Pada tahun 2023 ini, shoppermaniac mengambil tindakan gila yang saya rasa anda pun tidak setuju dengan perbuatan kami ini. Sebelum saya menerangkan perbuatan gila kami ini, biar kami jelaskan kenapa kami mengambil tindakan drastik sedemikian.
Sebelum itu anda ketahui bahawa pada tahun 2022 perubahan dalam Google Algoritma memberi impak yang amat besar pada semua blogger didunia termasuk di Malaysia. Memang mudah untuk mengatakan Google tidak akan jatuhkan rating blog yang mematuhi EEAT atau helpful tapi pada realitinya hampir 90% semua blog semuanya lingkup.
Ya, masih ada yang masih bertahan dengan blog yang berusia lama yang mempunyai berpuluh ribu backlink dan domain rating yang baik serta pembaca setia, memang akan kekal relevan dan walaupun ia jatuh tetapi tidak seteruk untuk blog yang baru atau bawah 3 tahun.
Anda bayangkan pada tahun 2022 kami sebenarnya telah mencapai 15K pageview sebulan dan semuanya hancur begitu sahaja untuk shoppermanic.com. Dan usaha hampir satu tahun musnah sekelip mata disebabkan perubahan Google SEO.
GOOGLE UPDATED TAHUN 2022 DAN IMPAK KEPADA BLOGGER
Kami tetap tak berputus asa dimana kami terus memperbaiki On Page dan Off Page SEO kami seperti memaksimakan Schema Markup, membuat konten yang lebih banyak lagi terutama konten tropical untuk mendapat EEAT serta helpful status dari Google.
Namun kami ketahui pergantungan semata-mata pada SEO sahaja pada masa ini adalah tidak releven terutama untuk blog baru kami yang kekurangan backlink. Saya telah kehilangan usaha selama 1 tahun begitu sahaja dan KPI kami pada tahun 2022 tidak tercapai dan bagaimana untuk saya mencapai target 3 tahun jika saya telah kehilangan 1 tahun untuk KPI blog.
Saya kena fikirkan cara lain yang lebih efektif dan pada masa yang sama meneruskan teknik SEO On Page dan Off Page SEO.
PELABURAN APA YANG KAMI LAKUKAN
Fokus pada shopeefunnel.online
Saya telah mengambil keputusan untuk menukar fokus blog dari shopppermaniac ke shopeefunne.online. Ini kerana blog shopeefunnel.online merupakan marketing untuk Masterclass kami serta memberi tips FB ADS, SHOPEE dan BLOGGING. Sesuai untuk membuat eksperimen dsn berkongsi hasil di blog ini.
Membeli Uber Suggest
Pembelian ini dilakukan pada tahun lepas dengan jumlah USD200 kerana perubahan Google Algoritma yang pantas maka saya memerlukan bantuan aplikasi untuk memudahkan kerja saya menilai SEO blog shopeefunnel.online dan beberapa blog yang lain.
Membuat Shopee Kalkulator Web Aplikasi
Melalui pemantauan saya seperti blog Nei Patel, H-Educate serta beberapa blog besar yang masih bertahan kuat ialah blog mereka mempunyai nilai tambah untuk membantu pembaca.
Sebagai contoh Neil Patel memberi percuma Uber Suggest didalam blog beliau dan salah satu pageview yang membantu blog beliau ialah kekerapan penggunaan aplikasi Uber Suggest dan Google akan melihat kekuatan autiroti blog beliau dalam niche SEO.
Maka saya menggunakan Fiver dan mengupah membuat Shopee Kalkulator dengan harga RM536 dan dimana Shopee Kalkulator ini akan membantu semua Shopee Seller membuat pengiraan secara tepat jika memberi diskaun/ baucer serta Bundle deal setelah ditolak semua caj-caj Shopee berapakah margin keuntungan bersih anda.
Dengan Shopee Kalkulator ini saya berharap penggunaan berulang kali dan ini memberi impak yang baik pada blog shopeefunnel.online saya.
Membuat Iklan Berbayar
Untuk mempromosikan Shopee Kalkulator kami saya membuat iklan berbayar FB Ads dengan budget RM300 sebulan atau RM10 sehari.
Saya ingin melihat perkembangan trafik shopeefuneel.online melalui pengiklanan berbayar dan bagaimana impak yang diberikan oleh iklan berbayar ini.
Kami berjaya meningkatkan trafik sehari 600 pageview tetapi itujuan saya juga ialah harapan saya Shopee Kalkulator ini di "share" oleh semua pembaca dan secara tak langsung saya mendapat backlink untuk blog saya ini.
Membeli Backlink
Ini yang saya marah ini kerana membeli backlink dari pihak luar dimana saya menggunakan Fiver sebagai sumber saya mendapat freelancer membantu saya.
Tujuan saya membeli backlink ini iaitu ingin mendapatkan autoriti ke blog saya ini dengan cara yang mudah dan cepat. Ini pertama kali saya membuat perkara ini.dan sebenarnya tindakan saya ini salah dan saya nak lihat benarkan boleh mendapat backlink melalui cara ini dan perkhidmatan berkilau
Membeli Groove.ai
Saya mengambil satu langkah besar pada tahun 2023 ini dengan membeli sebuah aplikasi AI iaitu Groove.ai iaitu sebuah AI teknologi yang anda boleh gunakan dalam semua semua bidang pemasaran bisnis anda samada di marketplace, blogging, copywriting, artikel, analisa data, pembuatan gambar dan sebagainya.
Harganya USD1000 ( pembayaran 4 kali) dan ianya satu pertaruhan terbesar saya dalam branding Shoppermaniac ini.
Ini untuk memudahkan saya membuat konten yang lagi baik. Namun untuk pengetahuan Groove.ai ini merupakan satu platform bukan sahaja menulis di blog tetapi sebuah digital marketing aps.
KESIMPULAN
Melalui pelaburan "one time" atau bulanan, total jumlah keseluruhan nilai RM5444 dijangka trafik dan .
Nantikan keputusan akhir yang saya akan perolehi melalui eksperimen ini.
Namun untuk ROI masih lagi jauh ketinggalan ke belakang dimana melalui Google Adsense masih jauh lagi pencapaian tetapi ada peningkatan tetapi saya memerlukan USD3 minimum untuk mendapatkan pulangan iklan.
Manakala pembayaran "one time" buat masa sekarang kita anggap sebagai pelaburan awal dahulu tanpa memikirkan pulangan kerana pulangannya memakan masa yang agak lama.