Tempoh hari saya melihat sebuah video You Tube Channel yang mengatakan algoritma Shopee semakin bijak dan penyataan yang diberikan ialah :
SEARCH ENJIN SHOPEE SEMAKIN BIJAK. TANPA KATA KUNCI DI JUDUL. SHOPEE TETAP AKAN REKOMENDASIKAN PRODUK ANDA
Ertinya anda tidak perlu menulis panjang judul, cukuplah pendek sahaja. Shopee sudah mengetahui apa produk yang anda jual kerana Algoritma Shopee sudah bijak !!!
Wah!! suatu statement berani oleh beliau tetapi saya berasa gusar kerana algoritma Shopee ini tidaklah sebijak Google.
Apa itu Algoritma Shopee Dalam Enjin Carian
Algoritma Shopee merujuk kepada serangkaian kaedah yang digunakan oleh platform e-dagang Shopee untuk menentukan urutan penyenaraian produk dalam hasil carian.
Algoritma ini bertujuan untuk memastikan bahawa produk yang paling relevan dan berkualiti tinggi diberikan keutamaan dalam hasil carian, yang pada gilirannya meningkatkan kemungkinan penjualan.
Faktor-faktor seperti populariti produk, harga, kualiti penjual, dan penilaian produk oleh pelanggan sering menjadi pertimbangan utama dalam algoritma Shopee.
Algoritma ini terus diperbaharui dan disempurnakan untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan membantu penjual mencapai kejayaan dalam platform Shopee
Kesimpulannya algoritma adalah pencari maklumat berdasarkan kata kunci atau hasil carian yang ditaip oleh pengguna.
KENAPA ALGORITMA SHOPEE INI BIJAK
Menurut beliau algoritma Shopee kini mudah memahami produk yang anda jual melalui tajuk yang ditulis di gambar serta tajuk fail gambar tersebut.
Malahan melalui rating yang diberikan oleh pengguna juga merupakan salah satu yang dilihat oleh algoritma Shopee.
Maka anda tidak perlu fokus pada judul produk dengan kata kunci yang meleret.
ADAKAH BENAR PENYATAAN INI
Saya tidak setuju dengan penyataan ini tetapi saya akui algoritma Shopee ini semakin bijak tetapi ianya tetap sebuah enjin carian yang perlu di pupuk dengan maklumat yang lengkap agar produk anda mudah dijumpai oleh algoritma ini.
Ini caranya algoritma Shopee bekerja....
Saya telah banyak kali katakan perkara pertama yang akan dilihat oleh algoritma Shopee ialah judul produk anda dimana judul ini akan di intepretasikan ke dalam URL produk anda.
Katakan saya hendak mencari mouse pad kecil dan kemudian Shopee akan rekomendasikan beberapa produk untuk anda dan bagaimana Shopee rekomendasikan ini berdasarkan judul produk anda.
https://shopee.com.my/Gaming-Mouse-Pad-Mouse-Pad-Cloth-Moderate-Surface-with-Rubber-Fabric-Texture-for-mouse-gamer-i.311403400.12805134525?sp_atk=3be7600c-403b-4c1b-8f9a-dd2249b19bbb&xptdk=3be7600c-403b-4c1b-8f9a-dd2249b19bbb
Makna kata kunci pada judul amat penting dan pemilihan kata kunci pada judul produk haruslah tepat mengikut pencarian oleh pengguna.
Kedua ialah melihat dari segi kategori produk anda, Katakan saya mencari mouse pad kecil dan algoritma Shopee akan mencari produk berdasarkan kategori produk.
Shopee akan memilih kategori produk iaitu mouse pad dan jika maklumat tambahan yang diberikan seperti waranti, saiz, brand dan sebagainya jika anda isi dengan lengkap maka potensi produk anda dilonjakkan ke carian pertama adalah lebih tinggi.
Selain daripada itu pastikan deskripsi produk anda mempunyai semua kata kunci penting yang telah anda cari. Masukkan kata kunci tersebut di dalam deskripsi anda tetapi jangan terlalu menumpu pada kata kunci hingga pelanggan tidak memahami apa yang anda tulis pula.
Ini perkara utama algoritma Shopee akan cari dahulu untuk memastikan produk anda di lonjakkan ke carian pertama dan selepas itu algoritma Shopee akan meneliti beberapa aspek tambahan iaitu:
Rating anda
Jika rating anda bagus maka peluang untuk anda terpilih adalah lebih tinggi, Ini bermakna produk anda harus mempunyai jualan dan rating jika benar-benar mahu terpilih.
