Salah satu kelemahan terbesar dropship di Shopee ialah kekerapa anda dikenakan penalti oleh Shopee. Dahulu ia tidak sekerap ini tetapi sejak kebelakangan ini penalti yag diterima oleh Shopee Seller sudah menjadi normal.
Setiap QTR anda akan memperolehi 2 penalti minimum, itu adalah perkara biasa jika anda sebagai dropship yang memasukkan beratus produk ke kedai Shopee anda.
TERDAPAT 2 JENIS KEKERAPAN PENALTI OLEH SHOPEE KEPADA DROPSHIP
Intellectual Property Rights (IPR).
Contoh pelanggaran umum adalah:
1. Pelanggaran Trademark: Penggunaan trademark, nama dagangan atau pakaian dagangan yang tidak dibenarkan di mana pihak lain mempunyai hak, atau unsur yang sama seperti trademark, nama dagang atau pakaian dagang seperti itu, berkaitan dengan produk yang disenaraikan, bungkusannya atau senarai produk.
2. Pelanggaran Hak Cipta: Penggunaan isi kandungan yang dilindungi hak cipta tanpa izin, seperti gambar dan keterangan, berkaitan dengan produk yang disenaraikan, kemasannya atau penyenaraian produk.
Untuk mengelakkan daripada sebarang pelanggaran Intellectual Property Rights, penjual harus memastikan butiran listing mereka (termasuk tetapi tidak terhad kepada: gambar dan keterangan produk) adalah kandungan asli dan elak daripada menyalin atau menggunakan bahan pengguna lain.
3. Pelanggaran Reka Bentuk Industri: Penggunaan reka bentuk berdaftar yang tidak dibenarkan, atau reka bentuk yang hampir sama dengan reka bentuk berdaftar, berkaitan dengan produk yang disenaraikan.
4. Pelanggaran Paten: Penggunaan penemuan yang dipatenkan tanpa izin berhubung dengan produk yang disenaraikan.
Duplicate listing
Anda harus membuat satu listing sahaja untuk setiap produk. Sekiranya produk mempunyai atribut berbeza seperti warna atau saiz, anda harus meletakkan pilihan tersebut sebagai variasi di dalam listing yang sama.
Sebenarnya ia bukan salah anda tetapi ada produk yang hampir serupa seperti kes diatas menjual remote car oleh Save Value ini terdapat lebih kurang 13 produk pelbagai jenis branding syarikat dan tajuk pula hampir sama.
Dan ini boleh dianggap sebagai duplicate listing oleh Shopee
Tiga produk Save Value kena deleted oleh Shopee disebabkan duplicate listing. |
Cara atasinya ialah ubah tajuk anda dan spesifikkan untuk produk mana. Bukannya mengguna tajuk yang sama dan akhirnya kena deleted. Ini boleh dilakukan semasa membuat produk listing.
Listing berulang merangkumi, tetapi tidak terhad kepada:
- Listing produk yang sama di bawah ID pengguna yang berbeza
Dilarang mempunyai listing yang sama di bawah 2 kedai yang berbeza.
Listing produk yang sama di bawah kategori yang berbeza
Pilih kategori yang paling sesuai untuk produk anda dan jangan masukkan ke dalam dua kategori.
Alat elektronik yang boleh dipakai seperti jam tangan pintar harus dikategorikan di bawah Telefon bimbit & Alat dan bukannya Jam Tangan .