Setiap kali anda mahu post jadual ke Facebook dan Instagram, anda tidak perlu menggunakan aplikasi pihak ketiga untuk membuat posting seperti LATER atau Buffer kerana aplikasi di dalam Facebook sendiri membenarkan anda membuat jadual posting menggunakan META BUSINESS SUITE.
Pada gambar di atas anda dapat melihat susunan jadual yang saya buat untuk Facebook dan juga Instagram post sepanjang bulan May 2023 ini.
Bagaimana hendak membuat jadual mengguna META BUSINESS SUITE ini sebenarnya amat mudah. Pada gambar pertama apabila anda hendak membuat post seperti biasa anda akan masukkan gambar atau video.
Tetapi bila anda hendak membuat jadual posting, anda kena klik pada anak panah META BUSINESS SUITE yang saya tunjukkan di gambar pertama di atas sekali.
Sebaik sahaja anda klik META BUSINESS SUITE anda akan dibawa ke kalendar seperti gambar diatas. Anda klik sahaja kotak dengan tarikh mana yang anda hendak buat jadual posting.
Jika anda kik pada "schedule" anda boleh memilih apakah jenis posting yang anda mahu lakukan samada Post, Story, Reel atau Ads.
Saya memilih Post dan sebaik sahaja saya klik akan keluar pop up ini. Maka anda boleh memilih tarikh bila mahu membuat posting tersebut.
Secara auto, ia hanya akan memilih Facebook sahaja dan Instagram tidak akan dipilih. Anda hanya perlu klik dibahagian Instagram
Di bahagian templates yang sama terdapat kolum Media untuk anda masukkan video atau gambar. Dan juga Post Detailed untuk memasukkan deskripsi teks.
Beginilah bentuk templates yang telah siap dan jika anda puas hati anda boleh klik "Schedule"
Inilah jadual posting saya di Facebook dan Instagram mengguna META BUSINESS SUITE.
Anda boleh ulangi metod ini untuk tarikh yang berlainan pula. Mudahkan.