Usia Kedai Shopee
Banyak kali saya katakan jika kedai Shopee anda baru lagi, janji mimpi ia akan dilonjakkan oleh algoritma Shopee terutama jika anda dropship.
Ia akan memgambil masa beberapa bulan dan dalam masa itu anda akan memperolehi jualan serta rating dan juga beberapa fitur-fitur yang akan diberikan oleh Shopee.
Pendek kata sebagai seller Shopee baru anda kena bersabar dan terus memperbaiki produk listing anda mengikut kehendak Algoritma Shopee.
Tiada Penalti
Jika anda mempunyai penalti oleh Shopee maka algoritma Shopee tidak akan memilih produk carian anda ke pilihan pertama.
Pastikan jaga kualiti kedai Shopee anda termasuk response time yang baik dengan pelanggan anda.
Seperti yang berlaku pada Shoppermaniac kami, telah 2 bulan kedai Shopee kami merundum sales kerana kami memperolehi 4 point penalti . Kali ini adalah yang tertinggi dalam sejarah kedai Shopee kami dan nasib baik tidak kena banned.
Tonton video kami kenapa kami memperolehi 4 point penalti ; KLIK SINI
Tidak sertai kempen-kempen Shopee
Anda sesekali sekala harus menyertai kempen-kempen Shopee untuk mendapatkan kelebihan di lonjakkan oleh algoritma Shopee.
Lagipun dengan kempen-kempen Shopee ini anda berpeluang mendapat trafik percuma.
JIKA BEGITU SELLER SHOPEE YANG BARU TIADA PELUANG DALAM ALGORITMA SHOPEE
Tak baik anda kata begitu, terdapat banyak cara untuk anda mendapatkan perhatian algoritma Shopee.
1. Pastikan Produk Listing Mengikut Kata Kunci Yang Tepat
Anda kena membuat analisa kata kunci yang tepat dengan melalui kaedah yang kami telah berikan dalam MasterClass Shoppermaniac.
Buat sementara, fokus pada produk listing.
2. Deskripsi pelbagai bahasa
Kemungkinan besar algoritma Shopee akan melonjakkan produk anda jika mempunyai dwibahasa. Dimana kadang kala terdapat hasil carian oleh pengguna menggunakan bahasa Cina, Tamil atau English. Jika anda masukkan ianya adalah bonus.
3. Cari Produk Winning
Cari Produk Winning yang mempunyai carian yang tinggi dan pastikan produk listing dikemaskini dengan lebih teliti serta kata kunci yang lebih releven.
Dengan produk carian yang tinggi maka peluang produk anda dilonjakkan oleh algoritma Shopee akan lebih terbuka.
Bagaimana mencari produk Winning, kami telah berikan beberapa kaedah dalam MasterClass Shoppermaniac kami ini.
3. Kategori Pastikan Betul
4. Jangan berharap pada Algoritma Shopee
Kesimpulan algoritma Shopee
Penerangan di atas adalah membuktikan algoritma Shopee masih lagi menumpukan pada kata kunci dan mana-mana enjin carian didunia ini selain Shopee yang memerlukan penggguna taip cari hasil carian, algoritma mereka akan menumpukan pada kata kunci.
Cuma kekuatan anda dengan seller lain ialah adakah anda memilih kata kunci yang betul.
Mungkin apa yang dikatakan oleh beliau tadi itu betul dimana algoritma Shopee makin bijak sudah boleh membaca tulisan di gambar atau video. Seperti mana Google dan Facebook Algoritma mampu untuk melakukan perkara ini dan tidak mustahil algoritma Shopee mampu lakukannya.
Jika benar dan anda meletakkan fail extension gambar atau video dengan nama produk anda, ianya merupakan kelebihan tambahan sahaja tetapi judul atau tajuk produk tetap merupakan perkara utama yang dilihat oleh algoritma enjin carian dan untuk mengukuhkan produk anda dipilih oleh algoritma ini maka ujudlah beberapa teknik tambahan ini.
MAHU PELAJARI FUNNEL SHOPEE, BINA BLOG DAN MEMBUAT FACEBOOK ADS, SERTAI KELAS KAMI - KLIK SINI