada dibatalkan.

⚠️ Catatan Penjual mesti memenuhi Average Daily Order sebanyak 10 pesanan berbayar untuk layak menggunakan perkhidmatan pick-up Berikut merupakan contoh ringkas untuk membantu anda memahami situasi di atas:

Pesanan telah dibayar sepenuhnya pada 1 Oktober 2019 (Selasa) untuk barangan dengan DTS selama 2 hari. Penjual perlu mengatur penghantaran pesanan ini sebelum 4 Oktober 2019 (Jumaat) atau pesanan ini berisiko untuk dibatalkan berdasarkan Kriteria #1 di atas. Walau bagaimanapun, setelah penghantaran diatur, penjual terlupa untuk drop-off barang tersebut di cawangan Pos Laju yang berhampiran. Pesanan tersebut akan dibatalkan oleh Shopee pada 7 Oktober 2019 (Isnin) kerana tidak dihantar oleh penjual. Ambil perhatian bahawa tarikh 'To Ship' merujuk pada tarikh terakhir bagi penjual untuk menghantar pesanan untuk mengelakkan pesanan tersebut daripada dibatalkan oleh sistem Shopee. 💡 Tip Untuk memastikan agar anda dapat menghantar pesanan anda tepat pada masanya, pre-pack produk-produk terlaris anda menggunakan bubble wrap sebelum hari kempen untuk meningkatkan kecekapan dan meminimakan keperluan tenaga kerja pada hari kempen. Sekiranya penjual gagal menghantar bungkusan dalam tempoh Days To Ship selama 2 hari, mereka akan dikenakan penalti Late Shipment Rate (LSR). LSR merupakan sebuah sistem yang direka untuk mengesan dan meminimakan jumlah pesanan dihantar lewat. Penjual dengan jumlah pesanan dihantar lewat yang tinggi akan dikenakan penalti.






Catat Ulasan