10 Pemasalahan Terbesar Sebagai Dropship Shopee - BLOG SHOPPERMANIAC

10 Pemasalahan Terbesar Sebagai Dropship Shopee

10 Pemasalahan Terbesar Sebagai Dropship Shopee

 

10 Pemasalahan Terbesar Sebagai Dropship Shopee

10 Pemasalahan Terbesar Sebagai Seller Shopee

1. Persaingan hebat 
2. Produk hampir serupa/serupa
3. Harga yang kompetatif
4. Gambar/Deskripsi tidak menarik
5. Tajuk tidak ikut algoritma Shopee
6. Tidak faham marketing Shopee
7. Tidak tahu caj/pengiraan Shopee
8. Tidak sertai kempen Shopee
9. Tiada Produk Winning 
10. Tidak jual produk luar dari platform Shopee


1. Persaingan hebat 

Persaingan hebat antara Shopee Seller dropship memang tidak dapat disangkalkan lagi dimana sebagai dropship. Bukan anda seorang sahaja yang menjual produk yang sama tetapi bersama beribu-ribu seller yang sama.

Persaingan hebat ini memerlukan anda mengambil langkah yang pro-aktif mengalahkan kesemua pesaing anda dan berfikir di luar kotak. Dan kesemuanya harus bermula dari produk listing ke marketing anda.



2. Produk hampir serupa/serupa

Dimana anda menjual produk yang serupa atau hampir serupa dengan seller-seller lain. Memanglah kerana anda menggunakan syarikat dropship yang sama. Bagaimana untuk anda mengatasi masalah ini ialah produk listing anda wajib berlainan dengan selelr shopee yang lain.



3. Harga yang kompetatif

Sebagai dropship, salah satu masalah utama ialah persaingan harga yang amat kompetatif. 

Secara logiknya, takkan anda mahu meletak harga yang lebih tinggi dari harga seller lain yang menjual produk yang sama. Sudah mesti anda akan menurunkan harga agar produk anda boleh bersaing dengan rakan-rakan seller yang lain.

Tetapi pastikan harga yang diberikan tidak terlalu rendah hingga menyebabkan anda mengalami kerugian atau margin untung terlalu rendah. 



4. Gambar/Deskripsi tidak menarik


Sebagai Seller Shopee Dropship, anda akan menggunakan gambar yang sama dengan semua seller lain dan apakah kelainan produk anda dengan seller-seller lain di sana.

Anda kena mencari gambar yang lebih menarik atau mengedit gambar tersebut akan lebih bersifat branding dari anda.



5. Tajuk tidak ikut algoritma Shopee


Inilah masalah sebenar sebagai seller Shopee dimana anda tidak mengubah suai tajuk produk mengikut kata kunci pencarian oleh Algoritma Shopee. 

Anda tidak boleh meniru bulat-bulat tajuk yang diberikan oleh dropship tetapi menambahbaik tajuk dengan kata kunci 



6. Tidak faham marketing Shopee


Tidak memahami 11 jenis marketing Shopee merupakan masalah yang merupakan intipati penting dalam 
 perniagaan di Shopee.

Terma-terma seperti Baucer, Diskaun, Bundle Deal, Add on deal dan sebagainya harus anda fahami dan gunakan pada produk-produk yang tertentu.



7. Tidak tahu caj/pengiraan Shopee


Kegagalan mengetahui caj-caj Shopee akan menyebabkan anda kerugian jika memberi diskauan atau baucer kepada pelanggan anda.

Anda memerlukan satu sistem pengiraan yang tepat serta mengetahui peratusan caj Shopee agar tidak rugi ketika membuat diskaun, baucer atau Bundle Deal.

Apatah lagi jika anda sebagai dropship yang diberikan keuntungan margin yang amat rendah setinggi 15% - 20% sahaja.


Kami ada memberikan "Shopee Calculator" percuma untuk semua Seller Shopee dan anda boleh menggunakannya untuk membuat pengiraan produk anda.

KLIK SINI - Untuk mendapatkan Shopee Kalkulator Web Aplikasi kami



8. Tidak sertai kempen Shopee


Ramai Seller Shopee beranggapan menyertai kempen Shopee ini tidak bermakna. Anda jangan salah faham kerana melalui penyertaan kempen Shopee, kedai Shopee anda akan dilonjakkan oleh Shopee.

Dimana melalui kempen-kempen Shopee ini anda mempunyai peluang terdedah kepada pelanggan lain kerana kadar saingan kempen dengan seller lain lebih rendah dan dijamin oleh Shopee untuk "expose" kedai anda.



9. Tiada Produk Winning 


Ini masalah utama untuk semua Seller Shopee yang baru dimana anda menganggap memasukkan beribu-ribu produk ke kedai Shopee anda maka anda akan mendapat jualan yang hebat.

Tidak!!! berbalik pada sebab No1, 2, 3 dan 4, anda tidak akan mendapat jualan jika tidak mengatasi keempat-empat masalah ini.

Untuk mengatasi keempat-empat masalah ini ialah anda mesti memastikan produk anda boleh menang jika dijual di Shopee berlawan dengan rakan-rakan dropship yang lain.

Itu sebabnya anda harus mencari produk Winning yang boleh mejamin jualan di kedai Shopee anda.



10. Tidak jual produk luar dari platform Shopee


Ini lagi satu kelemahan paling ketara yang saya lihat pada semua Seller Shopee dimana anda tidak mempromosikan produk anda diluar dari Shopee.


Anda hanya menumpukan pelanggan yang masuk ke Shopee sahaja. Dan kita ketahui sehari pelanggan yang masuk ke kedai Shopee adalah 4- 5 juta sehari .

Tetapi diluar platform Shopee anda mempunyai pelanggan yang berpotensi sebesar geografi negara anda iaitu berpuluh-puluh juta.  Saya bukan mengatakan penggunaan sosial media sahaja tetapi juga penggunaan iklan berbayar selain Shopee Ads seperti Facebook Ads CPAS dan sebagainya.



KESIMPULAN 


Dropship Shopee masih hidup dan berkembang tetapi kadar persaingan juga amat sengit dan anda sentiasa harus mengubah strategi untuk memasarkan produk anda dengan pelbagai teknik terbaru.


Dalam MasterClass Shoppermaniac, kami telah menyenaraikan 5 funnel utama bagaimana untuk menjual produk anda di kedai Shopee anda dengan cara yang efektif dan ianya telah dibuktikan berkali-kali.


Catat Ulasan